“Terima Kasih Wahai Isteri” Dah Lengkap Sepasang, Akim & Stacy Timang Anak Kedua!

Share

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy Anam yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Akim sebentar tadi menerusi Instagramnya. Menurut hantaran Akim, Stacy selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 10.19 pagi tadi.

Menerusi hantaran itu juga, Akim meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah malah amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan.

“Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah.

“Jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah, isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, alhamdulillah,” tulis Akim penuh rasa syukur.

Dalam entrinya juga, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga turut berterima kasih atas pengorbanan isterinya dalam melahirkan cahaya mata kedua mereka.

“Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” tulis Akim.

Dalam entri tersebut, Akim turut memuat naik gambar anak keduanya namun tidak didedahkan wajahnya.

Instagram bapa penyayang ini juga turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan pengikut Akim di Instagram.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.

Menarik: Mak-Mak Kat Jepun Jarang Jadi Dragon, Tak Banyak Barang Nak Kemas, Contohi Famili Jepun!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN