Seorang suami yang baik akan sentiasa peka dengan keperluan isteri. Tidak perlu isteri meminta-minta atau mengarah, sudah tahu apa yang perlu dibuat. Isteri biasanya tidak mahu menyusahkan suami kerana memahami keadaan suami yang letih kerana keluar bekerja. Jadi mereka lebih sanggup untuk melakukan semua sendiri, tetapi jauh di sudut hati ada tersimpan rasa agar si suami memahami dan membantu tanpa perlu diminta.

Ada masanya, isteri mungkin tidak memerlukan suami untuk melakukan kerja bersamanya, cukuplah sekadar memahami keadaan si isteri dan banyak mendengar luahan perasaannya. Suami yang baik akan sentiasa bersama si isteri dan meminjamkan bahunya jika diperlukan. Begitulah perkongisan seorang suami, Mohd Fhais melalui akaun Facebooknya. Katanya ada lima perkara yang usahlah dibiarkan isteri melakukannya sendiri tanpa dibantu.

Artikel Menarik: [Panduan Bersihkan Najis Anak. Berguna Untuk Ada Anak Kecil. Tak Ragu, Solat Pun Sah]

Jangan biar isteri penat sorang diri buat 5 perkara ini walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun:

1. Penat mengurus rumah
Sesibuk macam mana pun keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita.
Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah lagi.
Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Penat melayan kerenah anak-anak
Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke..
Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk isteri tu “release” stress. Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.

Artikel Menarik: [Main Celup-Celup Tepung Je Tapi Rangup, Anak Makan. Khasiat Pun Dapat!]

3. Penat mendidik anak-anak
Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua.
Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan hal didikan anak.
Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.

4. Penat runsing keperluan rumah
Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari. Nak masak bawang habis. Anak berak pampers habis. Serabut tau kalau kena gini.
Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh.
Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.

5. Penat melayani diri sendiri
Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Penat dengan kerja, penat dengan rumah dan penat dengan anak-anak lagi.
Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan. Dapat bahu untuk bersandar dah cukup bersyukur bagi diorang.
Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.

Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama.
Jika ikut budaya memang suami kena pandai layan isteri tapi jika ikut agama suami yang kena pandai layan isteri. Dua dua penting, dua dua berguna.

Artikel Menarik: [Jangan Ingat Diri Tu Kuat, Terus Lasak Lepas Bersalin. Czer Ke Normal, Luka Boleh Terbuka!]

*Mohd Fhais suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.

Seorang isteri ikhlas melakukan segala kerja rumah untuk keselesaan keluarganya. Biarpun tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata, cuba perhatikan jika si isteri mulai murung atau kerap marah-marah. Mungkin itu salah satu tanda, dia memerlukan perhatian dan bantuan dari suami tersayang.

Sumber: Mohd Fhais

Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my