Dr Sheikh Muszaphar meluahkan rasa syukur di atas kehamilan ke-tujuh isterinya, Dr Halina walaupun kehamilan kali ini bukan kehamilan kembar.
Menurutnya, dia tetap berharap adanya janin kembar namun bukan rezeki untuk Dr Halina hamil anak kembar setelah di periksa oleh doktor.
“Bukan kembar kali ni”
“I told Dr Imelda (O&G) to look for the other Twin … Probably hiding behind the uterus But Doc adamantly said only one heartbeat . Not a Twin this time …”
Ads
“Tetap bersyukur. Alhamdulillah …Maybe next one”
Tambahnya lagi, mungkin kehamilan akan datang adanya janin kembar kerana sebelum ini Dr Halina pernah hamil bayi kembar sebanyak 2 kali iaitu Adam dan Noah serta Emilia dan Eusoff.
“Dr Halina is now at 14 weeks pregnancy. Fasting Blood sugar is slighly raised. Probably due to lack of sleep last nigh. Kerja sampai 12 malam kat hospital
Sugar need to be monitored.”
Ads
“Did a Chromosomal Blood test. To rule out all the Syndromes. Also to find out the gender of the baby. Scan was good. Heartbeat was strong. Growing well”
“Ya Rabb. Semoga dipermudahkan kehamilan Dr Halina. Amiinn …”
“We are excited to know the gender … Feeling like a first time Parent all over again”
Cepat penat dan selalu rasa mengantuk adalah normal bagi wanita yang sedang melalui trimester awal kehamilan. Ia bukanlah disebabkan berat badan anda bertambah banyak dan anda menjadi semakin berat. Sebenarnya situasi ini dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berlaku.
Kadang-kadang tu, bila di pejabat sampai terlelap. Punyalah letih dan mengantuk, bukan biasa-biasa. Tak dapat ditahan! Kalau di rumah, bolehlah juga berehat dan tidur sekejap. Untuk ibu hamil yang bekerja, terpaksa juga menahan kantuk. Seksa rasanya.
Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening.
Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan. Untuk mengurangkan rasa mengantuk atau letih ini, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan:
4. Jika berasa mengantuk ketika di pejabat, cuba berjalan seketika atau buat senaman ringan di meja sambil mengatur pernafasan. Kalau di rumah, anda boleh berehat dalam mandian air suam di tab mandi (jika ada) yang airnya dicampur dengan sedikit minyak aromaterapi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila ujian kehamilan menunjukkan positif, pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi, kan? Eh, kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan? Adakah ia petunjuk masalah kehamilan?
Sudah pasti anda berasa bimbang semasa melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan dimaklumkan kantung kehamilan atau gestational sac tidak dapat dilihat.
Kantung tersebut adalah tempat di mana janin akan membesar dan mengandungi cecair amniotik atau lebih mudah dikenali sebagai air ketuban.
Umumnya, kantung tersebut adalah antara tanda mengandung yang dapat dilihat pada ultrabunyi transvaginal. Alat tersebut digunakan kerana ultrabunyi abdomen kurang tepat pada peringkat awal kehamilan.
Gestational sac biasanya dapat dilihat apabila ujian scan bayi dilakukan ketika usia kehamilan mencecah 5 minggu. Bagi sesetengah wanita mengandung, ia boleh dilihat seawal usia 3 minggu kehamilan.
Sekiranya kantung tersebut dapat dikesan pada alatan ultrabunyi, anggaran saiz diameter kantung adalah sekitar 2 hingga 3 milimeter (mm). Ia akan kelihatan seperti rim putih di dalam rahim anda.
Jika anda menjalani ujian kehamilan kuantitatif, iaitu ujian hCG serum (human chorionic gonadotropin), gestational sac biasanya akan kelihatan apabila hCG mencapai tahap 1,500 hingga 2,000.
Ujian scan bayi yang seterusnya akan menampakkan kantung kuning telur (yolk sac) di dalam kantung kehamilan.
Yolk sac akan berfungsi sebagai makanan untuk embrio yang sedang berkembang dan biasanya akan dapat dilihat pada usia kehamilan 5.5 hingga 6 minggu melalui ultrabunyi transvaginal.
Tetapi jika kantung tersebut tidak dapat dilihat semasa scan bayi, adakah ia petanda masalah kehamilan?
Kantung yang wujud di dalam rahim itu adalah kantung yang akan mengelilingi dan melindungi bayi (apabila membesar) dan akan mengandungi cecair amniotik.
Sekiranya ia tidak dapat dilihat semasa ujian ultrabunyi transvaginal kehamilan pada awal usia kehamilan, sekitar 5 minggu, ada beberapa punca yang mungkin berlaku, iaitu:
Imbasan kehamilan dilakukan terlalu awal
Kantung kehamilan biasanya akan kelihatan pada imbasan ultrabunyi pada 3 hingga 5 minggu kehamilan atau pada saat nilai hCG mencapai 1,500 ke 2,000.
Jika dilakukan sebelum waktu atau tahap itu, walaupun ujian kehamilan menunjukkan positif, kemungkinan besar tidak akan ada kantung yang dapat dilihat semasa scan bayi dilakukan.
Tempoh masa yang salah adalah antara sebab paling biasa mengapa kantung bayi tersebut tidak dapat dilihat. Apabila melibatkan keadaan sebegini, ujian ultrabunyi susulan akan disyorkan.
Pun begitu, jika tempoh mengandung sudah melebihi 5 minggu atau capaian tahap hCG lebih 2,000, ketiadaan kantung kehamilan mungkin petanda kewujudan masalah tertentu.
Kehamilan ektopik
Apabila kantung tidak kelihatan di dalam rahim, ia berkemungkinan besar menandakan masalah kehamilan, iaitu kehamilan ektopik.
Ia keadaan yang boleh menimbulkan kebimbangan. Tetapi perlu diingatkan bahawa ketiadaan kantung mungkin berkaitan dengan waktu scan bayi yang salah.
Walau bagaimanapun, masalah kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim akan dapat diatasi jika dapat dikesan pada peringkat awal.
Situasi ini boleh terjadi walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom yang menjurus kehamilan ektopik.
Seorang doktor mungkin dapat mendiagnosis masalah kehamilan luar rahim dan akan menyarankan rawatan tanpa perlu melakukan ujian scan bayi susulan jika tahap hCG cukup tinggi.
Masalah kehamilan ini selalunya tidak dianggap kecemasan perubatan sekiranya dikesan lebih awal. Bahkan pilihan rawatan juga tidak semestinya melibatkan pembedahan.
Keguguran
Jika anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan atau gejala keguguran lain, ketiadaan kantung kehamilan mungkin bermakna anda mengalami keguguran yang sangat awal.
Keadaan ini turut dikenali sebagai kehamilan kimia atau tisu kehamilan telah disingkirkan rahim.
Sekiranya berlaku penurunan kadar hCG dengan tiada penemuan kantung, diagnosis paling hampir adalah keguguran.
Seperti kehamilan ektopik, terdapat pelbagai pilihan rawatan tersedia jika anda kehilangan kandungan.
Ketiadaan kantung kehamilan semasa scan bayi boleh jadi keadaan yang sukar untuk pakar menentukan dengan segera dan tepat akan puncanya.
Jadi adalah sesuatu yang wajar untuk anda berasa bimbang dan cemas, malahan mungkin kecewa.
Terdapat kemungkinan besar untuk anda diminta melakukan ujian scan bayi atau ultrabunyi susulan dan menjalani pemantauan tahap hCG bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelawak Abam Bocey kini sedang hamil tiga bulan. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkongsi berita gembira tersebut menerusi mStar Online.
“Saya dah tahu lama tapi kami baru ke klinik untuk buat pemeriksaan.
“Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya,” ujarnya.
Sementara itu, Abam turut berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik status ‘kehadiran yang sangat dinanti’ di laman Instagram miliknya.