Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi ini (Isnin).
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
IKLAN
Minta isteri jaga anak
Sebelum ini Abam pernah berkongsi yang dia ‘beli’ gaji isteri semata-mata nak suruh dia berhenti kerja dan jaga anak.” Walaupun orang kata rugilah jadi suri rumah tapi ini pengorbanan isteri yang patut semua suami hargai,” kata Abam Bocey.
Abam Bocey mengakui bahawa dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.
IKLAN
“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.
“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” katanya kepada Gempak.
Bayar Gaji Jaga Anak Setiap Bulan
Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.
IKLAN
“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.
“Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,” katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.
Kata Abam lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan. Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Abam.
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah selamanya. Di saat anak yang perlukan kasih sayang, ibu telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat menatap wajah anak yang dikandung selama 9 bulan.
Begitulah hebatnya pengorbanan wanita demi untuk memberikan zuriat buat suami. Perkongsian yang cukup sedih di Facebook Adek Eyka yang berkongsi mengenai pemergian arwah kakaknya selepas melahirkan anak benar-benar mengambarkan jihad seorang wanita bergelar ibu.
Memang ajal, maut, jodoh semuanya rahsia Allah. Namun pemergian ibu ini sangat menyentuh hati ahli keluarga kerana bayi arwah seolah-olah memahami yang ibunya telah pergi buat selamanya.
Meninggal lepas lahirkan anak sulung
Dalam perkongsian Eyka, dia menceritakan semula momen di saat pemergian kakaknya, dimana bayi arwah sedikit pun tidak menangis sehingga urusan pengebumian selesai.
Kongsinya lagi, mungkin ini antara hikmah yang Tuhan sampaikan, jika kebiasaanya bayi kecil akan sering menangis namun anak arwah mudah dijaga, membuatkan segala urusan pengebumian berjalan lancar.
Kucupan terakhir anak buat ibu
Rasa sayu makin bertambah, setelah melihat foto yang dimuat naik Eyka memaparkan kucupan terakhir anak pertama arwah kepada ibu yang telah mengorbankan nyawa untuk melahirkannya.
Terbaca diari arwah
Apa yang membuatkan bertambah sedih, Eyka sempat membaca diari arwah namun isi kandungannya tidak dapat dikongsikan dan menjadi rahsia antaranya serta keluarga.
“Apa yang buat aku terasa 1001 perasaan serba salah bila terbaca buku diari arwah. Biarlah aku saja yang tahu apa yang ditulisnya..Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air mata darah sekali pun takkan tebus rasa serba salah aku…” Siti Aisyah Binti Zulkafli 17/8/2020
Tak sempat nak bermanja dengan ibu
Ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bayinya dapat membesar menjadi anak yang soleh.
Walaupun ketiadaan ibu di sisi, moga anak ini terus dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa menyayanginya dan apabila besar nanti dia akan rasa bangga mempunyai seorang ibu yang hebat.
Selalu dengar orang kata ada anak perempuan jangan ambil mudah. Jangan buat tak endah kerana tanggungjawab berat, tugasnya amat besar. Bukan itu saja, bagi ibu bapa yang mempunyai anak perempuan dan berjaya mendidik mereka dengan sebaiknya, mereka ini akan menjadi pelindung daripada api neraka.
Ingat bagi pasangan suami isteri yang dikurniakan semua anak perempuan, anda hebat. Begitu juga untuk ibu ayah yang ada semua anak lelaki, Allah tahu anda boleh! Masing-masing ada tanggungjawab besar menjadikan anak-anak insan yang berkeperibadian baik dan berjaya dunia akhirat.
DARIPADA Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”
[HR Ahmad dan Al-Hakim]
Seperti kisah Puan Shaeriani A Hamat, yang dikurniakan 7 anak perempuan, itu semua anugerah yang teristimewa baginya dan suami. Walaupun suami hanya satu-satunya imam dalam keluarga setakat ini, inilah hero kami!
Berkongsi cerita, Shaeriani akui bila ada anak perempuan, tugasnya lebih mudah apabila anak-anak dah semakin besar. Masing-masing dah diajar dan tahu tugas apa yang perlu dilakukan.
“Soal kerja rumah dan uruskan adik-adik mereka dah boleh buat. Saya hanya pemerhati dan ajar apa yang patut. Seronok sebab anak-anak saling membantu. Ibaratnya ‘kami bebas bibik’.
“Tak perlu dah saya nak kelam kabut uruskan rumah tangga. Dah ramai pembantu, lagi cepat kerja diselesaikan. Biarpun orang kata wanita lemah, sesungguhnya di sebalik kelemahan itu ada kehebatannya. Bersyukurlah dengan apa yang ada,” katanya.
Ada 7 edisi bermula dengan NUR ELIESYA
Shaeriani berkata, tak sangka keluarga kami ada 7 edisi nama bermula Nur Eliesya. Hanya yang membezakannya adalah nama di belakang sahaja. Jadi apabila di sekolah cikgu pula panggil semua anak-anak Eliesya.
Terpaksa tanya cikgu, edisi ELIESYA yang mana??
1) NUR ELIESYA Nazzulia
2) NUR ELIESYA Qisstina
3) NUR ELIESYA Qhaisara
4) NUR ELIESYA Hussna
5) NUR ELIESYA Hussni
6) NUR ELIESYA Zakirah
7) NUR ELIESYA Zhafira
Mungkinkah selepas yang ke-7 akan ada geng papa untuk meriahkan suasana rumah. Insyaallah jika ada rezeki tetap harapkan kehadiran anak lelaki, tetapi semua itu rahsia Allah. Andai dapat alhamdulillah.
Sebagai ibu kepada 7 orang anak, Shaeriani akui ia bukanlah sesuatu yang mudah sewaktu anak-anak masih kecil. Tetap juga ada cabarannya.
Ramai yang ajukan soalan pada saya, semua anak normal atau bersalin secara pembedahan? Jawapan saya dua-dua dah rasa.
Ini kerana semasa kelahiran anak sulung, saya bersalin secara pembedahan kerana anak dah lemas dalam perut. Masa ni rasa besarnya ujian kami. Kini dia adalah anak istimewa saya dan suami.
Selepas beranak saya nekad dah tak nak beranak lagi. Tapi Allah Maha Kaya. Anak 5 bulan
saya mengandung lagi. Alhamdulillah kali ni dapat bersalin normal walaupun kena gunting sikit. Namun ketika anak 5 bulan saya mengandung lagi tetapi gugur.
Selepas itu saya mengandung lagi anak ketiga dan dapat bersalin normal tanpa jahitan. Syukur sangat. Bolehlah lasak sikit. Lepas itu anak usia 5 bulan, saya mengandung lagi tapi kali ini alahannya muntah darah. Perit sangat-sangat. Pergi scan doktor cakap kembar.
Kelahiran keempat dan kelima ini bersalin normal juga, tak berjahit dan paling senang. Selepas tu saya dan suami tertanya-tanya bila nak keluar anak lelaki ni?
Tidak putus asa, mencuba dan terus mencuba, selepas 4 tahun jarak dengan anak kembar, saya mengandung lagi. Kali ini bersalin normal tanpa jahitan juga. (Sebenarnya sebelum kelahiran ke-6, saya mengandung juga tetapi gugur)
Lepas dapat anak nombor enam, tiga tahun kemudian saya mengandung lagi sekali. Kali ni macam harapkan bayi lelaki tetapi Allah bagi anak perempuan. Bersalin normal, mudah dan tanpa jahitan.
Bila orang tanya nak cuba lagi ke? Saya cakap insyaAllah mesti cuba untuk misi dapatkan anak lelaki. Jika ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima. Doakan saya ye semoga ada rezeki yang ke 8 ,9,10 anak lelaki. Mana tahu dapat kembar 3 terus.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ainul Mardhiah menunjukkan perkembangan positif. Naik berat badan dan semakin sihat, si kecil ini digambarkan bakal dibawa pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Bapanya, Ahmad Safiuddin dalam kemaskini Facebook menyatakan perkembangan terbaru keadaan permata hatinya itu. Ainul Mardhiah yang mengalami Germ Cell Tumor berjaya melalui pembedahan berisiko tinggi yang memakan masa 5 jam.
Apa yang menggembirakan, si kecil ini menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan. Terbaru, bapanya memberikan bayangan si kecil ini bakal pulang ke Malaysia.
“Assalamualaikum semua.
“Setiap hari berat badan ainul naik.
“And doktor cakap kalau setiap hari Ainul menunjukkan perkembangan yang positif, Ainul boleh balik ?.”
Manakala ibunya, Nurul Erwani Zaidi turut menyatakan si kecil dalam keadaan sihat dalam posting terbaru Instagram.
“Ainul sihat Alhamdulillah? Berat Ainul pun semakin bertambah.”
Manakala dalam Insta story, Nurul Erwani turut menyatakan yang dia sedang mengemas untuk pulang setelah sebulan berada di UK.
“Ready to pack barang. Pejam celik pejam celik sebulan lebih juga berada di luar negara. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan. Seronok dapat belajar sesuatu yang baru, dapat kenal dengan orang-orang baru, tengok permandangan cantik kat sini.
“InshaAllah tunggu Ainul dah besar nanti, kami pula akan bawa Ainul ke sini.”
Warganet bersyukur Ainul semakin sihat dan mendoakan agar si kecil ini bertambah kuat.
Mohd Hafiz Mohd Amran “Alhamdulillah. Nampak ainul makin sihat.”
Kak Amy Zuraidah “Alhamdulillah..semoga Ainul Mardhiah bte Ahmad Safiuddin segera sembuh sepenuh nya dan perjalanan Ainul kembali ke malaysia di permudahkan ALLAH SWT…satu malaysia dah tak sabar menunggu kepulangan Ainul…Rinduuu❤❤❤.”
Siti Hazariah Mamat “Comeynye Ainul.. Indahnya ciptaan Allah.. Besarnya kuasa yg Allah nk tunjukkan pd hamba²Nya ?.”
Nor Azura Hariz “Alhamdulilah cantik sangat2 anak dara mama nie..terima kasih allah sebab memberi sinar kebahagian pada bidadari syurga ini..semoga allah memberi kesihatan yang total buatmu wahai anak..ingatlah..mama dan semua rakyat malaysia menunggu ainul pulang ke malaysia..allah tau ainul seorang anak yang kuat..insyaallah..allah akan bagi ganjaran pada ainul..?.”