Pernah lihat anak berumur 4-6 tahun yang menjerit-jerit mahukan sesuatu? Tidak mahu mengendahkan arahan dan pesanan ibubapanya? Tetap mahu dibuat dengan mengikut kehendak dan kemahuannya sendiri? Mahukah anda tahu kenapa jadi begini?
PENTINGNYA MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK
Seorang anak kecil itu meningkat saiz otaknya sehingga 90% saiz otak orang dewasa dalam usia 0 hingga 6 tahun. Jika saiz otak meningkat, begitu juga kebolehan otak.
Maka bila otak anak tidak dilatih untuk berfikir, maka anak itu tidak akan meningkat kemahirannya berfikir.
Ads
Tapi bukan itu sahaja, kerana otak ini juga mengawal perasaan iaitu bahagian otak tengah, maka jika otak anak tidak dirangsang pada usia 0-6 tahun, itulah yang menyebabkan anak kecil itu tidak bijak mengawal perasaannya bila usianya sudah sepatutnya boleh mengawal perasaan.
Itulah antara yang menyebabkan anak itu suka mengamuk dan tidak memikirkan perasaan orang lain.
MAKA, BAGAIMANA UNTUK MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK KECIL?
Ads
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Jawapan singkatnya ialah pastikan apa yang kita buat melibatkan penglihatan, pendengaran, pergerakan dan yang penting membolehkan anak-anak itu berfikir.
Ads
ELAKKAN
Mendedahkan anak-anak kepada TV dan ipad terlalu lama tidak membantu merangsangkan anak-anak berfikir kerana jika terlalu lama sehingga berjam-jam, penglibatan anak-anak adalah pasif. Kepasifan ini menyebabkan otak anak kurang aktif.
Sebenarnya, tak susah sangat melayari alam keibubapaan kalau kita faham perkembangan psikologinya, keperluannya, apa yang sepatutnya kita tahu pada sesuatu fasa dan sebagainya.
Ajar anak menulis dan memegang pensel bukanlah perkara yang mudah seperti yang kita jangka. Kalau tak kena cara, anak boleh mengamuk dan kita juga lebih mudah putus asa. Hal ini mungkin menjadi lebih sulit jika anak sudah mencapai satu posisi yang ‘pelik’ untuk memegang pensel.
Memegang pensel bukan hanya melibatkan kemahiran motor halusanak, malah ia juga melibatkan kemahirannya untuk mengawal otot-otot pada tangan dan bahu. Dengan teknik yang sesuai untuk ajar anak menulis, mereka akan dapat melakukannya dengan baik walaupun secara santai.
Aktiviti mengumpal kertas dan menjadikan seperti sebiji bola serta dilemparkan ke dalam bekas sasaran boleh meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak untuk memegang pensil dan menulis.
Berikut antara perkongsian dari seorang ibu, Puan Aminah Hussain membantu anak-anaknya meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
Semasa hendak memasukkan anak saya ke tadika semasa umurnya 5 tahun, saya ada berjumpa dengan bakal gurunya. Bakal gurunya yang saya mesra dipanggil ummi beritahu, jika boleh ajarlah anak pegang pensil dengan betul dulu.
Jika datang dengan menggenggam pensil, nampak gaya ummi kena bekerja keras untuk melatih anak ini supaya mahir menulis dan membaca.
Pernah tak kita marah anak tuang air ke dalam cawan dan air tu tumpah? Sebenarnya anak kekurangan “eye-hand coordination skill” atau bahasa melayunya anak kekurangan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
Bahasa lebih mudahnya ialah mata dan tangan menjalankan aktiviti serentak. Koordinasi mata dan tangan ini sangat diperlukan untuk anak kita pandai memegang pensil dan menulis.
Selain itu anak akan lebih mahir memasukkan sesuatu dalam bekas.
Banyak aktiviti mudah yang kita boleh main dengan anak dirumah. Salah satunya yg saya kongsikan pada gambar.Ini saya panggil main bola keranjang dalam rumah ini atau “indoor basketball”.
Boleh mula dari anak umur 2 tahun lagi. Gunakan apa yang ada dalam rumah saja. Bakul boleh, besen boleh dan sebagainya.
Matematik mungkin menjadi satu matapelajaran yang menyeronokkan bagi sesetengah kanak-kanak, mungkin juga menjadi satu mimpi ngeri bagi sekelompok kanak-kanak yang lain. Persepsi ini bergantung kepada keseluruhan penerimaan kanak-kanak tersebut terhadap subjek matematik bergantung kepada pelbagai faktor seperti cara pengajaran, penyampaian ilmu yang mudah dan berkesan serta suasana kelas matematik itu sendiri.
Seperti perkongsian Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar, matematik sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak untuk membina kemahiran berfikir dan daya fokus yang tahan lama. Namun cara mendidik anak-anak untuk sukakan matematik haruslah betul dan bukan paksaan.
“Loving Maths. Sangat penting untuk buat aktiviti matematik setiap hari dengan anak-anak.
“Ianya sangat membantu untuk meningkatkan daya fokus anak-anak.
“Lagi kerap mereka lakukan aktiviti kira-kira, lagi bagus untuk mereka.
“Practice makes perfect! Dan lakukan aktiviti ini secara santai.”
Tambah bapa kepada 6 orang cahaya mata ini, aktiviti melibatkan matematik ini boleh didedahkan seawal usia bayi lagi dengan menggunakan Flash Card.
“Untuk bayi, mama ayah boleh mulakan dengan menggunakan FlashCards. Mulakan dengan titik dan nombor.”
