Sifat pemalu adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya apabila mereka berada dalam persekitaran baru atau berhadapan dengan situasi yang tidak dikenali. Namun, jika rasa malu berlebihan, ia boleh menjejaskan perkembangan sosial dan emosi mereka.
Tip Ubah Anak yang Pemalu Jadi Berani
LIMA Tip Ubah Anak Yang Pemalu Supaya Lebih Berani
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bukan? Berikut merupakan lima tip untuk membina keyakinan diri anak kecil yang ‘pemalu tak bertempat’ ini.
1. Benarkan Anak Buat Perkara Yang Diingini
Pernahkah kita mengalami situasi anak kecil ingin melakukan sesuatu perkara sendiri seperti makan sendiri, menguruskan diri mereka sendiri, mengangkat pinggan dan cawan sendiri ke meja makan, atau membantu melakukan kerja-kerja rumah yang mudah? Sesetengah ibu bapa mungkin akan mengatakan ‘jangan’ atau ‘tidak boleh’ kerana tidak mahu keletihan mengemas sekiranya keadaan menjadi bersepah apabila anak kecil ini melakukan perkara tersebut.
Selagi perkara tersebut tidak berbahaya untuk anak kecil, apa salahnya benarkan mereka belajar melakukan perkara yang diingini itu? Ianya sudah pasti dapat membantu proses membina keyakinan diri anak kecil ini. Walaupun kita berasa penat untuk mengemas pada awalnya, tetapi kepenatan itu merupakan kepenatan yang berbaloi apabila kita melihat mereka semakin yakin diri kelak.
2. Buat Perkara Baru Dengan Anak
Sesekali, lakukan perkara atau aktiviti baru yang tiada dalam rutin harian anak kecil. Sikap ingin tahu dan suka meneroka pasti akan membuatkan anak kecil ini berasa teruja untuk melakukan perkara tersebut bersama-sama kita.
3. Benarkan Anak Buat Keputusan
Pada kebiasaannya, kita sebagai ibu bapa yang akan membuat keputusan untuk anak kecil. Dalam hal-hal tertentu yang tidak memberi impak yang besar, benarkan anak untuk membuat pilihan dan keputusan. Ibu bapa boleh membantu anak untuk membuat keputusan dengan cara menjelaskan kepada mereka tentang apakah yang akan berlaku sekiranya mereka mengambil keputusan tersebut.
Anak kecil akan belajar tentang kesan daripada pilihan atau keputusan yang dibuat itu. Pada awalnya, mungkin anak sekecil ini agak sukar untuk memahami kesan dan akibat daripada pilihan yang dibuat. Tetapi, lama kelamaan, pasti anak kecil ini akan dapat berfikir dengan baik, lebih memahami dan berasa lebih yakin apabila keputusan yang dibuat itu memberikan hasil yang positif.
Ads
4. Sokong Minat Anak
Setiap individu mempunyai minat dan kegemaran yang tersendiri. Begitu juga dengan anak yang pemalu ini. Beri sokongan kepada anak terhadap perkara yang diminatinya itu.
Sebagai contoh, sekiranya anak minat mewarna, belikan mereka buku mewarna serta bahan-bahan untuk mewarna seperti krayon, pensel warna atau warna air. Luangkan masa untuk mewarna bersama mereka serta ajarkan mereka teknik-teknik mewarna dengan cantik untuk menghasilkan lukisan yang menarik.
Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri mereka untuk melakukan yang terbaik dalam perkara yang diminatinya.
5. Pujian Buat Anak
Kejayaan anak kecil dalam melakukan sesuatu perkara seharusnya diraikan dengan pujian. Pujian dapat meningkatkan lagi penghargaan kendiri (self esteem) anak yang pemalu, membuatkan mereka berasa lebih gembira dan dihargai.
Jangan pernah berasa jemu dan bosan untuk memuji kejayaan anak kecil. Selepas ini, pasti mereka semakin bersemangat dan lebih yakin untuk melakukan lebih banyak lagi perkara baru!
Ads
Percaya Pada Anak Kecil
Tanamkan rasa percaya terhadap kebolehan si kecil untuk melakukan sesuatu perkara. Usah memandang rendah terhadap kemampuan mereka. Walaupun mereka masih kecil dan bersikap pemalu, mereka tetap mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencuba perkara-perkara baru bagi membina keyakinan diri mereka.
