Seri ibu mengandung memang auranya lain daripada yang lain. Macam pelakon Farah Nabilah yang kini sedang hamil anak pertama. Dia yang berkongsi gambar terbarunya di Instagram baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.
Pada Jun yang lalu, Farah mengumumkan berita kehamilannya kepada peminat dengan menyatakan bahawa usia kandungan ketika itu sudahpun memasuki usia 19 minggu atau hampir lime bulan.
Pelakon Titian Cinta ini dijangka akan bersalin pada penghujung Oktober atau awal November tahun ini.
Pernah berkongsi bahawa dia alah dengan santan dan ayam pada awal trimester tapi sudah pun kembali ok setelah peralihan fasa kehamilan seterusnya.
Dalam posting terbarunya di media sosial, Farah berkongsi gambar terbarunya untuk tatapan peminat dengan penampilan terbaru bersama ‘baby bump’ yang comel.
Ads
Dengan kapsyen yang menyatakan itu adalah gaya fesyen terkini untuknya iaitu apa sahaja yang boleh muat kerana diri kini sedang hamil.
“Current fashion style: Anything that still firs,” tulisnya ringkas pada entri di Instagram miliknya.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Menjenguk ke ruangan komen, para peminat serta rakan artis memberikan reaksi yang rata-ratanya memuji bakal ibu ini yang kekal cantik dan nampak semakin berseri-seri.
Ads
Farah dan suaminya seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus selamat disatukan pada 20 November 2019. Pada Jun yang lalu Farah berkongsi bahawa dirinya hamil cahaya mata pertama mereka.
Saya berumur 29 tahun. Anak pertama berusia 10 bulan dan kini saya hamil tanpa dirancang. Panik kerana ia berlaku kurang daripada dua tahun seperti mana saranan doktor kerana saya melahirkan melalui pembedahan caesarean. Saya risaukan keadaan saya dan anak dalam kandungan. Terbaca mengenai risiko rahim terkoyak dan ia menakutkan saya. Mohon pandangan doktor mengenai hal ini.
Mummy J – Ipoh, Perak.
Puan tidak perlu panik kerana terdapat kajian menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan. Jika puan hamil setelah anak pertama berusia 10 bulan, ini bererti risiko dinding rahim koyak adalah amat rendah.
Masalah dinding rahim koyak (uterine rupture) selalunya berlaku sewaktu puan mengalami sakit kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya. Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai trial of scar (TOS). Bersalin melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai vaginal birth after caesarean section (VBAC).
Jika seseorang wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai elective repeat cesaerean section (ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kelahiran anak kedua, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS. Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya uterine rupture dan bersalin melalui VBAC, tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi pesakit untuk memahami bahawa uterine rupture berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS, sekali pun seseorang wanita dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah. Kes-kes uterine rupture boleh menyebabkan masalah-masalah besar seperti di bawah:
Saya menasihatkan agar puan merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan yang merawat puan sendiri supaya rekod pembedahan yang pertama boleh disemak sebelum boleh melalui TOS. Hal ini kerana risiko uterine rupture amat tinggi (jika ia berlaku).
SOALAN INI DI JAWAB OLEH DR NORINTAN ZAINAL SHAH, PAKAR PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya, terdapat beberapa perkara dalam senarai semak persediaan untuk hamil dan ia bukannya hanya ambil asid folik! Persoalannya, apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk hamil?
Tenang, di sini kami akan nyatakan sekali gus huraikan apa yang perlu pasangan suami isteri buat sebagai persediaan sebelum hamil.
Checklist persediaan untuk hamil
Sebagai persediaan sebelum hamil, anda dan pasangan perlu tangguhkan memilih nama dan meneka jantina anak terlebih dahulu.
Jadikan ia antara perkara terakhir yang harus dibuat kerana keutamaan perlu diberikan dalam teknik mencuba dan merancang untuk hamil.
Ini dia perkara yang perlu diberi perhatian khusus di dalam persediaan untuk hamil yang dikongsi oleh hello doktor:
#1. Hentikan kontraseptif
Pasangan suami isteri terutamanya yang masih muda cenderung untuk merancang keluarga dengan pelbagai kaedah kontraseptif.
Berikut antara cara paling popular dalam usaha perancangan keluarga:
Apabila sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, hentikan segala penggunaan kontraseptif ini dan lakukan hubungan seks.
#2. seks
Bagaimana untuk hamil jika penetrasi zakar ke dalam faraj tidak dilaksanakan? Jadi, sila lakukan seks dengan kerap!
Namun ada satu perkara yang kalian perlu cakna mengenainya iaitu ‘timing’ untuk berasmara dengan pasangan perlu tepat.
Caranya adalah dengan mengetahui waktu subur wanita yang bergantung kepada proses ovulasi. Gunakan tip berikut:
#3. Amalkan diet yang seimbang
Wanita yang sudah bersedia untuk hamil perlu mengambil lebih banyak kalsium, protein, serat, zat besi dan asid lemak Omega-3.
Ini bertujuan bagi menyediakan tubuh badan wanita tersebut agar menjadi lebih sihat dan kuat untuk proses kehamilan kelak.
Namun ini juga tertakhluk kepada lelaki bagi membolehkan mereka menghasilkan sperma yang lebih berkuantiti dan berkualiti.
#4. Tambahkan suplemen asid folik
Disarankan wanita yang merancang untuk hamil agar mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 400 mikrogram sehari.
Vitamin yang turut dikenali dengan nama B9 ini perlu diambil untuk mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida dan anencephaly berlaku.
Sebagai alternatif, kalian juga boleh mendapatkannya dari makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan sitrus, kekacang dan bijirin.
#5. Peka dengan perubahan
Perubahan yang dimaksudkan ini adalah fokus pada tubuh badan untuk mengetahui langkah seterusnya.
Jika anda mula mengalami morning sickness, ketahuilah ia mungkin petanda awal kehamilan yang paling ketara.
Kemudian, segera lakukan ujian kehamilan di rumah atau berjumpa doktor untuk lebih kepastian.
#6. Dapatkan rehat yang cukup
Tubuh badan memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi agar ia mampu berfungsi dengan sempurna pada hari esok.
Sebagai persediaan untuk hamil, seorang wanita itu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang cukup yakni sekitar 8 jam sehari.
Ini bertujuan bagi memastikan hormon kesuburan wanita berada pada tahap yang tinggi. Berikut adalah jenis hormon penting yang dinyatakan:
#7. Yoga
Yoga adalah satu teknik senaman terbaik yang boleh diamalkan oleh individu termasuklah wanita yang merancang untuk hamil.
Meskipun tidak terdapat bukti saintifik yang berjaya mengaitkan yoga dengan kesuburan, namun ia masih boleh membantu.
Ini kerana senaman ini terbukti boleh menghilangkan stres bagi wanita yang bersedia untuk hamil.
#8. Jauhi tabiat buruk
Mungkin ramai individu yang belum sedar dan masih buat tabiat buruk seperti menghisap rokok, tidak bersenam serta mengambil alkohol dan kafein.
Apabila sudah bersedia untuk mengandung, tabiat-tabiat buruk ini perlu dijauhi oleh wanita dan lelaki untuk memudahkan proses kehamilan terjadi.
Di samping itu, anda dan pasangan juga pasti tidak mahu berlaku sebarang kecacatan pada janin yang boleh terjadi akibat tabiat buruk ini.
#9. Jalani hidup sihat
Akhir sekali, pasangan suami isteri yang sedang dalam persediaan sebelum hamil wajar menjalani hidup yang lebih sihat dan sejahtera.
Usah bebankan fikiran kalian dengan memikirkan kos kelahiran atau penjagaan bayi. Sebaliknya nikmati perjalanan proses ini.
Jalani hidup yang lebih sihat dengan kurangkan berfikir serta banyakkan bersenam agar mental dan fizikal anda siap untuk hamil kelak.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pengumuman kehamilan selebriti sering buat peminat teruja danmenerima reaksi positif. Masing-masing teruja dengan berita kehamilan selebriti atau artis yang diminati. Bulan Februari 2018 menyaksikan dua berita kehamilan daripada selebriti tanah air.
SARIYANTI & JEP SEPAHTU
Sariyanti dan Jep Sepahtu mengumumkan berita kehamilan dengan memuat naik gambar mereka menghadiri temujanji pemeriksaan di hospital. Johan dan Ozlyn juga turut ada dalam gambar yang sama.
Alhamdulillah semua baik baik je , tima kasih doakan kami ?– Kakak awak checkup hari ni ? – terjumpa @jozlynnhanania #ameenuntukdoayangbaikbaik
Pasangan kesayangan ramai ini menerima reaksi dan keterujaan para peminat. Sariyanti dan Jep bernikah pada 25 Februari 2017. Antara reaksi para peminat;
NOOR NABILA & SHARNAAZ AHMAD
Aktor Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noornabilla juga turut berkongsi berita gembira di Instagram. Nabila memuat naik imej imbasan kandungannya diikuti kapsyen seperti berikut;
Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah swt. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna insyaAllah Amin ❤️??? #somethingsweetisbaking
Sharnaaz juga beberapa hari sebelum itu telah memuat naik quotes mengenai pengorbanan seorang ayah. Ia seolah-olah sebagai klu kepada kehamilan Nabila.
Sharnaaz dan Nabila, yang juga kakak kepada Neelofa berkahwin pada 31 Mac 2017. Berita gembira ini menerima reaksi positif para peminat.
Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada kedua-dua pasangan selebriti ini. Semoga kehamilan berjalan lancar dan dikurniakan bayi yang sihat, soleh dan solehah.