Hati ibu mana yang tak sedih bila anak asyik merengek minta nak makan makanan kegemarannya tapi tak dapat ditunaikan atas kekangan tertentu. Begitulah yang berlaku kepada salah seorang ibu ini yang bersyukur sangat hajat anaknya tercapai.

“Lega rasanya apabila hajat anak untuk makan ayam goreng kesukaannya Kentucky Fried Chicken (KFC) sejak sekian lama akhirnya tercapai.

“Sebagai ibu, tersentuh hati apabila melihat reaksinya yang menikmati hidangan dipesan dengan bersungguh-sungguh,” ujar asnaf, Azlina Abdullah.

Azlina, 42, berkata, hampir tiga tahun, anak tunggalnya Muhammad Amirul Aiman Abd Rasid, 11, meluahkan hasrat supaya membawanya ke restoran makanan segera itu kerana ingin menikmati ayam goreng.

IKLAN

“Bukan tidak mahu tunaikan permintaannya itu tetapi saya tidak berkemampuan, duit yang ada cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.

“Tersentuh Hati Saya Tengok Dia Makan.” Hampir 3 Tahun Anak Minta Makan Ayam KFC

“Boleh dikatakan, kerap juga dia memberitahu teringin untuk makan ayam KFC, tetapi saya minta supaya bersabar, kalau ada rezeki lebih nanti saya belikan,” katanya.

IKLAN

Azlina dan anaknya itu ditemui selepas Program Wayang Sekampung Merlimau yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, di sini, baru-baru ini.

Menurut ibu tunggal itu, semasa arwah bapa Muhammad Amirul Aiman ada, suaminya agak kerap membawa anak mereka ke restoran makanan segera terbabit.

“Selepas kematian suami dan saya tidak lagi dapat bekerja akibat kemalangan, jadi kami hanya bergantung kepada pencen arwah untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

IKLAN

Kredit: Metro

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI