Bila dah berkeluarga, perkara pertama yang akan difikirkan adalah DUIT. Dengan keadaan sekarang ini, jika tak mula buat simpanan, agak risau jika berlaku kecemasan. Sama ada bergaji kecil atau besar, disiplin menyimpan duit sangat penting. Tak kisahlah banyak atau sikit, kena juga buat.
Sebab itu, tiap kali masuk tahun baru, azam menyimpan duit sentiasa ada dalam list. Cuma nak memulakannya belum ada kekuatan lagi. Apa kata kali ini, anda dan pasangan cuba buat kaedah menyimpan yang dikongsikan oleh pemilik Facebook Nur Emira. Setahun boleh simpan RM4436 tau, banyak kan?
TIP SIMPAN DUIT SETAHUN BOLEH DAPAT RM4436
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021. Total RM 4436.00.
RM2 – setiap hari
Ads
RM5 – setiap kali dapat
RM10 – 2 helai seminggu
Buat asingkan macam ni.. Baru lebih disiplin
RM20 – 1 helai seminggu
RM50 – Febuari, April, Jun, August, October, December.
Ads
RM 100 – Januari, Mac, May, July, September, November.
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat. Start lambat sikit, pertengahan Februari. Pengakhiran 31 Disember.
Good luck pada siapa sedang buat mcm ni in year 2022. Jom nak sambung in year 2022, kalau sama amount campur 2021. Boleh book pakej umrah.
Ads
Mudah-mudahan ada rezeki. Allah jemput ke sana. Aminn. Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak pergi letak bank pun ada.
Jadi bagi anda yang masih lagi berkira-kira nak menabung, dah boleh mula azam baru. Belum terlambat lagi. Mana tahu hasil yang disimpan ini boleh digunakan jika waktu terdesak. Jika tak digunakan pun, boleh la reward anak-anak dengan bawanya bercuti tahun depan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu merungut, anak usia 6 tahun masih belum dapat membaca dengan baik. Selain itu, ada lagi yang tertukar suku kata. Dah beli macam-macam buku dari yang murah sampailah yang mahal pun anak tak menunjukkan minatnya.
Jika hanya risau tapi tiada penyelesaian, ia tak akan membantu. Ibu mesti tahu teknik yang betul kerana anak-anak kita sambil bermain dia boleh serap apa yang dipelajarinya. Lagi satu jangan ambil masa yang lama untuk satu slot membaca kerana anak mudah bosan. Nak tahu bagaimana tip yang digunakan oleh Puan Azila Ghani mengajar anak membaca cepat, berikut adalah perkongsiannya.
Saya nak kongsi cara saya ajar anak belajar membaca. Sebenarnya kan, sebelum ajar anak membaca ni ada benda kita kena buat. Macam sebelum menulis la, ada benda lain lagi yang kita kena buat. Tapi sekarang kita fokus untuk membaca. Kan masuk bab tu sampai esok tak habis..
To be honest, saya ajar anak guna kaedah fonik. Dan saya join kursus dengan pengasas fonik untuk kuasai kaedah ni. Tapi jangan bimbang. Kalau mommies nak ajar anak ikut kaedah mengeja suku kata pun, cara saya ni masih lagi boleh ikut. Okay..saya kongsi step-by-step ya.
1) “READ ALOUD”
Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil. Seawal 6 bulan pun mommies dah boleh bacakan mereka buku cerita.
“Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.”
Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai dengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Ikut OT yang saya follow pun, tak perlu ajar abc, 123 bawah 2-3 tahun tu. Fokus perkembangan lain dulu tau mommies.
2) DENGAR LAGU
Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali.
Untuk fonik saya dengarkan anak lagu “Abu Ada Ayam”. Ini link video ya kalau mommies nak tengok; https://youtu.be/-FPD_b_Zuik
Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu abc pun boleh.
3) BERMAIN DENGAN HURUF
Okay yang ni kami buat banyak aktiviti. Setiap huruf tu akan ada aktiviti dia sendiri. Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur tu biar anak sendiri yang kupas.
Saya suka kalau aktiviti tu dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata-tangan anak.
Then, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut, then anak cari. Eh, banyaklah game boleh direka.
4)PART GABUNG BUNYI
Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh. Part sini saya diy muka hello kitty tu. Letak huruf satu-satu.
/beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”.
Kalau tak nak diy & nak cari yang lebih menarik lagi silalah mommies cari yang namanya flip-card wow.
5) AKTIVITI SUKU KATA
Okay kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka. Contoh ada dekat gambar. Suka part bahagian badan sebab banyak sangat jumpa suku kata terbuka.
Da-hi
Pi-pi
Da-gu
………..ka-ki
Ya..belajar dengan buku best. Tapi budak-budak kan, buat aktiviti lagi diaorang seronok.
Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu. Buat jadi benda maujud. Pegang, sentuh, rasa dll.
6) MEMBACA DI MANA-MANA
Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalulah ajak anak membaca bersama-sama. Contohnya mommies baca satu ayat dalam buku, bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan?
Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya.
7) JANGAN STRESS, JANGAN GUNA KAEDAH ‘DRILLING’. MAKE IT FUN.
Last but not least, itulah dia. Jangan stress mommies. Bila kita stress anak tahu dan boleh stress sama. Fikir untuk buat aktiviti menarik minat anak. Selalu peluk & puji.
Kalau tanya saya dulu, aktiviti yang dibuat hanya ambil masa 5-15 minit sehari. Selebihnya bermain, bermain dan bermain. Sedar-sedar, eh, dah lancar dah dia membaca.
Semoga mommies dapat manfaat daripada sharing saya. Terima kasih sudi baca sampai habis.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Uyaina Arshad mengaku tidak ambil peduli dan tidak kisah dilabel ‘terpaling ibu dan terpaling tahu’ kerana banyak berkongsi ilmu keibubapaan.
Tambahnya lagi, dia cuma ingin berkongsi pengalaman dan kisah membesarkan anak pertamanya, Raja Urhan yang kini berusia 8 bulan.
“Sejujurnya saya abaikan dan tidak berapa ambil peduli jika ada yang kata saya ‘terpaling tahu’ atau ‘terpaling ibu”.
“Kita buat atau tak buat orang tetap akan berkata selagi tidak kena dengan selera mereka. Pada saya, yang penting anak saya sihat dan semua ibu mahu yang terbaik untuk anak masing-masing”.
“Nak cakap saya ‘terpaling ibu’ atau ‘terpaling tahu’, terpulang sebab saya cuma ingin berkongsi pengalaman dan kisah kerana percaya masih ramai yang inginkan perkongsian seumpama ini,” katanya panjang lebar.
Setiap kali memasuki sesi persekolahan baru, ada anak-anak kecil kita yang menangis dan hal ini sudah menjadi kebiasaan di negara kita. Walaupun sekolah sudah memasuki minggu ke tiga, namun masih ada anak kecil kita yang masih lagi menangis di pintu pagar sekolah dan merasa tidak selesa.
Apa yang membuatkan anak kecil kita asyik menangis? Hal ini perlu dikaji. Namun satu hal yang anda perlu tahu, negara Jepun sudah mempersiapkan lebih awal mengenai psikologi anak kecil mereka yang bakal melangkah ke sekolah. Boleh dikatakan, pelajar baru yang menangis tidak pernah wujud di Jepun. Bagaimana?
Ini yang dikongsikan oleh pengguna facebook, Zunita Ramli. Wajar kita teladani.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana suasana sesi persekolahan hari pertama di Jepun? Di Jepun, sesi persekolahan lepas cuti panjang biasanya bermula pada hari Khamis. Iya, hari Khamis bukan Isnin.
Macam pelik kan, kenapa mula Khamis? Kenapa tak Isnin?
Ikutkan nanti sekolah dua hari je, Khamis, Jumaat, lepas tu Sabtu, Ahad dah cuti balik. Kalau mula Isnin sampai Jumaat tu, tak payah la basuh baju sekolah banyak kali kan? Kenapa?
Haa.. Banyak sebab sebenarnya, tapi salah satu sebabnya adalah psikologi.
Secara psikologinya, lepas cuti panjang budak-budak biasanya “liat” dan hilang momentum nak ke sekolah. Ye lah, cuti lama kan.
Lagi-lagi bila terpaksa mulakan rutin baru, kena bangun awal pagi dan sebagainya jadi nak kurangkan impak perubahan rutin baru tu, sekolah dimulakan pada hari Khamis.
Bermakna, mereka sekolah dua hari je Khamis Jumaat lepas tu cuti. Kira macam nak bagi fasa perubahan murid dari cuti panjang ke sesi sekolah tu tak berapa drastik lah.
Lagi pula, sesi persekolahan Khamis dan Jumaat tu pun biasanya sekolah separuh hari je. Waktu ni murid tak belajar pun, diorang biasanya dibiarkan bermain dan suai kenal dengan kawan-kawan baru, cikgu, dan sebagainya. Jadi biasanya hari pertama persekolahan ni, budak memang suka lah sebab dapat main dan jumpa kawan-kawan.
Bermakna, psikologi “seronok pergi sekolah” dah diterapkan dari hari pertama sesi persekolahan lagi, jadi tak ada isu lah untuk pelajar ke sekolah bagi minggu seterusnya.
Selain tu untuk pelajar baru Tahun Satu, biasanya mereka dah dijemput beberapa kali ke sekolah tu sebelum tu, bagi biasakan mereka dengan suasana kat sekolah baru tu nanti.
Contohnya pada Hari Sukan sekolah, pelajar yang akan bersekolah Darjah Satu di sekolah tersebut akan dijemput untuk sertai Hari Sukan.
Sekolah juga akan disediakan acara untuk mereka sertai. Jadi bila ada aktiviti macam ni, mereka dah rasa tak asing dekat sekolah baru tu nanti. Sebab dah kenal kawan-kawan, dah tahu suasana sekolah macam mana dan sebagainya.
Jadi saya kira secara psikologinya, budak-budak ni dah rasa seronok nak masuk Darjah Satu nanti. Sebab tu kalau tengok dekat Jepun, agak jarang budak Darjah Satu menangis masa hari pertama persekolahan. Persediaan psikologi anak-anak untuk ke sekolah, dah dibuat jauh lebih awal.
Nampak simple, tapi ia beri impak besar. Bila murid seronok ke sekolah, secara tak langsung akan kurang masalah ponteng, pelajar lebih fokus, semangat dan sebagainya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!