
Bulan Ramadan masa untuk menyediakan masakan berbuka pendek bagi ibu-ibu bekerja. Idea diutarakan ibu ini boleh menjimatkan masa.Anak & suami juga gembira makan air tangan ibu.
Menyediakan sajian keluarga sendiri memberikan kepuasan, lebih terjamin kebersihan & bahan-bahannya. Malah ramai ibu yang bercita-cita tidak mahu ke pasar ramadan saban tahun, jom realisasikan tahun ini.
Perkongsian Puan Noj Nojj ini boleh diapliksan buat ibu sama ada yang bekerja atau yang sentiasa sibuk. Kebanyakan sajian yang disediakannya ialah berbentuk lauk berkuah yang menyelerakan seperti kari ayam, masak lemak ayam dan sebagainya. Kekangan masa untuk menyediakan sajian berbuka untuk anak-anak dan ahli keluarga kini tidak menjadi alasan.
Setiap lauk pauk yang dimasak dibekukan di bahagian sejuk beku peti sejuk. Apabila tiba masa disajikan, lauk akan dipanaskan terlebih dahulu. Total masa ibu ini habiskan di dapur hanya 15 minit setiap petang tatkala menjelang waktu berbuka. Berikut perkongsiannya;
29 LAUK, 3 SATE AYAM
Saya dah siap sedia untuk sebulan Ramadan bab2 makan…
Korang dah ke?
29 lauk + 3 sate ayam..
Yang atas tu buat minggu lepas.. Yang bawah buat semalam.
Sambal pun dah siap dua balang..
Sambal kicap nanti nak makan perah limau kasturi je..
BALIK KERJA HANYA 15 MINIT DIDAPUR
nanti balik keje masak sayur + telo dadar.. panaskan lauk ni je. 15min je masa diperuntukkan utk duduk di dapur nanti heheh
SIBUK SEBAGAI PEKERJA, PELAJAR, BAKER & PENJUAL ATAS TALIAN
Ibu ini juga mengakui kehidupannya sangat sibuk setiap hari. “Life saya sangat sibuk.. yg ade dalam contact whatsapp sy tiap2 ari boleh nampak sy tido 3-4jam je sehari…
– 8am-5pm fulltime kt ofis
SUDAH BERTAHUN TIDAK KE BAZAR RAMADAN
Ini lah cara saya menjaga bab-bab makan untuk suami dan anak-anak yang langsung tak cerewet. Dah bertahun-tahun tak pernah jejak kaki ke bazar ramadhan. Makan luar jarang sekali ?
Apa pun syukur pada Allah suami sangat memahami isteri dia yang sibuk macam YB dan malam-malan macam zombie, tak tau mana siang mana malam.
Sumber: Noj Nojj