Flashcard boleh menunjukkan kepada anda apakah yang bersamaan dengan 2 + 2, tetapi membiarkan anak-anak mendapat pengalaman secara langsung dengan mengira, mungkin berfungsi dengan lebih baik. Tentukan pilihan pembelajaran anak anda dengan mencuba kedua-dua flashcard dan pengalaman secara langsung.
Sesetengah kanak-kanak belajar dengan lebih baik dengan melihat jawapan pada kad atau mengira gambar pada kad. Individu lain tidak akan benar-benar mendapatkan konsep matematik sehingga anda membiarkan mereka mengira objek fizikal. Campurkan pelajaran matematik anda untuk melihat kaedah mana yang paling berkesan untuk anak anda.
Jadikan Rutin
“Kami lakukan matematik dengan anak-anak setiap hari. Setiap hari mereka makin bagus dan cepat belajar. Dan mereka tak perlu mengira pun tapi terus dapat beri jawapan sama macam kita orang dewasa.”
Gunakan matematik dalam rutin harian anda. Bantu anak anda memanfaatkan pelajaran matematik anda apabila anda memasukkannya ke dalam kehidupan seharian anda sambil menetapkan matlamat yang boleh dicapai dalam pembelajaran.
Jadi perkenalkan matematik pada anak-anak seawal yang boleh supaya mereka mencintai ilmu matematik!
Anak mula buat bising, sepah, mengada-ngada dan berusaha keras untuk membuat adiknya menangis, ibu ayah kena semak balik cara berikan perhatian kepada anak, cukupkah sebenarnya?
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini diharapkan boleh membuka mata kita semua sebagai ibu bapa supaya menjadi lebih baik.
Jangan menyalahkan anak semata-mata kerana kenakalannya, selalu ‘buat hal/ buat perangai’ sebaliknya periksa kembali cukupkah perhatian yang mereka dapat daripada ibu bapa. Adakah layanan sambil lewa yang diberi memadai sedangkan gajet dan telefon sentiasa di tangan.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Tanda anak dahagakan perhatian
Kalau anda perasan anak anda, biasanya ada anak yang jenis try hard utk dapatkan perhatian anda.
Namun, biasanya usaha anak ini sentiasa di salah erti.
Anak yang terlalu berusaha untuk dapatkan perhatian ibu dan ayah ini sering dilihat sebagai anak yang sering melakukan masalah dan kekacauan.
Anak yang dahagakan perhatian biasanya akan melakukan perkara perkara seperti dibawah:
Semua tanda-tanda diatas itu biasanya ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh ibu dan ayah.
Apa yang akan difokuskan adalah kesalahan yang dilakukan berbanding mesej sebenar disebalik itu.
Jadi, apakah sebenarnya punca anak terlalu dahagakan perhatian sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja?
Sebenarnya, anak yang berusaha sungguh-sungguh untuk meraih perhatian ibu dan ayah ini berpunca dari perasaan anak anak itu sendiri yang merasakan bahawa kurangnya perhatian yang diterima dari ibu dan ayah.
LAYANAN SAMBIL LEWA
Pemahaman anak itu kadang berbeza. Walaupun kita rasa kita dah beri perhatian, namun ada kalanya ia dilakukan secara lewa.
Contohnya melayan anak sambil bermain telefon atau membuat kerja.
Apabila anak merasakan ibu dan ayah tidak berminat, mereka akan melakukan sesuatu untuk meraih perhatian itu. Walau kadang kadang apa yang diterima adalah kemarahan. Namun kemarahan itu menandakan ibu dan ayah mereka memberi perhatian. Mereka berjaya membuatkan ibu dan ayah berpaling pada mereka dan terpaksa menyelesaikan apa yang mereka sudah buat.
3 TIP ELAK ANAK TERLALU DAHAGA PERHATIAN & KASIH SAYANG
Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk membantu anak anak kita agar tidak terlalu dahaga kasih sayang.
1. Sentiasa berusaha untuk respon kepada apa yang anak cuba sampaikan/mahu.
Contohnya anak ajak anda bermain.
Kalau anda sibuk, jangan katakan ” Jangan kacau ibu boleh?”
Tetapi sebaliknya katakan.
“Tunggu sekejap ya, ibu siapkan ni sekejap nanti kita main sama sama tau, tak sabar ibu nak main sama sama”
Tunjukkan pada anak effort dan keterujaan anda untuk bersama dengan anak anak walaupun anda sebenarnya sibuk.
2. Berikan pujian kepada perkara baik anda lakukan.
Biasanya kalau anak buat baik kita tak notice. Pandang pun sebelah mata.
Tapi bila anak mula buat sesuatu yang kirang baik kita akan mula pusatkan perhatian kita pada anak dan marah mereka.
Jadi why not, mulai sekarang anda peka dan beri perhatian pada anak anda saat mereka melakukan perkara yang baik.
Kesannya, mereka tidaklah akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu yang tidak baik semata mata mahukan anda beri perhatian kepada mereka.
3. Sentiasa ada special time bersama anak.
Special time itu tak perlu lama pun. 10 minit pun cukup. Duduk bersama anak, berbual bual dan mendengar apa yang mereka mahu katakan. Peluk dan cium anak anak. Gosok belakang mereka.
Special time ini boleh dilakukan secara beramai ramai dan juga ada masanya ia perlu dilakukan seorang demi seorang.
Contoh anda ada anak 3 orang, jadi kak long akan ada special time dengan anda, begitu juga dengan kak ngah dan adik.
Semua usaha ini perlu untuk mengelakkan anak anda menjadi sorang yang terlalu dahagakan kasih sayang sehinggakan mereka try hard untuk berbuat sesuatu yang tidak baik semata mata untuk menarik perhatian ibu dan ayah.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.