Semoga dengan didikan awal untuk melakukan berbagai-bagai tugasan, anak kecil ini bukan sahaja akan membesar menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani, malah berfikiran cerdas dan matang dalam menguruskan pelbagai perkara apabila dewasa kelak.
Dengan pendekatan yang betul, sifat pemalu seorang anak boleh berubah menjadi keberanian dan keyakinan. Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk membantu mereka melangkah keluar dari rasa malu dan meneroka potensi sebenar mereka.
Ingat, setiap anak adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Berikan masa dan sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang menjadi individu yang yakin dan berani.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi Instagram mereka.
Malah menerusi entri itu juga, sekeping gambar sambil keduanya memegang bayi lelaki mereka turut dikongsikan oleh Ayda dan Nabil.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya berseloroh.
Menerusi entri itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Ayda dan Nabil sebelum ini memuat naik sekeping gambar ketika berada di hospital dengan mengenakan baju sepadan sambil memohon doa semua agar kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.
“Dah check-in hospital! Doakan Ayda pagi nanti dipermudahkan, selamat melahirkan dan baby sihat insyaallah. Amin.
“Twinning with my soulmate konsepnya gittew. (Padahal Ayda dah takde baju yang dia muat and nak terus tidur,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla kini berusia 2 tahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Isteri kepada penyanyi Black Hanifah, Naquai Yasirah Mohd menasihati golongan isteri terutama suri rumah sepertinya agar pandai berbelanja serta tidak boros dengan duit suami supaya dapat dimanfaatkan pada perkara yang betul.
“Kita sebagai bini yang tak bekerja ni, kena pandai menyimpan. Ikut kemampuan laki. Janganlah lelaki tak mampu hang sibuk nak mewah untuk menunjuk-nunjuk nampak mahal. Konon nampak class (kalau laki betul kaya takpe)
“Nak handbag mewah, baju mewah, kereta mewah dan emas penuh lutut. Yang nak menanggung, semua suami,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Aku sendiri tak suka benda-benda tu tapi kalau invest untuk beli tanah/property, aku setuju. Bukan senang tapi kena pandai. Isteri pegang duit suami, tak salah tapi bukan untuk kegunaan sendiri tapi masa hadapan.”
“Dari duit selit aku dari awal, terbinalah Rindu Villa. Masing-masing punya minat la kan tapi jangan menyusahkan orang. Itu sahaja,” ujarnya lagi.
Rata-rata warga maya menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Naquia dan Black terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.
Sekadar informasi, Naquia dan Black telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyan.
Tak ada rumahtangga yang sempurna kerana kita juga bukan insan yang sempurna. Maka saling bertolak ansurlah dalam menguruskan rumah tangga bersama.
Jangan hanya meletakkan rasa kepenatan itu kepada sebelah pihak saja. Biar sama-sama penat menguruskan anak dan rumah tangga.
Paling penting jangan meletakkan tanda aras sempurna dalam semua perkara. Terima seadanya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin.
“Kau penat, aku pun penat…” Dalam rumahtangga, kalau kita nak lawan sapa yang lagi penat, sapa yang lagi banyak buat keje, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.
Prinsip rumahtangga saya, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal, jangan paksa diri, jangan nak perfect.
“Malam ni masak apa…?” Wife jawab tak tahu lagi, tak decide lagi sebab tengah ajar anak buat keje sekolah. Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai ja rumah, tengok baju masih kat ampaian. Panggil anak, mintak dia ambik bakul, saya kutip, bawak masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.
Boleh ja saya balik rumah pastu tanya,”kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerje kot, takkan balik rumah kena buat macam-macam lagi.
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang. Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa.
Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT APA-APA.
Larat kemas, kemas, tak larat biar bersepah. Larat masak, masak. Tak larat kita tapau luar. Larat lipat baju, lipat…tak larat, esok kita buat.
Ada yang jenis nak perfect, nak siapkan jugak walaupun tak sempat…boleh, teruskan dan buatlah. Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu.
Dalam rumahtangga ni, penat tu dua-dua kena rasa. Kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumahtangga tu TENAT…✌️
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.