Pendakwah bebas, Nik Ahmad Farhan memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya semalam (Ahad).

Menerusi akaun Instagramnya, Farhan memuat naik sekeping foto dirinya mendukung cahaya mata lelakinya itu.

“Alhamdulillah selamat melihat dunia putera walid dan ummi. Moga hidup dalam kebahagiaan, sukses selalu, barakah dunia akhirat.

“Syukran ummi, semoga dirahmati diberkati Allah,” ucapnya syukur.

Terdahulu pada pagi Ahad, Farhan memuat naik entri di Instagram bersama isteri baharunya, Dr. Erin sebelum berangkat pulang ke Kelantan untuk menyambut cahaya matanya.

Anak Kedua Overdue

Sementara itu, bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain berkongsi keterujaannya menantikan kehadiran anak keduanya yang dilahirkan lewat daripada tarikh jangkaan.

“Terima Kasih Ummi.” Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

“Tercipta pengalaman melahirkan anak berbeza-beza. Si kakak awal tiga hari, si adik dah terlepas due ni.

IKLAN

“Ada kajian mengatakan melahirkan anak lelaki lebih sakit berbanding anak perempuan.

“Tak kisah dah anak lelaki ke perempuan, yang penting lahir dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, adik kepada Farhan, Nik Fatma Amirah juga melayangkan ucapan tahniah atas kelahiran anak saudaranya itu.

“Alhamdulillah bertambah lagi anak saudara. Semoga dia jadi anak yang soleh, menjadi pelindung untuk umminya,” tulis Fatma.

“Terima Kasih Ummi.” Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah Fatin! Bertambah ahli keluarga 

IKLAN

Isteri Farhan, Dr. Erin juga turut memberi ucapan kepada bekas madunya, Fatin Nurul Ain yang selamat melahirkan cahaya mata kedua petang semalam (Ahad).

Harapan Erin agar kelahiran cahaya mata baru itu bakal memberikan kebahagiaan kepada keluarga mereka.

“Alhamdulillah tahniah zaujku Farhan, Allah telah anugerahkan seorang bayi lelaki yang sihat.

“Tahniah juga kepada Fatin kerana selamat melahirkan amanah Allah dengan kekuatan dan kasih sayang seorang ibu pada hari ini.

“Moga bayi ini akan menambahkan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada ummu dan walidnya serta akan membawa banyak kebaikan pada agamanya, bangsa dan negaranya,” tulis Erin di Instagram.

IKLAN

Malah, Erin turut meletakkan harapan untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua Farhan bersama salah seorang daripada lapan anaknya, Mithalyna tahun hadapan.

“Terima Kasih Ummi.” Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

“Semalam baru sambut hari jadi Kak Mithalyna. Hari ini sambut hari jadi adik baru pula.

“Senang tahun depan sambut serentak. Insya-Allah harapan mama begitulah hendaknya,” tambahnya yang mengakhiri ucapannya dengan #1bigfamily.

Fatin telah diceraikan Farhan pada 3 Disember lalu ketika sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum itu, Farhan mendedahkan kepada umum telah mengahwini seorang janda anak lapan, Dr. Erin di Makkah ketika menunaikan umrah bersama-sama.

Sumber: ig Nik Farhan; FB Fnama Fatin

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI