Perkembangan fizikal dan mental setiap kanak-kanak memang berbeza. Justeru bukan senang untuk membezakan si kecil yang mungkin seorang anak autisme. Seperti perkongsian yang dibuat oleh Doktor Redza Zainol di Facebook miliknya.
Cerita tentang seorang ibu yang berkongsi perihal anaknya yang pada mulanya disangkakan tiada masalah, namun akhirnya terjawab bahawa anaknya itu adalah anak autisme.
Anak yang dianggap kebal dan tak pernah menangis itu juga tidak pernah menuturkan kata-kata. Menyebabkan ibunya kepingin sekali mendengar suara dari anak tersayang. cukup meruntun hati. Akhirnya ibu ini nekad mencari jawapan dan akhirnya anaknya didiagnos sebagai anak autisme.
Dr. Redza juga turut berkongsi tanda-tanda awal autisme untuk ibu bapa lain lebih peka dengan perkembangan tumbesaran anak-anak. Bila dapat dikesan dengan awal, anak-anak istimewa ini juga dapat dibantu lebih awal dan ibu bapa juga boleh menerima keadaan itu dengan lebih tenang.
Memang tak dinafikan sukar untuk menguruskan anak-anak istimewa ini, namun dengan pengesanan awal, sedikit sebanyak ibu bapa dapat belajar bagaimana cara dalam mendidik anak-anak istimewa ini.
Anak kuat, kebal tak pernah menangis, suka main sendiri
“Anak saya ni kuat doktor. Kebal betul. Sejak kecil dia ni tak pernah menangis kalau kepala terhantuk sana sini.
Ads
“Ada sekali tu kami letak dia dalam buaian. Dia meronta-ronta tak nak. Saya paksa juga sebab budak lain semua seronok main buaian. Mestilah dia suka juga kan.
Paksa punya paksa, sampai terjatuh anak kami. Berdarah dahi sampai basah baju dengan darah. Yang pelik, muka dia selamba je. Tak ada menangis, macam tak sakit langsung.” Saya tekun mendengar.
Dia ni jenis suka main sendirian. Sambil tu suka senyum seorang diri. Setiap hari dia habiskan masa dengan kereta mainan. Semuanya dia susun panjang-panjang.
Sayang betul dengan kereta dia. Kalau ada orang usik kereta tu, memang dia mengamuk habis.
Teringin nak dengar anak panggil ibu
Cuma yang menjadi pening, sampai umur 3 tahun, dia masih belum boleh bercakap. Pada awalnya, dia dan suami anggap itu ujian hidup mereka.
Ads
“Saya teringin nak dengar dia panggil saya ibu.”
Hati saya mula sebak. Aduhai, teringat pula pada anak sendiri.
Hari demi hari berlalu. Sampailah dia mula suka melompat tanpa henti dan kemudian mula menghantuk kepala ke dinding tanpa sebab.
Mulai hari itu, ibu ni tekad untuk mencari jawapan yang akhirnya terjawab. Anaknya sah sebagai kanak-kanak Autism.
Perjalanan mak ayah mencari jawapan selalunya pelbagai. Mereka datang dari bermacam cabang jalan yang akhirnya menemukan mereka dengan jawapan yang dicari.
Ads
Tanda Awal Autisme:
– Tak ada eye-contact. – Tiada respon bila dipanggil nama. Sampaikan kita terfikir yang anak kita ni pekak. – Tak suka dipeluk dan suka bermain sendirian. – Suka ulang perkataan yang disebut oleh orang lain (echolalia). – Kerap melakukan pergerakan badan yang berulang-ulang (mengayunkan badan, berputar atau mengepak-ngepakkan tangan). – Obses yang mendalam terhadap sesuatu objek. – Lambat bercakap atau tak boleh bercakap.
Ada mak ayah cakap yang gerak hati mereka dah kata ada yang tak kena dengan anak.
Tapi gerak hati tu diabaikan sebab saudara dan kawan-kawan banyak tolong sedapkan hati mereka.
Ada masa kita kena percaya pada gerak hati sendiri. Gerak hati kita, anak kita, keputusan kita.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni supaya lagi ramai mak ayah jadi lebih peka dengan kesihatan anak. Moga anak-anak ni dapat dibantu dari awal lagi.
Pendarahan yang eruk sehingga kehilangan 5 liter darah selepas pembedahan caeseran, ibu ini berkongsi cerita kisah kelahiran bayi keempatnya yang membawa kepada hysterectomy iaitu pembedahan pembuangan rahim bagi menghentikan pendarahan.
Pengorbanan seorang ibu, mana mungkin akan terbalas. Melalui proses kehamilan dan melahirkan dan kemudiannya mengalami pendarahan teruk sehingga rahim terpaksa dibuang. Perkongsian ibu ini menjentik perasaan, betapa besarnya pengorbanan ibu, sanggup bergadai nyawa demi melahirkan si kecil yang dikandung. Selepas kelahiran, bertarung pula dengan pendarahan yang hebat, ibarat nyawa di hujung tanduk.
Gambar hiasan.
Kelahiran anak keempat Puan Zuliana Z Abidin wajar dijadikan panduan dan teladan. Melahirkan pada minggu ke-34 menerusi pembedahan caesarean langsung tidak dijangka. Sementelah, tarikh jangkaan bersalin masih lambat lagi, tidak disangka-sangka dia bersalin di Selayang walau pun sebenarnya merancang bersalin di Kuantan.
Episod kelahiran kali ini tidak seperti yang sebelum-sebelum ini. Zuliana perlu dibedah dan ekoran daripada itu terjadi pendarahan yang hebat. Bagi menghentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa si ibu, rahim Zuliana terpaksa dibuang. Ikuti coretan Zuliana yang telah dikongsikan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan sanak saudara…
Hampir 36 hari perkara ni berlalu.. Zulie mengambil sedikit masa utk menceritakan apa yg berlaku… Tulisan Zulie sgt panjang.. Terima kasih jika sudi luangkan masa utk membaca coretan ini.
Bukan berniat nak meraih simpati. Sekadar bercerita krn ramai rakan2 yg prihatin dan bertanya apa yg telah berlaku baru-baru ini.Catatan Zulie di sini juga sekadar sebagai renungan dikemudian hari, moga menjadi bacaan anak-anak.
SUDAH MEMILIH TARIKH 16 OKTOBER 2018
Al kisahnya, due kelahiran baby sepatutnya 26 Oktober 2018. Jadi disebabkan ini adalah kelahiran czer yang ke empat, maka tarikh 16 Oktober 2018 telah dipilih utk melahirkan di KMC dibawah Dr Suhaiza.. Sengaja pilih tarikh 16 Oktober 2018 kerana sama tarikh lahir dengan Abg Khairy anak sulung kami.
KE KUALA LUMPUR PADA 29 SEPTEMBER
Pada 29 September 2018, suami bawa kami sekeluarga bercuti ke Kuala Lumpur sempena menyambut “Merdeka” kakak, Khayra Umairah Khairul Azhar yang selesai UPSR dan trip terakhir sebelum mommy bersalin.
Plan asal, kami nak stay di KL hingga 2 Oktober 2018. Konon nak food hunting & last shopping untuk persiapan baby. Sabtu pagi sebelum berangkat ke KL, mommy tergerak hati mengambil buku pink & campakkan ke dlm bag pakaian.. Hmmm. Gerak hati.
30 September 2018, tengah hari tu suami rupanya berpakat dengan sahabat-sahabat rapat Zulie untuk membuat kejutan Majlis Baby Shower. Masa tu memang seronok tak ingat. Memang tak terasa sakit langsung pun sehari dua tu. Malamnya sebab kepenatan serta kekenyangan, Zulie hanya menjamah seketul macaron.
KONTRAKSI SEPERTI SENGGUGUT
1 Oktober 2018, kami bermalam di rumah kami di Gombak. Dalam pukul 3 pagi Zulie terjaga daripada tidur disebabkan sakit teramat dibahagian pinggang beserta sakitdibawah abdomen. Sakit seperti period pain. Masa tu dah terfikir, takkan dah contractions. Sebab sebelum tak rasa apa-apa kesakitan pun. Tapi kekerapan sakit tu, semakin lama semakin kerap. Zulie bangun pergi ke bilik air. Kemudian mundar-mandir di dalam bilik.
