Bukan bertemankan dengan ibu dan ayah, tetapi kehadiran anak kecil yang baru berusia lima tahun ke surau untuk menunaikan solat subuh menarik perhatian ramai.
Betapa hebatnya didikan kedua ibu bapa ini hinggalah anak kecil yang baru berusia lima tahun itu kuat semangatnya malah sudah mengertikan akan tanggungjawabnya kepada agama.
Perkongsian saudara Muhammad Mustafa mengenai anak kecil ini ternyata menarik perhatian ramai.
Bukan hanya menunaikan tanggungjawabnya bersolat bahkan turut sama membawa Al-Quran sebaik habis bersolat. Hebat!
Ads
Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun datang ke surau pagi ini untuk mendirikan solat subuh. Terlewat bangun katanya.
Datang sendiri ke surau, untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat, dia mengambil mushaf Al-Quran untuk membaca, tanpa pantauan ibubapa.
Ads
Tahniah kepada ibubapanya yang mendidik untuk menunaikan solat di surau/masjid.
Ads
Moga adik IB menjadi contoh tauladan kepada anak-anak yang lain dan bakal mewarisi tamadun Islam suatu masa kelak.
Semoga anak kecil ini teruslah menjadi contoh dan tauladan malah menjadi inspirasi untuk anak kecil lain sepanjang perjalanan hidup mereka kelak.
Anak mana yang tidak terkesan dengan pergolakan rumah tangga apa lagi melibatkan ibu dan ayah yang selama ini menjadi tempat berpaut sekian lama.
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof semakin berpanjangan bila mana Syamsul tidak mahu menceraikan isterinya hari ini.
Meskipun hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini, namun Syamsul enggan melafazkan talak ke atas isterinya itu.
Puteri Sarah yang ditemui selepas sesi mahkamah itu sempat berkongsi kisah anak-anaknya selepas ditemubual oleh pihak media.
Katanya, anak sulungnya, Syaikul Islam sememangnya sudah mengetahui mengenai kisah perceraian ini lebih awal selepas menonton kisah itu dari Youtube.
Meskipun baru berusia lima tahun namun anak kecil itu tekad untuk bertanyakan berkenaan kisah itu kepada datuk dan neneknya.
“Syaikul memang dah tahu hal ini sebab dia sendiri cakap dengan Datuk, “Abang dah tahu dah”.
“Datuk sendiri cakap dengan dia, walau apa pun jadi Ma dan Atuk memang sayang pada Syaikul dan semua sayang Syaikul dan adik.
“Dia dengar daripada Youtube, dan dia sendiri bertanya pada Datuk dan Datin. Dan Datuk dan Datin dah terangkan pada anak-anak,” ujar Puteri Sarah lagi berkongsi.
Namun akui Puteri Sarah, dia amat bersyukur kerana dikurniakan ibu dan bapa mentua yang cukup memahami malah menyokong kuat dirinya dan anak-anak kala berdepan ujian ini.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai dalam kes permohonan perceraian mereka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji pelaksanaan semula UPSR dan PT3 susulan permintaan berterusan daripada ibu bapa yang mahukan sistem penilaian akademik lebih jelas dan seragam untuk anak-anak.
Langkah ini dilihat sebagai respon terhadap kebimbangan masyarakat selepas pemansuhan peperiksaan berpusat dan peralihan sepenuhnya kepada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan semula peperiksaan berpusat akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut selepas kajian menyeluruh dilakukan.
Menurut Fadhlina, isu peperiksaan masih menjadi antara perkara paling kerap dibangkitkan oleh ibu bapa, terutamanya berkaitan tahap pencapaian sebenar anak-anak di sekolah.
Bagi kebanyakan ibu bapa, ketiadaan peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PT3 menyukarkan mereka menilai kekuatan dan kelemahan akademik anak, selain menimbulkan persoalan tentang kesediaan anak melangkah ke peringkat pendidikan seterusnya.
“Tadi saya juga sebut tentang bagaimana kita akan mengkaji semula soal peperiksaan itu kerana itu yang masih lagi menjadi permintaan ibu bapa,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026.
Kajian ini akan dilaksanakan oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang diaktifkan semula pada tahun ini.
Majlis berkenaan akan meneliti pelbagai pandangan berkaitan peperiksaan termasuk UPSR dan PT3, merangkumi aspek akademik, psikologi pelajar serta kesan jangka panjang terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut Fadhlina, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad akan membentangkan perincian serta pandangan profesional bagi membantu ahli majlis membuat penilaian yang lebih menyeluruh dan seimbang.
Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada tahun 2021 ketika negara berdepan pandemik Covid-19 sebagai langkah menyesuaikan sistem pendidikan dengan situasi luar jangka.
PT3 pula dibatalkan pada tahun sama sebelum dimansuhkan sepenuhnya pada 2022 dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Namun selepas beberapa tahun pelaksanaannya, timbul kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai keberkesanan PBD, khususnya dari segi ketelusan penilaian dan keseragaman standard antara sekolah.
Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Anuar Ahmad antara yang konsisten menyuarakan sokongan agar UPSR dan PT3 dikembalikan.
Beliau berpandangan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah sejak tujuh tahun lalu tidak mencapai tahap keberkesanan seperti yang diharapkan dan kekurangan laporan nasional yang menyeluruh.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini mendedahkan bahawa pemansuhan UPSR memberi kesan ketara terhadap pencapaian murid dalam Ujian Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM MRSM).
Kesan tersebut didapati lebih jelas melibatkan pelajar luar bandar serta murid daripada keluarga berpendapatan rendah.
Bagi ibu bapa, kajian semula ini dilihat sebagai langkah penting untuk memastikan sistem pendidikan negara lebih seimbang antara pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah anak-anak.
Walaupun peperiksaan berpusat sering dikaitkan dengan tekanan, ramai percaya ia masih diperlukan sebagai penanda aras bagi mengenal pasti potensi, minat dan keperluan sokongan pembelajaran anak.
KPM menegaskan bahawa tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini. Sebarang ketetapan mengenai pelaksanaan semula UPSR dan PT3 hanya akan dibuat selepas hasil kajian dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
Buat masa ini, ibu bapa disarankan terus menyokong pembelajaran anak-anak di rumah sambil menunggu keputusan rasmi daripada pihak kementerian.
Bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak luah rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur, dua hari lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zaquan di Insta-Storynya, dia berkongsi foto tilam dan bantal milik Rees selain akui kehidupannya menjadi sunyi sejak pemergian Allahyarham.
“Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana,” ujarnya.
Terdahulu Zakuan memuat naik di Insta Storynya mengenai anak ketujuhnya yang meninggal dunia menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees tidak mengalami sebarang sakit dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1 petang pada Selasa di Seremban.
Jasad bayi yang berusia 6 bulan itu selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi pada Rabu.
Terdahulu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.
Untuk rekod, Ayu dan dikurniakan dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!