Penyanyi, Akim Ahmad meluahkan rasa berbangga setelah menimang cahaya mata lelaki beberapa hari lepas. Menurutnya, dia memang mengimpikan untuk memiliki zuriat lelaki memandangkan anak sulungnya perempuan.
Malah Akim menganggap ini merupakan rezeki yang tidak ternilai buat mereka sekeluarga.
“Saya anggap ini rezeki buat kami sekeluarga. Bila dapat anak lelaki ini, bolehlah nanti ajak main bola sama-sama. Saya sebelum ini pernah cakap pada Stacy, teringin nak azankan anak.
“Bila anak perempuan lahir, kita akan iqamahkan, tetapi jika lelaki, kena azankan. Itu yang sering saya mahukan.
“Alhamdulillah, Allah kurniakan kami dengan kehadiran Isa setelah menunggu lama. Sedikit pun saya tak menangis sewaktu Isa berada dalam dakapan buat pertama kalinya.
Ads
“Perasaan yang berbeza semasa Eishal dilahirkan. Isa buat saya lebih bangga kerana akhirnya ada anak lelaki,” katanya.
Tambahnya lagi, dia dan isteri memang mengimpikan untuk memberi nama anak dengan nama nabi.
“Saya memang teringin nak letak nama nabi pada anak lelaki. Ada beberapa nama yang telah disenarai pendek, tetapi akhirnya saya dan Stacy pilih Isa sebab dekat dengan nama anak kedua kami, Eishal.
Ads
“Sebutannya hampir sama. Malah, Isa kalau digabungkan dengan Bella (nama anak sulung) akan menjadi Isabella.
“Nama itu dirasakan sesuai untuk anakanda kami ini dengan harapan, mudah-mudahan hubungan mereka adik-beradik akan sentiasa akrab dan saling sayang-menyayang,” katanya.
Sempena birthday pertama anaknya, Harum Dalia yang pertama, aktres Ezzaty Abdullah mengimbau kembali saat-saat melahirkan. Indius tetapi tidak menggunakan sebarang penahan sakit!
Ezzaty yang melahirkan Harum pada 6 Disember 2017 dengan berat 2.9kg. Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini menyatakan kesyukurannya atas kehadiran Harum sebagai kurniaan Allah yang terindah. Ia dinyatakan dalam posting Instagramnya, yang turut memaparkan video Harum sejurus selepas dilahirkan.
Ezzaty berkongsi yang proses kelahiran Harum bermula dari 5 Disember apabila melakukan rutin pemeriksaan berkala dan doktor mendapati bukaan serviks adalah 2cm. Doktor menganggarkan yang Harum akan lahir pada malamnya.
Namun pada 6 Disember 2017, proses bukaan hanya 3cm dan membuatkan doktor memecahkan air ketuban dan mungkin diberikan ubatan/drip sebagai indius bagi menggalakkan bukaan serviks. Lazimnya, apabila indius, kontraksi menjadi lebih kuat dan mungkin disebabkan itu doktor yang merawat menawarkan Ezzaty epidural sebagai penahan sakit, namun dia menolak kerana belum rasa sakit.
Menurut salah seorang krew, dia malah tertarik dengan perwatakan Syaikhul Islam meskipun baru berusia 5 tahun. Bukan setakat beri kerjasama yang bagus sepanjang di set penggambaran, malah si cilik itu disifatkan matang serta pandai cuit hati orang sekeliling terutama sewaktu bercerita mengenai figura mainan miliknya.
Reaksi Puteri Sarah dilihat sedang mengalirkan air mata melihat telefon pintarnya sementara Syaikhul melihat kembali video klip rakaman.
Walau bagaimanapun, mereka akui sebak melihat keadaan Puteri Sarah dalam rakaman tersebut sekaligus menitipkan doa serta nasihat murni kepadanya.
Video rakaman tersebut dibuat beberapa hari sebelum Puteri Sarah memfailkan cerai di Mahkamah Syariah.
Pernahkah anda pegang tangan anak dan mengayunkan mereka ala putaran kipas helikopter? Jika ya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan pada anak, ini punca sendi siku teralih.
Keadaan sendi siku teralih
Keadaan sendi siku teralih ini adalah kecederaan biasa pada peringkat awal kanak-kanak.
Dalam istilah perubatan, kecederaan pada anak tersebut dikenali sebagai subluksasi kepala radius (radial head subluxation).
Kecederaan tersebut juga turut dipanggil sebagai pulled elbow kerana ia berlaku apabila bahagian siku anak tertarik dan terkehel.
Antara sebutan lain yang menggambarkan kecederaan ini adalah sebagai nursemaid’s elbow atau babysitter’s elbow.
Akan tetapi, pernahkah anda terfikir kenapa ia boleh terjadi kepada si kecil? Situasi tersebut cenderung berlaku kerana tulang dan otot anak kecil masih berkembang.
Masalah subluksasi kepala radius paling kerap berlaku pada kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun.
Pun begitu, ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa bermula selepas kelahiran hingga usia anak 6 atau 7 tahun.
Ia biasanya hanya memerlukan sedikit daya (kekuatan) untuk menarik tulang siku dari tempatnya, menjadikan kecederaan sendi siku teralih ini mudah terjadi.
