Buah labu yang sering dijadikan bahan dalam kuah lemak dan juga kuih muih ini mempunyai khasiat yang cukup baik terutama bagi ibu hamil.
Jika anda kini sedang hamil, jadikan buah labu antara buah kesukaan anda sepanjang hamil. Ia mengandungi asid folik yang baik dimakan semasa hamil bagi mencegah kecacatan bayi sejak lahir.
Maka, tidak hairan juga labu kuning sering digunakan sebagai makanan pelengkap bagi ibu yang menyusukan anak. Mari lihat khasiat labu kuning yang lain supaya boleh dimanfaatkan.
1. Banyak kandungan nutrisi
Memetik dari Food Data Central U.S. Department of Agriculture (USDA), dalam 100 gram kandungan nutrisi labu kuning terdiri daripada:
Selain khasiat di atas, terdapat beberapa vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam labu. Berkat kandungan labu kuning, sayur ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.
2. Mencegah kecacatan tiub neural
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.
Labu kuning mengandungi asid folik yang baik untuk dimakan semasa hamil. Folat adalah nutrien yang terlibat dalam pembahagian sel dan sintesis DNA. Ini boleh membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi yang baru lahir. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil labu untuk wanita hamil.
Ads
3. Menurunkan risiko kanser
Apabila anda makan labu kuning, beta-karoten atau fitokimia dalam buah tersebut akan diubah menjadi vitamin A. Kandungan ini boleh membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser. Dipetik daripada Maturitas, makanan yang kaya dengan fitokimia telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.
4. Menyihatkan mata
Tubuh memerlukan vitamin A untuk menyokong kesihatan mata. Mengambil labu kuning yang kaya dengan vitamin A, adalah pilihan terbaik bagi seseorang yang berisiko mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Malah, labu kuning juga kaya dengan vitamin C. Apabila seseorang mendapat vitamin C daripada makanan, ini boleh mengurangkan risiko terkena katarak.
5. Mencegah GERD
Khasiat labu kuning untuk perut juga boleh membantu mencegah refluks asid atau GERD kerana mengandungi serat. Serat yang tidak larut dalam labu boleh mempercepatkan kadar makanan dari perut ke usus dan sekali gus, mengurangkan kejadian GERD.
Ads
6. Indeks glisemik rendah
Khasiat labu sangat bagus untuk penghidap diabetes. Hal ini kerana, labu kuning mempunyai kalori dan indeks glikemik yang rendah, jadi membantu mengekalkan paras gula dalam darah daripada melonjak.
7. Meningkatkan kesihatan kulit
Kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan lutein dalam labu kuning juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini kerana antioksidan berperanan dalam mencegah pengoksidaan dan keradangan sel kulit.
Ia sudah tentu boleh melindungi kulit daripada kerosakan, tanda-tanda penuaan dan pertumbuhan kanser kulit.
8. Menurunkan berat badan
Biarpun kalori labu cenderung rendah, makanan ini kaya dengan nutrien. Oleh itu, ramai orang manfaatkan labu kuning untuk menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam buah-buahan ini boleh membuatkan berasa kenyang lebih lama, seterusnya menghalang peningkatan selera makan.
Ads
9. Sumber vitamin C
Pengambilan vitamin C yang mencukupi terbukti dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ia boleh membantu sel-sel imun berfungsi dengan lebih berkesan. Di mana, labu kuning mengandungi banyak vitamin C, yang membantu mengekalkan imuniti dan kesihatan badan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Ada ibu yang akan berpantang tak lama lagi? Masih berkira-kira nak sediakan menu berpantang sendiri. Apa kata jadikan kudapan serunding halia salah satu pelengkap hidangan ibu dan dinikmati bersama dengan nasi.
Serunding halia ni bukan untuk ibu berpantang je, tapi bagi yang tak berpantang pun elok juga kerana boleh buang angin dan sebagai snek sihat. Nak tahu macam mana caranya, ini resipi yang dikongsikan oleh Masfaliza Ab Jaafer via MAHN.
Sumpah sedap guys serunding halia nie.. Buat makan kudap-kudapan. Kalau kita buat sendiri, boleh letak bahan-bahannya lebih. Rasanya yang garing-garing pedas menyengat, padu!!
Di sini CikAyu sertakan resepi seperti yang CikAyu janjikan. Selamat mencuba guys.
Antara bahan-bahan untuk buat serunding halia:
Halia tua (Tips: cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang-panjang supaya mudah untuk disagat.)
Ikan bilis
Garam bukit
Perencah hilal
Minyak masak
Okey semalam rezeki CikAyu dapat halia yang cantik dan panjang-panjang. Mudah untuk disagat dan cantik kejadiannya. Selepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.
Tengok teksur halia nie selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dengan serunding halia nie
Lepas habis sagat, perah air halia nie sekuat hati. Kita nak ambil halia tu je. Air halia tu buang ye. Lepas proses perahan ni cepat-cepat sabun tangan ye, kalau lambat nanti confirm tangan anda akan rasa pijar.
Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia nie.
Okey ni halia yang dah kecik, takut pulak nak sagat, mau berdarah tangan pulak nanti. Baki halia nie boleh kita tumbuk, blender atau gunakan chopper. Proses masih sama, perahkan air halia ni.
Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.
Agak-agak dah warna seperti dalam gambar cepat-cepat angkat ye puan-puan.
Tengok hasil serunding nie.. Cantikkan!! Tapiskan lebihan minyak ini dahulu ye
Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. CikAyu gunakan chopper je. Mudah dan pantas
Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.
Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dimakan begitu saja.
Kalau dirumah dah ada bawang putih crispy boleh gaulkan bersama-sama serunding tadi. Ini lagi ummphhh..
Serunding halia dengan garlic crispy
Kalau garing macam gini sepinggan pun boleh makan seorang.. fuh panas perut. Tengok pun dah nampak garingnya!!
Kredit: Masfaliza Ab Jaafer via MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiap kali lalu depan kedai, bau roti boy memang menusuk kalbu. Kadang yang tak mahu beli pun jadi terbeli. Dapat pula makan yang panas-panas lagi sedap ditambah pula dengan keranggupan toppingnya.
Jika mama ada kepakaran untuk buat sendiri roti, sebenarnya boleh je buat. Cuma rajin atau tak je. Namun bagi yang nak buat roti boy ekspres, boleh guna roti putih. Tak perlu buat doh roti, guna roti keping sahaja.
Boleh cuba resipi di bawah. Confirm laku keras, sekejap je licin anak-anak makan.
1. Satukan semua bahan-bahan topping kecuali butter.
2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan adun sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.
5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-massing) supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa...