Bekas vokalis kumpulan Seventeen, Ifan bersama isterinya, Citra Monica tetap nekad mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) demi mendapatkan zuriat walaupun ketika itu mereka baru sebulan mendirikan rumah tangga.
“Banyak yang tanya kenapa kami harus menjalani proses bayi tabung, adakah citra sakit? Atau aku yang tidak sihat?”
“Slide ke2 alhamdulillah bisa menjawab pertanyaannya. Kalau kami berdua alhamdulillah sihat, cuma bayi tabung adalah salah satu saran terbaik yang diberikan setelah konsul dengan doktor.”
Menurut perkongsian Ifan, mereka pasangan suami isteri tidak mempunyai masalah cuma memandangkan ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan jika inginkan zuriat jadi mereka sependapat untuk melakukan rawatan IVF.
“Faktor pertimbangannya ada beberapa, selain kerana umur, kita juga ingin bayi dengan lebih cepat InsyaAllah, satu lagi ini bentuk ihtiar kita dalam meminta dengan Allah”
“Dan hari ini dihari ke 3, ada 3 calon Embrio yang InsyaAllah akan menjadi bayi kami. Lucu bangettt pas liat mereka bergerak satu sama lain dalam proses “pencocokan”, mahluk kecilll yang aktif dan bergerak terus.”
Ads
Tambah Ifan lagi, proses pengambilan terlur dari rahim memerlukan jarum khas dan kemudian akan dimasukkan ke dalam tabung.
“Proses pengambilan sel telur nya dari rahim memakai jarum khusus untuk dimasukkan kedalam tabung yang nantinya akan dipertemukan dengan sel sperma untuk dikawinkan. Setelah itu dibiarkan selama 3-5 hr sampai berkembang menjadi embrio.”
“Persenyawaan In Vitro (IVF) atau bayi tabung uji merupakan satu teknologi bantuan reproduktif. Proses ini melibatkan persenyawaan ovum atau oosit oleh sperma di luar badan manusia selepas teknik bantuan reproduktif.”
Prosesnya bukan mudah, menurut Ifan setiap malam isterinya harus mengambil 3 kali suntikan di bahagian perut.
Ads
Ifan turut memohon doa ramai agar urusan mereka untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.
“Doakan lancar ya teman-teman, doakan embrionya sihat, ibunya sihat, lancar sampai hari persalinan ❤️ #pejuangduagaris”
Ifan Seventeen bernikah dengan Citra Monica pada 29 Mei lalu yang diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan. Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Ifan dan kedua buat Citra.
Ads
Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan (perkahwinan kedua setelah berpisah dengan isteri pertama) iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda. Turut terkorban tiga anggota kumpulan Seventeen.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Kongsi Syafiq lagi, dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir sekitar hujung bulan Mei dan Jun nanti.
Teruja dengan kehamilan isterinya dan tidak sabar untuk bergelar bapa, Syafiq juga turut memohon doa dari semua kehamilan isterinya dipermudahkan hingga detik bersalin.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama- sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat,” kongsinya.
Akui Syafiq lagi, dia kini sudah mula mempersiapkan diri untuk bergelar bapa bagi memikul tanggungjawab barunya kelak.
Malah pelantun lagu Sayang Maafkan Aku ini juga begitu teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada penghujung Mei nanti.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia.
“Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Semoga kehamilan isteri Syafiq dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2021.
Siapa yang tidak teruja hendak menimang cahaya mata pertama. Penyampai radio dan pelawak, Issey berkongsi rasa terujanya menerusi satu perkongsian video.
Menerusi Instagramnya, Issey turut berkongsi sebuah video ketika membuat pemeriksaan bulanan atau check up isterinya dan bayi.
Kata Issey, usia kandungan isterinya kini sudah masuk 32 minggu iaitu lapan bulan. Tinggal sebulan sahaja lagi, cahaya mata yang ditunggu selama ini bakal lahir ke dunia.
Kata Issey menerusi kapsyennya, dia berharap kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Aimi Jamel itu dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Semoga dipermudahkan semuanya. Tak lama lagi dah ni.
“Sedar tak sedar dah 32 minggu. Sorry dan terima kasih yer @aimi_jamel.
Wajah bahagia Issey dalam menanti bayi sulungnya itu jelas kelihatan di samping isteri tersayang. Biarpun sibuk bekerja sepanjang PKP ini namun Issey tidak lupa menemani isterinya membuat pemeriksaan demi memastikan anak di dalam kandungan baik-baik sahaja.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran isterinya pada 6 Julai, Issey turut membingkas ucapan ikhlas buat Aimi malah mendoakan urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan pada bulan Ogos nanti.
“Happy birthday yang ke 34 isteri ku @aimi_jamel. Semoga di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin bulan ogos nanti.
“I mintak maaf atas apa yang berlaku. I janji i akan jadi daddy dan suami yang baik. Dan i akan jaga Qasyah, Qayyum, Umai dan ‘baby’ nanti sampai akhir hayat i. Love u,” tulis Issey penuh ikhlas.
Dalam pada itu, meninjau di ruang komen, rata-rata peminat dan pengikut Issey di Instagramnya turut sama memberi sokongan bahkan mendoakan agar kelahiran bayi sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @isseyfazlisham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah anugerah terindah dalam keluarga. Saat dapat tahu bakal menimang cahaya mata, pasti akan ada suatu perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Sama ada isteri atau pun suami, semestinya momen ini cukup bermakna.
Seperti di instagram penyanyi Syura Badron, 35, dia berkongsi berita gembira di mana kini sedang hamil selepas perkahwinan keduanya pada Januari lalu.
Mohon doakan yang baik-baik
Menerusi video yang dimuat naik, Syura kelihatan melakukan kejutan buat suami tercinta, Muhd Farizat Ismail. Syura telah memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka.
Ternyata dalam kotak tersebut mengandungi sehelai baju bayi yang berwarna putih dengan tulisan ‘you are going to be a daddy soon‘. Difahamkan, Syura bakal melahirkan bayi tersebut pada bulan Mac hadapan.
Mengenai jantina bayi, pelantun suara ‘Nazam Berkasih’ itu masih merahsiakannya.
“Soon. Mohon doakan yang baik-baik. Abie, @mr.farizat you are going to be a daddy soon InsyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini di portal Utusan Malaysia, Syura pernah menyatakan dia bersyukur kerana memiliki suami yang memahami dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, meskipun perkahwinan mereka merupakan yang pertama untuk suaminya, namun tiada paksaan untuk segera mendapatkan cahaya mata.
“Tekanan tak ada. Mungkin diri sendiri, ada. Saya berkahwin dengan lelaki bujang. Impian semua isteri untuk beri zuriat kepada suami.
“Tapi saya bersyukur, suami tak pernah anggap zuriat sebagai perkara yang perlu dipercepat-cepatkan. Dia faham, kami pun dah bincang perkara ini sebelum berkahwin lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Syura sangat memahami kerana sebagai seorang wanita berusia dalam 30-an kadar untuk hamil menurun seiring pertambahan usia dan sebagai persediaan dia telah mengambil suplemen dan ikut saranan doktor.
Tahniah Syura! Moga proses kehamilan dan kelahiran akan menjadi momen yang terindah buat Syura, suami dan anak-anak.
Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga Januari lalu selepas lima tahun mereka mengenali hati budi masing-masing.
Terdahulu, Syura telah dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.