Baru-baru ini, media sosial dikejutkan dengan kemunculan Tiger Pod vape, sejenis vape baharu yang direka persis mainan blok dengan karakter harimau comel. Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti sekadar permainan kanak-kanak namun hakikatnya ia adalah rokok elektronik yang mengandungi bahan kimia dan nikotin.

Tidak hairanlah ramai ibu bapa mula berasa risau. Rekaannya yang seakan-akan permainan ini membuatkan kanak-kanak dan remaja mudah tertarik, sekali gus membuka ruang kepada masalah yang lebih besar: tabiat vaping di usia muda.

Tiger Pod Vape: Rekaan Comel Yang Bahaya, Ibu Bapa Tolong Peka Trend Baharu Ini!
Foto: Harian Metro

Rekaan Comel, Tapi Bahayanya Tidak Comel Langsung!

Tidak seperti vape biasa yang tampil dengan rupa moden atau minimalis, Tiger Pod hadir dalam bentuk kartun, warna-warna ceria dan karakter yang kelihatan sangat “kid-friendly”. Inilah yang membuatkannya tular di TikTok bukan kerana fungsinya, tetapi kerana kecomelannya.

Lebih membimbangkan, ada pengguna dewasa mengaku membeli Tiger Pod walaupun bukan penghisap vape, hanya kerana ia comel dan “fun”. Jika orang dewasa pun tertarik, bayangkanlah bagaimana anak-anak dan remaja melihatnya.

Tiger Pod Vape: Rekaan Comel Yang Bahaya, Ibu Bapa Tolong Peka Trend Baharu Ini!

Ramai pengguna media sosial turut menyuarakan kebimbangan bahawa tren seperti ini telah menyimpang jauh daripada tujuan asal vape yang kononnya dicipta untuk membantu perokok berhenti merokok. Hakikatnya, rekaan manis dan playful sebegini berisiko menggalakkan golongan bawah umur mencuba, seterusnya terjebak dengan ketagihan nikotin.

Ibu Bapa Patut Ambil Tahu: Tanda-Tanda Anak Mungkin Hisap Vape

Walaupun sukar untuk bertanyakan secara terbuka, ibu bapa sebenarnya boleh mengesan beberapa petunjuk awal. Jika anda mula rasa perubahan pada anak, awasi tanda-tanda ini:

Ads

1. Kerap Batuk atau Terdengar Bunyi Siulan Semasa Bernafas

Vaping boleh menyebabkan iritasi pada saluran pernafasan, terutama bagi remaja yang belum matang sepenuhnya sistem paru-parunya.

2. Ada Barang Pelik Yang Tak Pernah Dilihat Sebelum Ini

Pod kecil, kabel pendek, cartridge berwarna-warni atau objek menyerupai mainan blok mungkin sebenarnya peranti vape.

3. Bau Badan atau Pakaian Berubah

Vape selalunya memancarkan bau manis seperti gula-gula, buah-buahan atau pudina—lebih ketara daripada bau rokok konvensional.

Ibu Bapa Perlu Lebih Peka & Sering Semak Barang Anak

Dengan trend produk viral sekarang, apa sahaja yang kelihatan comel boleh disalah anggap sebagai mainan. Tiger Pod vape hanyalah satu contoh bagaimana produk dewasa boleh direka sehingga mengelirukan kanak-kanak.

Ads

Ibu bapa disarankan untuk:

  • Periksa beg, meja belajar, laci dan tempat anak sering letak barang.
  • Beri penerangan tentang bahaya vape menggunakan bahasa yang mudah.
  • Bangunkan hubungan komunikasi yang terbuka supaya anak berani berkongsi sesuatu yang mencurigakan.

Kenapa Produk Seperti Tiger Pod Boleh Jadi Bahaya?

Rekaan comel membuatkan kanak-kanak tidak melihatnya sebagai alat merbahaya. Tambahan pula, aroma manis dan rasa flavor yang memikat boleh membuatkan remaja merasakan ia tidak berbahaya. Namun, kesan nikotin walaupun dalam jumlah rendah boleh menjejaskan perkembangan otak remaja yang masih membesar.

Pakar kesihatan turut menegaskan bahawa penggunaan vape dalam jangka masa panjang berisiko menyebabkan keradangan paru-paru, masalah jantung dan ketagihan nikotin yang berpanjangan. Situasi ini bertambah buruk jika remaja mula mencuba vape berperisa manis seperti Tiger Pod vape hanya kerana penampilan comelnya.

Ads

Trend Media Sosial Yang Mengelirukan

Satu lagi punca kebimbangan ialah kandungan di media sosial yang cenderung menggambarkan vape comel sebagai “koleksi” atau “accessory aesthetic”. Naratif sebegini mendidik remaja untuk melihat vape sebagai objek gaya hidup, bukan peranti berbahaya.

Tiger Pod, dengan rekaannya yang seperti permainan blok, menguatkan lagi trend normalisasi vape di kalangan remaja. Sebahagian netizen turut menyuarakan kerisauan bahawa pempengaruh tidak sedar telah mempromosikan produk ini secara tidak langsung, walaupun tanpa niat.

Kesimpulan: Comel Tidak Bermakna Selamat

Tiger Pod mungkin kelihatan seperti mainan, tetapi risikonya tidak comel sama sekali. Ketagihan nikotin, kerosakan paru-paru dan perubahan tingkah laku adalah risiko sebenar yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak.

Kesedaran ibu bapa adalah pertahanan pertama untuk melindungi anak-anak daripada trend berbahaya seperti Tiger Pod vape. Ambil tahu, semak barang anak, dan kekalkan komunikasi yang jujur dan terbuka. Itu sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan tabiat merbahaya yang disamar dalam bentuk comel.

BACA LAGI : Bahaya Kekurangan Asid Folik: Risiko Serius Buat Ibu Hamil & Bayi

Sumber: Buletin TV3Hello Doktor 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads