
Setiap kali hujung minggu, menu sambal bilis dan nasi lemak selalu jadi pilihan kita untuk sarapan di pagi hari. Semuanya untuk hidangan anak-anak dan suami.
Macam mana nak buat sambal ikan bilis yang sedap dan power? Memasak sambal perlukan langkah yang tepat dan paling penting perlu naik minyaknya. Namun tip dan langkah yang dikongsikan oleh Yayar B Awang Noh ini kena ikuti.

Jom lah kita masak sambal nasi lemak untuk mertua.
Resipi sambal nasi lemak(tak pedas)
Bahan-bahan
Ikan bilis kopek setengah kg
Cili kering kisar 1 mangkuk
Bawang putih 10 ulas dan bawang besar 4 labu (dikisar)
Seketul belacan dan segengam ikan bilis (dikisar)
Daun pandan
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 3 sudu besar
Gula melaka -4 keping
2 asam keping
3 labu bawang dipotong bulat

Panaskan minyak. Lebihkan sedikit agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Tumis sampai wangi.

Masukkan belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan, masukkan asam keping.

Lepas tu masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato.

Masukkan terus nise/gula melaka biar mencair dalam sambal.

Perasakan dengan ajinomoto. Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api.

Tip: Baru masukkan garam. Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manis. Siap!
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

















Step campur susu dan cuka. Cuka tu cuka masakan bagi yang tak pernah tengok lah. Kang korang beli cuka getah dah begelimpangan pulak.
Mix bahan tadi sampai gebu macam gini.
Korang angkat kepala mixer tu adunan tak jatuh dari mata mixer maknanya dah gebu la tu.
Masuk susu plus cuka tadi. Tak payah kacau tak apa, perlahankan mixer tu kang tetiba banjir rumah.
Lepas sebati baru masuk majerin cair tadi sampai habis.
Last masuk tepung, mixer masih slow.
Ok adunan gebu macam ni. Ni mak buat 2 adunan sekali 10 biji telur, tu nampk banyak.
Masuk bekas tak kisah kalau kukus bekas macam ni pun boleh. Kalau loyang saiz 9×9 sebab kek ni akan naik gebu ye. Kalau saiz 8 mesti tuang sikit kat loyang 5.
Ok kukus 40 minit api sederhana. Kalau bakar suhu 170 masa 50 minit api atas bawah.
Terbalikkan la kat board lepas siap je masak, tak kira kukus ke bakar.

