Apa sahaja teguran dari mak ayah tidak langsung diendahkannya anak. Ada sahaja jawapannya. Bukan salah anak seratus peratus, ada kalanya sikap kita sendiri menyebabkan anak menjadi makin tak dengar kata.
Tersalah cara dan percakapan kita ada waktunya buat anak jadi keras hatinya. Dr Taufiq Razif, berkongsi lima perkara yang perlu mak ayah berikan perhatian. Kita ubah sebelum terlambat.
5 Penyebab Anak Jadi Keras Kepala
1. Hypercritical
Bila ibubapa terlalu suka kritik setiap perbuatan anak.
– Anak buat salah sikit, kena kritik
– Anak cuba buat sesuatu, kena kritik
– Anak cuba bantu, kena kritik
Ads
2. Labelling
Bila ibubapa suka label batang tubuh anak
– Awak ni PEMALAS
– Awak ni DEGIL
– Awak ni NAKAL
3. Permissive
Bila ibubapa terlalu ikut cakap anak dan dikuasai anak anaknya sendiri
– tak mampu tengok anak menangis langsung
– tak tahan bila anak merengek nak sesuatu
– semua permintaan anak ditunaikan
– biarkan anak buat sesuka hati mereka
– takut dengan anak sendiri
Ads
4. Negligence
Anak yang merasa diabaikan biasanya mempunyai tangki emosi yang kosong jadi dia akan guna apa sahaja cara untuk mendapatkan perhatian ibubapanya kembali dengan cara :
– memberontak
– melawan
– protes
– bersikap kasar
5. Punitive Discipline
Bila ibubapa terlampau menggunakan hukuman dalam membentuk dan mendidik anak.
2. Restorative discipline – lebih banyak gunakan tunjuk ajar, teguran, galakan, pujian dan sokongan
Hukuman ni umpama garam dalam masakan. Ianya diperlukan untuk menyedapkan makanan tetapi jangan sampai berlebihan.
p/s : Tolong simpan ilmu ini dan kongsikan pada pasangan masing masing juga sebab ilmu ni sangat sangat penting untuk didik anak masing masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dapur adalah ruang paling berbahaya buat anak-anak kecil kita. Walau dah perhatikan anak 24 jam, bila satu-satu perkara itu terjadi diluar bidang kuasa kita, kita tak mampu nak mengelaknya. Risiko anak melecur seperti terkena minyak dan air panas mudah berlaku tanpa kita duga.
Bila dah jadi macam ni, mama jangan panik tetapi berusaha untuk tambah pengetahuan. Salah satu perkara yang ibu perlu elak lakukan adalah meletakkan pelbagai benda lain pada kulit anak.
Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, menyapukan pelbagai benda asing pada kulit hanya akan membuatkan kulit bertambah teruk. Jadi jika anak atau ahli keluarga terkena lecuran minyak atau air panas, elakkan beberapa perkara ini. Mama kena tahu ni.
Elak Sapu Macam-Macam
Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.
Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.
Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:
?Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
?Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
?Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Rawatan kecemasan awal betul adalah:
1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.
2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.
4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.
5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Tasha Manshahar berkongsi tentang pengalamannya membuat ujian imbasan terperinci. Dia dan suaminya mengikut saranan doktor untuk membuat ujian ini dan kemudiannya Tasha dirujuk kepada pakar.
Cerita Tasha, kandungannya baik sahaja tetapi doktor mendapati air ketubannya agak banyak. Terlebih sedikit dari paras normal. Ini salah satu faktor mengapa perutnya Nampak besar dan berat badannya juga naik banyak. Ada beberapa sebab mengapa air ketuban terlebih, tetapi Tasha diminta untuk buat follow up untuk kenal pasti mengapa ia boleh terjadi kepadanya.
Isteri kepada penyampai radio Zayan FM, Raqib Majid, ini turut memberitahu yang bayinya sihat tetapi dalam kategori bersaiz besar. Ketika pertemuan mereka dengan doktor, Tasha diberitahu yang saiz dan berat bayi Tasha perlu dipantau kerana risau apabila masuk usia kehamilan 40 minggu, berkemungkinan bayinya mencecah berat 4kg ke atas.
Tasha juga dinasihatkan untuk tidak menunggu kandungannya mencecah usia 40 minggu, mungkin perlu diindius untuk cuba melahirkan secara normal. Kata doktor lagi, ini mungkin terjadi kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah, jadi bayi pun membesar sama.
Mengakhiri perkongisiannya itu, Tasha memberitahu yang dia perlu minum air gula lagi. Ada masanya ibu kena kencing manis apabila kandungan sudah besar. Tasha juga sempat memohon agar didoakan agar kesihatan dia dan bayinya baik sahaja. Kata doktor, ada juga sesetngah kes ibu naik berat badan, air ketubannya banyak dan bayi pun besar tetapi semuanya normal. Pun begitu kata Tasha lagi, dia akan lebih berhati-hati selepas ini.
Admin doakan agar Tasha dan bayinya sihat dan tiada sebarang masalah. Jaga diri baik-baik ya, Tasha!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lelaki atau perempuan biasakan mereka melakukan kerja-kerja di rumah. Buang tanggapan dan jangan anggap kerja rumah hanya anak perempuan saja yang bertanggungjawab. Sebenarnya satu bonus buat ibu ayah jika mempunyai anak cemerlang dalam pelajaran dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Percayalah didikan dan suasana positif di rumah itu akan membuahkan hasil yang baik pada anak-anak dan mereka lebih memahami erti hidup sehinggalah dewasa kelak.
Seperti anak lelaki kepada pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak walaupun masih bersekolah rendah.
Menurusi video yang dikongsikan, anak sulungnya Hafiy Altamis Haniffa, 11, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang.
Kebolehannya itu meraih lebih 2.7 juta tontonan dan menerima hampir 100,000 tanda suka.
Ajar berdikari sejak usia 5 tahun
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.
“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.
“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.
“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Anak-anak banyak bantu masa berpantang
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.
“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.
Matang dari usia
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.
“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.
“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.
“Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.
“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.
“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.
“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persediaan bersalin yang lengkap membantu ibu hamil menghadapi hari kelahiran dengan lebih tenang. Ketahui senarai persediaan penting menjelang due date termasuk beg hospital, dokumen dan keperluan bayi.