Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup dalam rumah tangga. Namun tak semua terus dikurniakan rezeki zuriat. Ada yang terpaksa menunggu lamanya, menggunakan pelbagai kaedah hanya untuk cahaya mata impian.
Sama seperti puan Nourfi yang sudah menunggu hampir 10 tahun untuk mendapatkan zuriat.
Puan Nourfi meminta kepakaran ramai dalam group:Edit Apa Hari Ni? untuk menyuting gambarnya dengan meletakkan gambar bayi disebelah kerana dia benar-benar inginkan cahaya mata.
Namun hasilnya sangat mengejutkan kerana rata-rata warga maya menunaikan permintaanya malah diselitkan doa agar Puan Nourfi dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Sikap warga maya di dalam group tersebut boleh dipuji malah ada yang sanggup meminjamkan gambar anak-anak sendiri untuk di ‘edit’ di sebelah Puan Nourfi.
Ads
Ads
Rata-rata warga maya sebak dan terus mendoakan rezeki zuriat buat Puan Nourfi.
Ads
Pihak Pa&Ma turut mendoakan agar Puan Nourfi dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah secepat mungkin. Amin
Seorang ibu terkejut apabila anak yang baharu tiga hari dilahirkannya mula mengangkat kepala dan cuba untuk merangkak.
Samantha Mitchell, 34, dari White Oak, Pennsylvania dan ibunya merakamkan saat luar biasa itu melalui kamera, ketika bayinya, Nyilah Daise Tzabari sedang berbaring di atas perut beliau di katil hospital.
Bayi perempuan itu dilihat menggeliat, membuat bising dan mengangkat kepalanya untuk beberapa saat sambil melihat sekeliling.
Dalam video yang dikongsi kepada TikTok, Samantha kedengaran bertanya kepada ibunya, “Adakah itu normal?” dan ibunya menjawab, “Tidak, dia berusia tiga hari.”
“Ibu, dia merangkak! Bagaimana itu normal? Apakah yang berlaku!” kata Samantha.
“Tuhan, dia tidak seharusnya sekuat ini,” balas ibunya dalam nada terkejut.
Samantha berkata, beliau segera merakam peristiwa yang menakjubkan itu kerana tahu rakan dan keluarga tidak akan mempercayainya, dan terkejut apabila anak sulungnya itu cuba merangkak selama satu minit.
Beliau merakam video berkenaan di hospital, dua setengah hari selepas melahirkan anak perempuannya itu.
Dalam klip video berkenaan, Nyilah Daise yang memakai lampin dilihat meletakkan tangannya di hadapan untuk menyokong badannya dan merangkak sambil mengangkat kepala.
Ibu Samantha yang ketika itu sedang duduk di bilik hospital bersamanya, kedengaran menjerit dalam keterujaan melihat cucunya itu.
Usia 3 bulan Nyilah Daise hampir mampu berdiri
Kini, pada usia tiga bulan, Samantha memaklumkan, bayinya itu sudah mampu berdiri dengan sokongan dan akan mula berjalan tidak lama lagi.
Bangga dengan anaknya, Samantha berkata, beliau berasa seperti tidak pernah mempunyai anak yang baru lahir dan setiap hari terkejut dengan kekuatan bayi perempuannya.
“Video itu memaparkan kali pertama saya melihat dia merangkak dan saya benar-benar terkejut. Saya mengasuh dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dengan kanak-kanak, dan saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini.
“Saya rasa saya tidak pernah bersama ramai bayi pada usia tiga hari, jadi ada banyak gangguan, namun saya tidak pernah melihat bayi seperti ini.
“Cara dia mengangkat kepalanya juga dan berbual (babbling) membuatkan saya begitu terkejut,” katanya. – AGENSI
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Walaupun ada selebriti sedang sarat hamil, itu semua tidak menghalang mereka untuk terus tampil anggun dan cantik dengan busana hari raya masing-masing.
Malah bakal-bakal ibu ini dilihat makin bertambah serinya dengan ‘baby bump’ yang comel. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan untuk bakal ibu-ibu ini! Enjoy gambar-gambar mereka dengan busana Syawal yang tak kurang hebatnya!
Sedang hamil 28 minggu, Hanis Zalika amalkan mandi air sejuk mengelakkan morning sickness berlanjutan di trimester kedua dan menjadikan dirinya segar serta aktif.
Hanis yang ditemui Pa&Ma dalam majlis pelancaran Toujours Kid baru-baru ini mengakui morning sickness sudah kurang bila masuk trimester kedua.
Dia turut berkata mandi air sejuk sangat berkesan untuk mengelakkan diri rasa kurang bertenaga dan menghambat muntah-muntah (morning sickness) yang masih berlanjutan.
“Sekarang Hanis amalkan mandi air sejuk. Dulu mandi air suam/panas Hanis rasa lemah. Air panas fungsinya menenangkan jadi Hanis rasa lembik je badan. Untuk relaks ok tapi rasa tidak aktif.
“Hanis ada terdengar tentang info mandi air ais tapi kita tak boleh cuba sebab pregnant. So Hanis cuba tukar mandi air sejuk. Bila start mandi air sejuk, Hanis rasa antibodi kuat, rasa segar dan lagi aktif. So Hanis pun kurang rasa lembik, rasa morning sickness. So memang rasa air sejuk tu memberi kesan positif dan ada kena mengena dengan perubahan ini,” kata ibu Yusuf Iskandar ini yang turut mengatakan atlet juga turut mengamalkan mandi ais.