Akhirnya dalam pukul 4 lebih hampir ke pukul 5, Zulie buat keputusan mengejutkan suami. Beritahu dia yang Zulie sakit contractions dan mengajak dia pulang ke Kuantan dengan segera. Suami macam tak percaya yang Zulie dah contractions. Dia ambil masa juga nak buat keputusan sebab dia fikir itu hanya false contractions.
DOKTOR SARAN KE HOSPITAL DAHULU SEBELUM BERTOLAK PULANG KE KUANTAN
Tapi disebabkan kekerapan sakit tu makin lama makin kuat, suami telefon Dr Suhaiza untuk pandangan.. Dr Suhaiza mencadangkan kami ke hospital untuk pemeriksaan sebelum buat keputusan pulang ke Kuantan.
Maka dalam keadaan kelam kabut, kami suami isteri bersiap nak ke hosp Selayang.. Dukung si Khayla yg sdg tidur, bawa bersama. Tinggalkan Khairy & Khayra di rumah Gombak beserta phone suami. Tawakal kepada Allah.
Dalam perjalanan ke hospital, contractions makin kuat. Sepanjang perjalanan asyik berdoa moga dapat melahirkan baby di Kuantan.
SEDIH SAMBIL MENAHAN SAKIT
Sesampai di hospital Selayang, staff nurse yg bertugas di bawah tolong tolakkan Zulie dengan wheelchair ke kawasan labour room. Di sana staff nurse di kaunter pendaftaran mempersoalkan kenapa datang ke situ.
Yang paling tak best, seorang daripada mereka, staff nurse yang sangat muda membahasakan Zulie sebab tak bawa kad nikah. Siap gertak tak takut ke kena tangkap khalwat. Rasa macam nak menangis jer.. Dah la sedang menahan sakit. Memang tak nak pun bersalin di situ. Nak balik bersalin di Kuantan. Dah dia bahasa-bahasakan kita pula.
Gambar hiasan.
STAFF LABOUR ROOM YANG BAIK
Tapi Alhamdulillah, staff nurse di dalam labour room semua baik-baik termasuk doktor yang bertugas. Bila dah check guna CTG, staff nurse maklumkan, sakit tu memag contractions yang kuat.
DOKTOR BERITAHU BUKAAN 5 CM
Kemudiannya datang pula doktor, dan memeriksa laluan, dah 5cm. Doktor mmg melarang kami pulang ke Kuantan dan bg tau yg Zulie perlu di czer secepat mungkin.
Dalam keadaan kesakitan dan sedih, Zulie minta berbincang dengan suami. Suami memang dah setuju supaya Zulie bersalin di hospital Selayang sahaja sebab keadaan dah suntuk. Masa tu dalam fikiran memang dah fikir macam-macam. Dengan 2 anak di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Makan minum tak ada di rumah Gombak.
Persiapan barang-barang baby pun tak ada sebab semuanya di Kuantan. Persiapan untuk Zulie juga tak ada. Masa tu memang tak tau nak fikir dah. Tapi sempat juga berpesan pada suami supaya telefon mak suruh maklumkan. Juga suruh suami telefon jiran di rumah Gombak, Cik Nah minta tengok-tengok kan Khairy dan Khayra.
DISORONG KE OPERATION THEATRE
Dalam pukul 9 pagi lebih, Zulie di sorong masuk ke OT untuk emergency operation ceaserean. Masa tu memang sedih sangat tengok Khayla & suami. Sempat lagi berpesan sebelum masuk OT supaya telefon mak.
Semasa di dalam OT, doktor-doktor semua dah bersedia. Pertama sekali doktor pakar bius. Beliau yg memula menguruskan Zulie utk bius di spinal. Bayangkan dengan contractions makin kerap, doktor bius nak inject pun, Zulie dah takut sebab doktor tak boleh inject ketika sakit contractions. Within doktor inject tu, contractions datang, mmg tersentak sekejap.. Selesai bius, selps doktor check tahap kekebasan Zulie, maka pakar gynie pun bersedia utk memulakan czer.
BILA LAPISAN KELIMA DIPOTONG, TIBA-TIBA RASA SAKIT
Semasa ni, Zulie takde lah takut sangat, sebab ini adalah pengalaman caeser Zulie yang ke 4.. Tp nervous tu tetap ada. Dapat rasa doktor belah perut Zulie layer demi layer.. Masuk layer ke 5 mcm tu, tetiba Zulie rasa sakit.
Memang menjerit masa tu. Terkejut sekejap diorg.. Doktor bius tu sangkakan Zulie panic. Lillahitaala, bukan panik. Memang rasa sakit time tu. 2 kali doktor gynae tu cuba belah dan memang Zulie menjerit sakit. Sudahnya doktor bius tambahkan dos.
Baby pun selamat dilahirkan. Staff nurse yang bertugas terus ambik alih baby. Memang tak dapat tengok baby masa tu. Diorang terus bawa untuk dibersihkan. Dan nampak diorang letakkan baby pada oksigen camber (tak pasti apa nama benda tu). Risau Zulie. Dalam hati terfikir, kenapa dengan baby aku tu. Dah la tak diberi tengok baby. Terus dibawa pergi. Dan sekarang dipakaikan alat oksigen tu. Allahuakhbar.
Gambar hiasan.
RASA MAMAI SELEPAS PEMBEDAHAN
Selesai caeser semua, Zulie ditolak ke bahagian recover area sementara menunggu untuk dimasukkan ke wad. Staff nurse pakaikan alat pemanas pada Zulie dan memeriksa keadaan Zulie sama ada kaki dah boleh digerakkan atau belum. Masa tu Zulie agak mamai2 sedikit. Disebabkan dose bius agaknya. Tp dalam hati tetap fikirkan baby. Mana baby?
Kenapa diorang tak bagi Zulie tengok baby.. Allahuakhbar.. Jangan la ada masalah pada baby.. Lepas tu staff nurse datang bagi tau yang disebabkan baby premie border line, 36weeks, diorang kena pantau baby. Lagi pulak nafas baby agak laju.. Jadi baby kena ke neonatal intensive care unit (NICU). Staff nurse bawa sekejap baby bagi Zulie tengok dan bagi Zulie cium. MasyaAllah, comel nyer anak mommy.
EPISOD PENDARAHAN
Tak lama selepas tu, staff nurse dah bersedia nak tolak Zulie ke ward.. Dalam proses bersiap-siap, tetiba staff nurse panik. Dia perasan muka Zulie pucat yang amat. Bila dia selak selimut, nampak darah bertakung dan membuak-buak keluar.
Terus staff nurse menjerit panggil doktor. Dalam tak berapa saat, katil Zulie penuh dikerumun doktor-doktor dan staff nurse. Semua dah panik. Mereka panggil nama Zulie, sebab masa tu Zulie dah nak collapse. Zulie caakp, Zulie mengantuk nak tidur. Lagi lah diorang panic. Terus diorg semua tepuk-tepuk pipi Zulie sebab risau Zulie koma. Masa tu Zulie agak blur.. Nampak diorg masukkan darah.
Urut-urut perut Zulie. Bertungkus lumus diorang.. Dalam masa yang sama Zulie nampak darah Zulie memercik terkena langsir screen, meja di katil. Kedengaran diorang cakap “Patient lost 5liter of blood!”
Kemudian Zulie didatangi Dr Norliza. Beliau mengambil alih mengurut perut Zulie dan terdengar beliau berkata, “Eh, I rasa rahim dia contractions, kenapa still bleed..”
PERLU DIBEDAH SEMULA
Kemudiannya beliau maklumkan yang Zulie terpaksa dimasukkan semula ke OT untuk hentikan pendarahan. Tapi kalau tak berjaya, rahim Zulie terpaksa dibuang. Memang blur sungguh Zulie masa tu. Bila diorg suruh Zulie tandatangan pun, rasa mcm mimpi. Tak tau apa yg Zulie tanda.
Masa tu Zulie memang dah lemah-selemahnya.. Terfikir adakah tadi pertemuan terakhir Zulie dgn baby? Adakah hari ni hari terakhir bersama suami dan anak2? ?
Allahuakhbar!!!
Zulie disorong bt kali kedua ke dlm OT padi hari yang sama.. Dalam keadaan yang lemah selemahnya. Doktor maklum yang Zulie akan di bius sepenuhnya.. Tak diketahui berapa lama Zulie di bedah.. Yang Zulie ingat-ingat lupa, ada suara yang bagi tau Zulie dah dibawa ke ICU. Operation selesai. Suara suami kedengaran sayup-sayup. Lepas tu memang Zulie gone, tidur.
WAYAR BERSELIRAT
Keesokkannya, baru Zulie sedar. Masa tu mmg tak boleh bercakap sebab intubated.. Dipasang tiub dalam mulut. Wayar berselirat ditangan, hidung, leher. Tak usah cerita.. Memang numb giler Zulie masa tu.
DIMAKLUMKAN RAHIM TERPAKSA DIBUANG
Datang doktor yg bertugas, kemudian memaklumkan yang rahim Zulie terpaksa dibuang kerana mereka tak berjaya hentikan pendarahan dan 5 pint darah telah dimasukkan ke badan Zulie.
Masa tu Zulie hanya terkebil2 mendengar. Tak boleh nak digest. Bila suami datang, dengan bahasa isyarat, Zulie tanya tentang baby. Alhamdulillah suami bagi tau baby ok. Suami juga maklum yang anak2 dijaga Cik Nah jiran sebelah rumah..Mak abah juga dalam perjalanan datang ke KL dari Kelantan.
Seminggu ditahan di Hospital Selayang. 2 hari di ICU, 2 hari di Isolation Room, 3 hari di ward biasa. Baby juga di tahan di NICU hampir seminggu sebab jaundice. Akhirnya kami discharged.
DOKTOR TERANGKAN
Hari terakhir di ward, Dr Norliza datang melawat. Beliau ada datang consult dan memberi maklumat tentang apa yang Zulie lalui. Pelikkan? Rahim Zulie sihat. Parut lama daripada caeser yang dahulu pun ok. Rahim contraction selepas bersalin. Tapi berlaku pendarahan.
Beliau infrom yang Zulie tak perlukan pil hormon sebab tiup fallopio Zulie masih ada.. Tapi peluang menopause awal tetap ada.. Average wanita asia menopause diusia 52 thn ke atas.
EMOSI TERGANGGU
Jujur Zulie kata, maklumat ini banyak mengganggu emosi Zulie hinggakan ada masanya Zulie akan menangis kesedihan. Emosi sangat terganggu. Memang tak boleh tinggal keseorangan.. Sure menangis bila teringat apa yg Dr Norliza bagitahu.
Balik ke Kuantan, baby kena jaundis sekali lagi hingga ke paras 400 lebih. 5 hari di tahan di NICU. Masa ni mmg Zulie down sedown nye.. Bengkak-bengkak mata menangis… Sesungguhnya kelahiran kali ini penuh cabaran. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang. Zulie memang bersangka baik kepada Allah.
Semasa bayi admitted di NICU pada hari ke 12 kelahiran disebabkan jaundis tinggi melebihi 400.
RASA SEPERTI MATI HIDUP SEMULA
Dukacita dan bersedih itu sebahagian daripada perasaan Zulie sebagai manusia biasa. Tp Alhamdulillah Zulie dikelilingi ahli keluarga & sahabat-sahabat baik yang sangat baik. Mereka lah yang memberi moral support kepada Zulie. Tak putus-putus bertanya khabar. Tak putus-putis memberi kata-kata semangat.
Kalian mmg hantaran istimewa daripada Allah buat Zulie. Sayang mak abah Khadijah Omar & Zainal Abidin Abd Rahman. I love you Khairul A Jaafar. Love you to adinda Wanie Zainal… Thanks a lot pd makcik Nah Rosnah Saleh yang banyak memberi bantuan sepanjang kami di Gombak. And much love to all my supportive friends yang always keep in touch with me sepanjang proses ini. You know who you are my kesayangan semua.
Hanya Allah yg membalas jasa-jasa kalian kepada Zulie. Zulie bagai mati hidup semula. Tanpa doa & kasih sayang kalian, tak tau lah mcm mana keadaan Zulie. Juga terima kasih kpd semua staff di Hospital Selayang yang banyak membantu kami.
P/s: Pada tarikh yang sama Zulie bersalin, kes yg sama berlaku pd seorang ibu di HTAA. Bleeding 5liter darah di recover area.. Dan meninggal ketika dlm OT. Innalillahiwainnailahirojiun. It’s hit me bad…
Empat jenis ubat batuk yang diimport dari India didakwa menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 70 bayi di Gambia akibat kegagalan buah pinggang tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Dr Ahmadou Lamin Samateh, berkata terdapat kegagalan dalam pemeriksaan kawal selia dan import ubat, bermula produk tidak didaftarkan dengan Agensi Kawalan Perubatan (MCA) negara Afrika Barat itu.
Berikutan itu ketua MCA dipecat dan Samateh menyalahkan pegawai farmasi penyelia yang membenarkan pengimportan dadah tanpa pemeriksaan mencukupi.
Bermula pada September tahun lalu, Gambia mengarahkan penarikan balik beberapa ubat batuk dan selesema, serta semua produk yang dikeluarkan makmal Maiden Pharmaceuticals selepas kematian sekurang-kurangnya 70 bayi.
Negara itu kemudiannya mengharamkan semua produk daripada firma berkenaan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ujian makmal mendapati sirup ubat batuk itu mengandungi dietilena glikol dan etilena glikol dalam ‘jumlah yang tidak boleh diterima’ yang biasanya digunakan sebagai antibeku dan boleh membawa maut apabila diminum.
Kesan toksik daripada bahan ini termasuk kecederaan buah pinggang akut yang boleh menyebabkan kematian,” kata agensi itu.
Pasukan petugas Gambia menyatakan keperluan mendesak untuk menubuhkan makmal kawalan kualiti bagi menjalankan ujian ke atas semua ubat yang diimport ke negara itu, yang mana WHO menyediakan sokongan untuk penubuhannya.
Samateh berkata ia turut mengesyorkan penambahbaikan kepada sistem perubatan negara termasuk mewujudkan sekolah farmasi dan peraturan lebih ketat mengenai ubat.
Kerajaan Gambia juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar ubat dari India itu dalam usaha mendapatkan pampasan bagi mangsa.
Selepas skandal kesihatan, India melancarkan siasatan dan menutup kilang Maiden Pharmaceuticals pada Oktober.
Awal tahun ini, WHO mengumumkan gesaan untuk “tindakan segera dan terkoordinasi” untuk membasmi ubat yang tidak patuh dan dipalsukan, khususnya ubat batuk tercemar yang dikaitkan dengan kematian 300 kanak-kanak di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan. – AFP
Bila anak masuk umur dua tahun maka mama ayah terpaksalah menghadapi fasa ‘teribble two”. Fasa di mana anak mula sedar dia juga mampu membuat keputusan, membuat pilihan sendiri. Fasa ini menampakkan anak sedang bergelut antara kebergantungan pada ibu bapa dan keinginan mereka untuk berdikari.
Anak yang dulunya baik, mendengar kata kini tidak lagi tapi bukan bermakna anak itu nakal dan tidak beradab. Di sini lah peranan ibu ayah sangat penting dalam mendidik anak dengan beradab. Ikuti perkongsian daripada doktor pedeatrik ini.
“Ada tips tak macam mana nak handle toddler (usia 2 tahun) bila mengamuk baling barang dan gigit orang?”
Pertama sekali, kita fahamkan dulu, anak usia 2 tahun ni masih dalam fasa ARE, iaitu:
i. Autonomous Decision – mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata-kata kita
ii. Reptile Brain – anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ’emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang
iii. Egocentric – anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi
Fasa ini akan berterusan antara usia 2-4 tahun. Selepas tu, fasa ni akan berlalu.
Jadi, kitalah (mak ayah) yang kena berlapang dada bila anak dalam fasa ni.
Sementara tu, saya kongsikan satu-sati apa yang perlu dibuat.
Tugas mak ayah ialah:
Bertenang dan tak marah pada anak
Ajar anak nama anggota badan sampai dia kenal. Contohnya, tangan.
Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar. Contohnya:
Tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan
Ajarkan anak batasan perlakuan (boundaries)
Memukul itu tak dibenarkan
Tak boleh baling barang
Ulang semula fungsi tangan “Hand is for you to eat, to drink, to draw.”
Pantau konten rancangan TV/gajet yang anak lihat.
Ia satu proses yang memakan masa tapi inilah tertib mendidik anak yang sesuai mengikut usia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.