Mendidik dan membentuk anak bermula dari kecil lebih mudah agar seimbang dunia dan akhirat. Kepetahan anak-anak Tomok memang selalu diperkatakan. Terkini Arrian dan Andra mula menghafal ayat-ayat Al-Quran.
Anak penyanyi Tomok iaitu Arrianshah Akid,7 tahun dan Andrasha Iman, 4 tahun, kedua-duanya semakin bijak. Memiliki suara yang merdu, telatah kedua-dua anak lelaki ini dimuatnaik bapa mereka ke Instagram.
Tomok telah memuat naik video di laman Instagramnya memaparkan dia sendiri sedang menguji bacaan surah ayat Kursi yang dihafal dua orang anaknya itu.
Dalam video berkenaan, Arrian dan Andra kelihatan sudah boleh menghafal ayat Kursi dan menyambung bacaan ayat dengan mudah.
Melentur buluh dari rebung
Bahagia sekali melihat keluarga Tomok yang bergilir-gilir menyambungkan ayat Al-Quran. Kemerduan suara mengalunkan ayat suci Al-Quran dipuji para follower. Tomok turut merakamkan kapsyennya agar para follower mendoakan hanya yang baik-baik buat dua orang puteranya itu.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung. Maksudnya, kalau ibu bapa ingin nak mendidik anak-anak ke arah kebaikan memulakan daripada usia mereka masih kecil adalah langkah yang tebaik.
Ads
Warganet memuji tindakan Tomok dan isteri yang berjaya mendidik kedua-dua anak lelaki yang bersopan santun.
Sebagai ibu ayah, sudah tentu kita mahu meluahkan perasaan sayang kepada anak-anak. Selain memenuhi permintaan anak, kita biasanya akan mencium dan memeluk mereka sebagai tanda kasih sayang.
Tidak salah untuk mencium anak, tetapi bukan semua spot di badan anak boleh digomol ibu ayah. Berikut adalah perkongsian Dr Taufiq Razif berkenaan hal ini:
Mak Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium dan Gosok Anak-Anak
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Semoga dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah tentang spot terbaik untuk kita cium anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendirikan rumah tangga sejak November 2017, persoalan tentang zuriat tentu sering menjadi pertanyaan peminat terutamanya netizen. Menurut laporan Berita Harian, Izara Aisyah, 26 kini mengambil keputusan untuk berehat sehingga tahun hadapan sebagai persediaan dirinya untuk menjadi seorang ibu.
Menurutnya, dia memang seorang yang sukakan kanak-kanak dan tidak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu. Namun tidak mahu berasa tertekan, dia dan suaminya, Muhamad Adib Khalid menyerahkan segalanya kepada ketentuan rezeki.
“Sebelum ini, saya dan suami mahu meluangkan masa berdua, di samping berusaha memastikan kedudukan ekonomi kami stabil. Kini, kami sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata.
“Saya memang sukakan kanak-kanak, malah tidak sabar menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Saya bagaimanapun, tidak mahu memberikan diri tekanan, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan rezeki,” katanya.
Semoga ada berita baik yang akan kita terima tak lama lagi dari Izara Aisyah dan suami.
10 tip cepat hamil oleh Dr Hamid Arshat:
Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan
Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.
Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.
Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam. Baca al-Fatiha, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan. Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan. Lakukan senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki, berjogging, mengayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran. Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan
Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’.
Demi kebersihan kesihatan anak lelakinya, En. Rani Genga membawa anak terunanya untuk berkhatan/sunat.
Menurutnya lagi, sejak isterinya hamil lagi dia sudah berhajat untuk sunatkan anak lelakinya namun hajat tersebut akhirnya dapat dilaksanakan setelah usia anaknya meningkat remaja.
“Saya hajat nak sunat anak teruna saya masa kandungan berumur 5 bulan dalam perut .finally it’s haappen.”
Malah lelaki berketurunan India ini turut memberikan pesanan buat ibu bapa lain untuk melakukan perkara sama demi kebersihan dan kesihatan anak lelaki kelak.
“so I advised out there kalau Kita tak jaga anak kita siapa lagi kan”
Rata-rata warga maya tak mengira bangsa dan agama turut memberi pendapat dan pengalaman berkenaan berkhatan. Ianya demi kesihatan serta kebersihan untuk lelaki.