Tergamaknya si ibu bapa meninggalkan anak ini sendiri, itulah perasaan pertama kali melihat anak kecil ini tidur di tepi jalan beralaskan kotak dan berselimut cuaca dingin malam.
Apabila Abbe Hae bertanya dimana keberadaan si bapa, penghuni jalanan lain berkata bapa kanak-kanak tersebut pergi memancing.
Si ibu pula sedang ditahan di pusat rawatan ketika ini.
Abbe Hae yang geram dengan sikap lepas tangan si bapa yang tidak mengendahkan keselamatan anak kecil ini meminta agar seseorang mengambil anak ini sebelum dia sendiri yang ambil dan tidak akan pulangkan anak ini kembali.
Mujur ada rakan gelandangan lain yang sudi menjaga anak kecil ini sementara menanti kepulangan si bapa. Jika diikutkan hati geram, memang Abbe Hae yang membawa pulang anak ini dan tinggal di bawah jagaanya.
Mendapat tontonan sebanyak 1.9 juta, ramai warga maya sebak melihat keadaan anak kecil yang sebaya anak sendiri tidur beralaskan kotak di tepi jalan tanpa pengawasan penjaga di sisi.
Bergelar seorang bapa bukan hanya sekadar punya tanggungjawab menyediakan makan dan pakai anak bahkan bagi pelakon, Saharul Ridzwan ia menjadi titik tolak hidupnya merubah menjadi bapa yang lebih baik.
Malah menurut kata Saharul yang dipilih sebagai penerima Anugerah Best Papa Mellinial 2022, kehadiran dua cahaya mata dalam hidupnya banyak merubah hidupnya ke jalan Allah.
Berkongsi kisahnya bergelar bapa kira-kira lima tahun yang lalu, kelahiran anak sulungnya, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017 merubah hidupnya. Begitu juga nalurinya semakin bertambah lengkap dan bahagia sejak punya anak keduanya, Fateema Azzahra.
“Bila dah ada anak pertama ni banyak benda nak kena explore dan belajar. Belajar macam mana nak tukar pampers, nak buat susu dan sebagainya tapi bila datangnya anak kedua ni lebih kepada macam mana nak susun pendidikan anak sekaligus belajar macam mana nak kendalikan emosi anak-anak.
“Anak pertama macam mana, anak kedua macam mana pulak. Kalau bercerita pasal momen sejak ada anak ni macam-macam cerita.
“Macam mana kita kena tahan bila anak makan bersepah dekat kedai makan, tumpahkan air dan sebagainya. Semua itu momen yang menjadikan kita lebih matang dalam menjadi seorang pendidik,” kongsinya memulakan bicara.
Kongsi doa & amalan untuk dapat anak perempuan
Berkongsi kisah kehamilan dua anaknya, akuinya Saharul dia sememangnya begitu menginginkan anak perempuan bila isterinya, Qabilla Deena Emir Mohammed disahkan hamil anak kedua.
Tidak mahu melakukan pemeriksaan jantina, sebaliknya Saharul dan isterinya memilih untuk berdoa saban hari demi memperoleh anak perempuan.
“Masa isteri saya mengandung kali kedua ni, saya sebenarnya nak sangat-sangat anak perempuan. Saya cakap dekat wife, saya nak anak perempuan tapi saya tak nak buat test untuk check jantina anak.
“Saya cakap saya hanya nak amalkan doa dan saya dan isteri amalkan doa bersungguh-sungguh setiap masa demi untuk dapatkan anak perempuan.
“Kalau orang lain dah excited sebab tahu nak dapat anak apa, lain pula kisahnya saya dan isteri yang sentiasa teruja berdoa untuk dapatkan anak perempuan. Rasa terujanya lain macam sebab kita sentiasa nak doa.
“Lagi nak dekat bersalin lagi rasa nak kuat doa pada Allah. Dan bila Allah makbulkan doa kami berdua, rasa seronok sangat,”luahkan lagi.
Tidak hanya isterinya, bahkan kata Saharul lagi dia turut mengamalkan amalan tertentu dalam usahanya untuk berdoa pada Allah.
“Apa yang saya amalkan adalah dengan baca selawat, istiqomah dan sentiasa minta dengan Allah setiap hari. Saya juga sentiasa baca Quran dan banyakkan bangun solat malam. Isteri saya pula sentiasa amalkan doa-doa khususnya setiap hari.
“Kami juga dan merancang untuk menambah anak namun semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Sebolehnya tidaklah terlalu lambat memandangkan usia saya juga semakin meningkat,” kongsinya lagi.
Punya anak lelaki dan perempuan, akui Saharul Ridzwan dia terpaksa menggunakan pendekatan berbeza dalam mendidik mereka.
“Untuk ajar anak-anak ni kita di rumah mak ayah perlu kuat. Kita as parent kena tunjukkan pada anak-anak.
“Kalau kita suruh anak baca Quran tapi dia tak pernah nampak kita baca Quran, tak jadilah. Kita kenalah mulakan dulu, biar anak nampak dan barulah anak akan ikut,” katanya lagi.
Berhijrah demi cinta hati
Berkongsi kisah penghijrahan dan momen berharga sejak bergelar bapa, Saharul mengakui dia berubah ke jalan yang lebih baik semuanya demi anak-anak dan keluarga.
“Datangnya satu rasa tu bila ustaz bagitau saya, kita sebagai seorang bapa memang kita kena sediakan tempat tinggal, nafkah dan pendidikan tapi adakah kita perkenalkan pencipta kita pada anak-anak.
“Sejak itulah saya start ajar Ali, bukan saya yang bagi Ali makan tapi Allah. Benda yang kita rasa simple tapi perlu diterapkan buat anak-anak. Pergantungan rezeki pada Allah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Saharul dan isterinya Qaabila Deena Emir Mohammed mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.
Seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi di sini pada 1 Oktober lalu.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi perempuan yang masih mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.
“JKM menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi berkenaan dalam tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO)
“Pengawal keselamatan itu curiga apabila mengesan objek yang bergerak dalam tong sampah dan mendapati itu adalah bayi.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, tubuh bayi tersebut kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apabila diteliti itu kesan baharu dilahirkan.
Beliau berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen berkaitan bayi mahupun ibunya di lokasi berkenaan.
Katanya, bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi mendapatkan rawatan sesuai.
Adnan berkata, bayi berkenaan dibenarkan keluar dari HSA pada Rabu dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor menerusi subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
“Bayi berkenaan dinamakan sebagai Lilyan Aleena dan kini berusia 12 hari. JKM ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat,” katanya.
JKM katanya, berharap keluarga bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya dengan secepat mungkin.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Pelindung kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
“Alhamdulillah..Semoga istiqamah.” Ini antara yang disampaikan oleh peminat Izara Aishah selepas melihat gambar terbaru yang dikongsikan di instagramnya. Jika ini penghijrahan yang dipilih oleh isteri Adib Khalid ia benar-benar satu perubahan yang sangat baik.
Menerusi entri di instagram Izara, beberapa keping gambarnya yang tampil sopan dan bertudung labuh itu menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, di posting terbarunya itu, Izara menutup ruangan komen.
Peminatnya hanya dapat memberi kata-kata semangat dan meluahkan rasa syukur di posting Izara yang sebelum itu sahaja.
Ibu kepada Irisa Alaia yang kini dah berusia 1 tahun 4 bulan ini juga turut memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung sebelum ini dan menguatkan lagi tekaan orang ramai yang Izara sudah mula berhijrah.
Apa pun dengan gambar terbaru Izara ini, ramai yang memuji kecantikan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ramai yang terharu dengan perubahannya itu dan mengharapkan sentiasa dalam rahmat Allah.
Bukan itu saja, ramai juga turut memuji Izara yang bertudung labuh. Tersangat cantik macam wanita Arab.
Betullah kecantikan tanpa menutup aurat itu biasa dan sementara. Tapi kecantikan menutup aurat ini sungguh luar biasa. Semoga Izara Aishah terus istiqamah dan dapat menjadi ibu dan isteri yang sentiasa membahagiakan. Amin.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Autisme bukan lagi satu istilah yang asing dalam dunia keibubapaan hari ini. Semakin ramai ibu bapa mula sedar tentang spektrum autisme, namun masih banyak persoalan dan kekeliruan tentang apa sebenarnya yang dilalui oleh anak-anak autisme.