Memahami anatomi sendi siku
Umumnya, sendi siku manusia terbentuk oleh 3 tulang utama iaitu tulang lengan (humerus), radius dan ulna.
subluksasi kepada radius
Tulang radius dan ulna ini dipegang oleh satu ligamen nipis yang dikenali sebagai annular ligament berhampiran sendi siku.
Ia membentuk bulatan, meliliti kepala dan leher tulang radius, seterusnya membolehkan pergerakan memusingkan tangan dengan bebas.
Sebarang hentakan atau tarikan secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius ini terkeluar daripada annular ligament.
Ini akan menyebabkan tulang ini terkeluar, rasa sakit dan pergerakan siku dan tangan menjadi terbatas.
Punca kecederaan pada anak
Nursemaid’s elbow lebih biasa terjadi pada kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun kerana ligamen (tali elastik yang menyatukan tulang) agak longgar.
Oleh itu, mudah bagi ligamen di siku untuk masuk ke sendi dan tersekat.
Antara beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko kecederaan pada anak ini adalah seperti:
1. Menarik anak dengan tangan boleh memberi tekanan pada siku.
Jangan sekali-kali mengangkat anak kecil atau bayi dengan tangan atau pergelangan tangan. Sebaliknya, angkat mereka dengan memegang bahagian bawah ketiak.
2. Elakkan daripada mengayunkan anak dengan memegang tangan atau pergelangan tangan.
Ini kerana perbuatan tersebut boleh memberi tekanan pada sendi bahagian siku dan meningkatkan risiko kecederaan pada anak.
Perbuatan mengayun anak sebegini yang boleh menyebabkan sendi siku teralih
3. Menyentakkan lengan ketika menarik si kecil atau dengan cepat menggenggam tangannya boleh membuat ligamen lari.
Sentiasa bersikap lembut ketika ingin memegang tangan anak.
4. Situasi terjatuh tanpa perlindungan pada bahagian lengan boleh menyebabkan kecederaan berlaku pada lengan anak.
Kesannya wujud risiko untuk sendi pada siku terkehel.
5. Berguling dalam posisi yang canggung di tempat tidur atau pada lantai boleh menyebabkan berlakunya subluksasi kepala radius pada si kecil.
Apabila anak semakin membesar, bahagian ligamen akan semakin ketat.
Tetapi masih ada risiko untuk mengalami keadaan sendi siku teralih sehinggalah berusia 7 tahun. Jadi ibu bapa perlu sentiasa memantau anak, okay?
Mengenal pasti simptom kecederaan sendi pada siku
Kebiasaannya, anak yang mengalami pulled elbow tidak akan mahu menggunakan lengan yang cedera kerana pergerakan yang berlaku akan menyebabkan kesakitan.
Jika anak anda mengalami kecederaan ini, mereka akan membiarkan lengan berada pada kedudukan lurus atau sedikit membengkok pada bahagian siku.
Seringkali keadaan sendi siku yang terkehel sukar dikesan kerana ia tidak menyebabkan bengkak atau kecacatan.
Sebaliknya, jika kecederaan lengan atau siku menyebabkan kesakitan teruk, ia mungkin merupakan tanda patah tulang siku (patah tulang) atau lebam teruk.
Ibu bapa selalunya sukar untuk mengetahui sama ada kecederaan pada anak adalah disebabkan sendi pada siku teralih atau patah tulang.
Jadi amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya anak anda mengalami kecederaan pada bahagian siku.
Kaedah rawatan kecederaan
Selalunya, doktor akan memeriksa lengan anak dan bertanya mengenai bagaimana kecederaan itu berlaku.
Tidak terdapat sebarang ujian khas yang diperlukan untuk mendiagnosis kecederaan subluksasi kepala radius.
Ujian X-ray dilakukan hanya jika disyaki patah tulang.
Sekiranya tidak ada pembengkakan atau tanda-tanda kecederaan lain, doktor akan melakukan manuver lembut – pergerakan yang memerlukan kemahiran – yang disebut reduction.
Sewaktu prosedur dijalankan, anak akan duduk di pangkuan ibu atau bapa.
Manakala, doktor dengan lembut akan memegang lengan pada posisi lurus dan membengkokkannya ke atas atau meluruskan lengan sambil memusingkan tapak tangan ke lantai.
Biasanya prosedur tersebut hanya memerlukan tempoh beberapa saat.
Cegah risiko sendi siku teralih
Penting untuk ibu bapa tahu bahawa anak yang pernah mengalami kecederaan ini, masih mempunyai risiko untuk melaluinya kembali.
Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan risiko kecederaan pada anak yang boleh terjadi. Hindari daripada menarik, menyentap, atau mengayunkan anak anda dengan tangan atau lengannya.
Anda disarankan untuk memberitahu keadaan tersebut kepada pengasuh atau ahli keluarga untuk turut melakukan perkara yang sama. Namun, apa yang pasti, ada sesetengah anak yang sememangnya lebih terdedah dengan kecenderungan mendapat kecederaan sendi pada siku walaupun ibu bapa telah berusaha mencegahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.