BANYAK BERJALAN ADALAH PERSEDIAAN BERSALIN
Hanis yang baru pulang bercuti di Phuket mengakui perancangan untuk bercuti dibuat sejak sebelum hamil lagi. “Pada permulaan sebelum itu, ingatkan ok, tapi rupa-rupanya Hanis mengah. Tapi Hanis gagahkan jugak sebab Hanis suka berjalan.
Even semasa hamil Yusuf, Hanis pergi umrah, pergi Korea. Ini adalah salah satu persediaan untuk bersalin juga dengan banyakkan pergerakan. Sebab Hanis memang jarang excercise. So masa bercuti kita terpaksa jugak berjalan banyak steps in a day. So itu salah satu persediaan Hanis untuk memudahkan bersalin.
PERSEDIAAN & JANTINA BAYI
Tidak dinafikan Hanis teruja untuk menyambut cahaya mata keduanya ini. Namun dalam hal berkaitan persediaan dan membeli kelengkapan bayi, dia masih menundanya sehingga kandungan mencecah 8 bulan “Oh belum. Mama selalu pesan jangan beli lagi kalau kandungan belum cecah usia 8 bulan.”
Pa&Ma juga bertanya tentang jantina Hanis Hairul Junior kedua ini. Hanis mengakui yang dia sudah mengetahuinya tetapi mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan terlebih dahulu. “Hanis nak tunggu 8 bulan untuk confirm kan betul-betul. Takut dia main-main,” kata Hanis tentang kandungannya itu.
MINUM AIR BERKARBONAT TETAPI DENGAN KONSULTASI DOKTOR
Tentang penjagaan kesihatan semasa hamil, Hanis mengakui agak sukar untuk menjaga bab pemakanan. ” Maintain sihat masa pregnant sangat susah sebab banyak teringin makanan tertentu dan Hanis hanya akan menikmatinya. Masa hamil Hanis makan je. Ada juga makanan manis, ada juga minuman bergas.
“Tapi bila fikir balik ini untuk baby, baby ni nak kena sihat so Hanis consult doctor. Tanya doktor tentang minum air berkarbonat, berapa banyak boleh minum dan limit nya sehari. Walau pun kita suka, kena ambil dalam kuantiti sederhana.”
PEMAKANAN YUSUF
Mungkin ramai mengetahui cara Hanis cukup kreatif dan rajin menyusun pemakanan buah hatinya, Yusuf Iskandar. Sewaktu anak sulungnya itu kecil, pelbagai resipi dan tip dikongsikannya hingga wujud hashtag popular chefmommynis.
“Hanis memang banyak bertanya tentang pemakanan anak kepada ibu, ibu mertua dan ibu-ibu lain yang ada banyak pengalaman. Hanis memang suka membaca buku hard copy & secara online.
“Cara-cara mesti serasi dengan lifestyle kita. Sesuai dengan Yusuf & Hanis boleh buat. Paling penting ia masih boleh dilakukan sewaktu kita sibuk. Syukur kini Yusuf kembali memakan sayur-sayuran seperti timun, brokoli, delima dan sebagainya. Sebagai ibu Hanis sangat gembira,” katanya tentang pemakanan Yusuf.
YUSUF CLINGY & MANJA TAPI HANIS TEGAS
Ibu ini tidak menafikan Yusuf Iskandar semakin clingy sejak akhir-akhir ini. Pada awalnya dia menganggap perkara itu biasa sahaja. “Mula-mula memang Hanis tidak percaya dengan kata-kata orang bila kita mengandung anak akan clingy.
“Ingatkan ia hanya faktor psikologi semata-mata kerana bila hamil, ibu bapa mungkin akan kurang sabar. Kita mengah, kita penat nak layan dan merasakan anak manja. So Hanis tak percaya perkara. Sekali bila kena sendiri, baru tahu,” kata Hanis.
WHERE IS MY MOMMY?
Katanya lagi, Yusuf kini kerap mahu melakukan sesuatu perkara dengan mommy walau pun sebelum ini selesa membuat rutin itu dengan daddy nya, Hairul.
“Untuk tidur, Yusuf ingin mommy ada di sebelah. Kalau tak ada mommy, akan tanya ‘Where is my mommy?’. Tak perlu tepuk untuk tidurkan Yusuf, cuma Hanis kena ada dalam bilik semasa dia nak tidur,” kata Hanis tentang perubahan Yusuf akhir-akhir ini.
TIP SESUAIKAN YUSUF SESUAIKAN DIRI DENGAN KEHADIRAN ADIK
Bagi menyesuaikan Yusuf dengan keadaan baru sebagai abang nanti, Hanis tegas dan tidak memberikan respons keterlaluan bila Yusuf clingy dan mengada-ada.
“Setiap hari Hanis akan tanya – Yusuf what inside here, so dia akan jawab baby. Kalau ke hospital untuk pemeriksaan, dia tahu dia akan tengok adik dia. Kalau lama tak ke hospital untuk check up, Yusuf akan ajak untuk lihat baby.
“Dari segi susunan tidur, Hanis juga telah awal-awal lagi meletakkan Yusuf tidur di katilnya kerana tidak mahu Yusuf merasakan dia perlu tidur di katilnya kerana kehadiran adiknya. Tidak mahu Yusuf dendam atau geram nanti,” kata Hanis berkongsi tip elak Yusuf cemburu dengan adik barunya nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!