“Tiap Hari Minum 2 Liter Air Kosong..” Di Usia 43, Sarimah Kongsi Rahsia Awet Muda

Share

Walaupun dah cecah usia 43 tahun, selebriti dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim tetap kekal awet muda dan cergas. Ibu kepada Tunku Sofia Najihah yang kini berusia 3 tahun ini nampak seperti ibu berusia awal 30-an.

Rezeki Sarimah memiliki rupa paras yang kekal awet muda. Tambah pula Sarimah juga seorang yang begitu menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menerusi perkongsian di instagramnya juga, Sarimah menjadikan senaman sebagai rutin dan melakukan secara konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Apa yang menarik perhatian ramai, dalam satu ciapan di Twitter, beliau telah berkongsi rahsia yang sering diamalkannya untuk kekal kelihatan menawan dan sihat selepas ditanya oleh netizen.

Menurutnya, dia telah mengamalkan dua liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.

“40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut,” katanya.

Tambahnya lagi, elakkan memakai foundation setiap hari dan rajin mencuci muka setiap malam sebelum tidur serta gunakan produk yang mempunyai SPF 50 plus.

Tweet itu telah mendapat lebih 2,600 Retweets dan lebih 5,000 tanda ‘Suka’ di media sosial Twitter. Rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan kagum dengan tips yang diamalkan oleh beliau.

Terdahulu, Sarimah mencuri tumpuan selepas membuat kemunculan istimewa di rancangan Gegar Vaganza Musim Ke-9 pada Ahad lalu.

Sumber: Twitter ; IG Sarimah Ibrahim & SK

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN