Raya akan menjelang tiba tak lama lagi pasti ramai ibu-ibu sedang berjuang menyiapkan kuih raya di rumah. Alang-alang mama sedang membakar kuih apa kata mama buatkan si kecil biskut rayanya sendiri. Yang penting tiada gula dan bahan pewarna seperti biskut raya orang dewasa. 

Baca Selanjutnya:

Hanya Guna Bahan Di Dapur, No Salt No Sugar! 10 Resipi Snek Sihat Untuk Bayi

Biskut raya ini juga boleh dijadikan kudapan si manja pada waktu petang. Bagi yang ingin pulang ke kampung, buat biskut raya ini sebagai stok untuk kudapan si manja agar si manja tak lapar mahupun bosan ketika berhari raya. Ikuti resipi perkongsian daripada Puan Nurul Liyana

BISKUT ALIEN (12m+)

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

Harum semerbak satu umah bau wangi susu. Alfateh pun xdang2 duk tunjuk nak2 tahu lah rupa alien tu menarik minat dia sekali bagi bila dah siap bakar dia duk gelak mengekek pulak

BISKUT ALIEN (12m+)

– 125g ub *
– 250g susu tepung *
– 200g tepung jagung *
– freshmilk
– coklat chip homemade

– panaskan oven 170c selama 10min

1. Masukkan bahan2 * dah freshmilk sedikit demi sedikit sehingga satu adunan
2. Bentukkan dan letakkan coklat chip
3. Bakar 170c selama 20 atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2

BISKUT FLORENTINE (12m+)

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

Since alfateh suka kunyah2 so ibu buatkan lah tapi xleh lah selalu sebab kekacang tu mahal ?

BISKUT FLORENTINE (12m+)

– tepung jagung
– Puri kurma
– almond
– kuaci putih
– kuaci hijau
– bijan putih
– bijan hitam
– kertas cupcake yang licin (ada lapisan plastik di dalam)

1. Bakar kekacang 5-7min sehingga sedikit kekuningan suhu 160c
2. Tunggu sehingga kacang sejuk
3. Masukkan bijan, puri kurma gaul kacang bersama kesemua tepung
4. Masukkan sesudu besar dalam bekas cup. Pastikan xterlalu nipis ataupun tebal
5. Bakar 15min suhu 160c. Semua oven xsama so kena rajin2 tengok untuk yang pertama, dah kekuningan boleh keluarkan dari oven
6. Biar sejuk dahulu & tekan bawah cup untuk tanggalkan. Cup boleh digunakan semula untuk round seterusnya.

Versi dewasa cara yang sama just tukar pada tepung florentine. Semudah abc !

BISKUT MAZOLA (10m)

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

BISKUT MAZOLA (10m)

– 1cup kacang tanah kisar *
– 1 1/2cup unbleached flour *
– 1/2cup puri kurma *
– 3/4cup+- minyak mazola
– kuning telur

panaskan oven 170c selama 5min

1. Masukkan bahan * . Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga boleh dikepal/ dibentuk
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Sapu kuning telur dan tabur kacang di atas adunan yang telah dibentuk
4. Bakar menggunakan api atas bawah bersuhu 170c selama 15min/ mengikut kesesuaian oven masing2

IKLAN

BABY CHOCO ALMOND COOKIES (12m+) 

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

BABY CHOCO ALMOND COOKIES (12m+)

– 150g unsalted butter
– 150g puri kurma
– 200g unbleached flour *
– 20g unsweetened cocoa powder *
– 1biji telur *
– 1sk soda bikarbonat *
– 1sk esen vanilla *
– 50g almond

panaskan oven suhu 180c selamat 10min dahulu

1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan puri kurma & kacau sebati
2. Didalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang
3. Masukkan bahan * sedikit demi sedikit sehingga sebati
4. Masukkan pula almond & gaul rata
5. Adunan lembik ya so hanya bentukkan menggunakan tangan
6. Bakar biskut tersebut

BISKUT SUSU (7m+) 

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

Semudah abc, hanya menggunakan 2bahan mummy mudah kan ? Berlemak manis susu. Rangup diluar dan cair didalam nyumss2

BISKUT SUSU (7m+)

– 1cup tepung jagung *
– 1cup susu tepung *
– susu tepung yang dibancuh/ freshmilk

– panaskan oven suhu 180c selama 10min

1. Masukkan bahan2 * kemudian masukkan pula freshmilk dan gaul sehingga menjadi satu adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan
2. Bakar pada suhu 180c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2

ALMOND CHOCO CHIP (12m+) 

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

ALMOND CHOCO CHIP (12m+)

IKLAN

– 150g unsalted butter
– 20g unsweetened cocoa powder
– 2sb puri kurma
– 5sb coklat chip homemade
– 5sb almond
– 1scoop susu tepung
– 1biji telur
– 3/4cup+- unbleached flour

panaskan oven 170c selama 5min

1. Pukul butter sehingga kembang
2. Masukkan bahan2 lain kecuali tepung gandum dan gaul sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adunan tidak terlalu cair & sedikit pekat ya
4. Cedok menggunakan sudu dan bakar 170c selama 15min atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2

HOMEMADE CHOCOLATE CHIP

– 1sb serbuk coklat
– 1/2sb tepung jagung
– 1/2cup susu tepung/ freshmilk
– 1sb puri kurma
– 1sb unsalted butter

1. Gaul kesemua bahan kecuali ub
2. Gunakan kaedah double boil gaul2 tanpa henti sehingga terhasil coklat yang pekat, gaul laju2 kemudian masuk butter
3. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah susu sehingga mummy2 berpuas hati dengan kepekatan coklat tersebut
4. Masukkan dalam piping bag & bentukkan mengikut citarasa
5. Sejukkan di freezer kemudian boleh diguna pakai untuk menu anak2 mummy

APPLE BABY COOKIES (8m) 

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

APPLE BABY COOKIES (8m)

– 250g unsalted butter
– 5biji kurma (nak manis lebihkan)
– 2 1/4cup unbleached flour
– 2 1/4cup tepung jagung
– 3/4 puri epal (blend sekali dengan kurma tadi)
– 1sk cheese
– susu (optional)

panaskan oven 10min bersuhu 180c

1. Kupas kulit epal, kemudian blend sekali dengan 5biji kurma yang telah dibuang kulit & biji. Masukkan pula cheese & sedikit susu ya jika blender tidak bergerak
2. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing2

DRAGON FRUIT BABY COOKIES (7m+)

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

DRAGON FRUIT BABY COOKIES (7m+)

IKLAN

– 250g unsalted butter
– 5biji kurma (nak manis lebihkan)
– 2 1/4cup unbleached flour
– 2 1/4cup tepung jagung
– 3/4 puri naga + 5biji kurma blend sekali)

panaskan oven 10min bersuhu 180c

1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan pula puri buah tadi & pukul sekali lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung2 & uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika melekat boleh tambah sedikit tepung gandum ya
4. Bakar selama 30min bersuhu 180c/mengikut kesesuaian oven masing2

* cup pakai standard measuring cup ya

KEREPEK UBI MANIS 

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

KEREPEK UBI MANIS

– ubi keledek
– air
– kapur
– minyak

1. Kupas kulit ubi & rendam dalam air nak bagi hilang hitam2 ubi
2. Sediakan bekas yang berisi air biasa & masukkan sedikit kapur untuk bagi kerepek rangup & kurang makan minyak
2. Sagat ubi menggunakan penyagat & masukkan didalam bekas air tadi
3. Panaskan minyak dengan api sederhana
4. Pastikan ubi sentiasa dikacau supaya tidak melekat antara satu sama lain
5. Apabila ubi kelihatan bertukar warna terus perlahankan api untuk mengelakkan ianya hangit
6. Angkat & toskan atas tisu serap minyak

SWEETY COOKIES 

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

SWEETY COOKIES

– 1cup tepung wholemeal
– 5sb tepung jagung
– 50g unsalted butter
– 2sb minyak masak
– 3scoop susu tepung
– 1sb puri kurma
– 1sb cheese

panaskan oven selama 10min bersuhu 180c

1. Uli sebati kesemua bahan dengan air sehingga adunan tidak melekat ditangan. Boleh tambah tepung jagung if adunan masih melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 30min bersuhu 180c atau sehingga masak atau mengikut kesesuaian oven masing2

* gelek nipis2 untuk hasil texture yang sedap rangup

GERMAN COOKIES

Tiada Bahan Pewarna & Gula! 11 Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah

Resepi simple 4bahan

? unbleached flour
? tepung ubi kentang
? unsalted butter
? susu tepung

1. Pukul butter dan susu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan uli sehingga tidak melekat ditangan
2. Bentukkan mengikut citarasa
3. Bakar selama 15min bersuhu 180c/sehingga masak

* resepi campak2 takde sukatan yang tepat

Sumber: Nurul Liyana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI