Ibu mungkin tertanya-tanya sama ada secawan kopi atau teh yang ibu minum boleh memberi kesan kepada bayi ibu yang sedang menyusu.

Tahukah ibu bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana tidak akan menjejaskan bayi terutamanya jika bayi ibu lahir cukup bulan dan sihat.

Bayi hanya mengambil jumlah kafein yang sederhana, iaitu kira-kira 1.5% daripada jumlah kafein yang ibu minum. (Mohrbacher, 2020, hlm.566).

Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi. Tak Beri Kesan Pada Bayi!

Jadi berapa banyak kafein yang ibu boleh minum dalam sehari?

Menurut The European Food Safety Authority (2020) pengambilan 2 cawan kopi (200 mg kafein) sehari adalah selamat untuk ibu.

The USA Centers of Disease Control and Prevention (CDC) pula menyatakan
bahawa 300 mg atau kurang sehari iaitu 2-3 cawan kopi boleh diterima.

IKLAN

Walau bagaimanapun, kafein juga mampu merangsang sistem saraf pusat bayi (Central Nervous System Stimulant) jadi ibu mungkin ingin mengambil kira perkara berikut apabila
mengambil kafein:

ADAKAH BAYI IBU LEBIH SENSITIF KEPADA KESAN KAFEIN?

Bayi pramatang, usia di bawah enam bulan atau mempunyai masalah kesihatan lain lebih berkemungkinan menunjukkan kesan terhadap kafein yang diambil oleh ibu kerana bayi mengambil masa yang lebih lama untuk menyingkirkan kafein daripada sistem badan. (Hale 2019). Tahap kafein memuncak dalam susu ibu satu hingga dua jam selepas ibu mengambil kafein.

APAKAH TANDA-TANDA YANG MUNGKIN DITUNJUKKAN OLEH BAYI?

IKLAN

Bayi yang menunjukkan tindak balas terhadap pengambilan kafein ibu mungkin sangat mudah marah, lebih sensitif atau mudah terjaga.

Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi. Tak Beri Kesan Pada Bayi!

APA YANG IBU BOLEH CUBA LAKUKAN JIKA BAYI MENUNJUKKAN KESAN ATAU BERTINDAK BALAS TERHADAP KAFEIN YANG DIAMBIL OLEH IBU?

IKLAN

Jika ibu mengesyaki bayi mungkin bertindak balas terhadap pengambilan kafein ibu, ibu boleh mengelakkan pengambilan kafein selama dua hingga tiga minggu (Mohrbacher 2020).

Ini akan memberi masa yang cukup untuk kafein dibersihkan dalam sistem badan ibu dan ibu boleh menilai sama ada kafein menjadi penyebab kepada perubahan tingkah laku bayi.
Sumber: la leche leaguel international (llli.org)

Kredit: Elpeni Ramli
Ibu menyusu dan Penggemar Kopi

Tiada Masalah Ibu Menyusu Nak Minum Kopi. Tak Beri Kesan Pada Bayi!

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI