Ada ibu-ibu yang tidak setuju membiarkan anak makan sendiri, menyuap sendiri kerana dilihat suatu pembaziran dan akan mengotorkan tempat. Ada ibu-ibu yang merasakan itu salah satu bentuk pelajaran buat anak mereka.
Apapun pendapat ibu-ibu, ianya tetap ada “Pros and Cons” dalam kedua-dua kaedah. Ikuti perkongsian Dietitian Fizah Sobri mengenai kedua-dua kaedah ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari berkongsi tentang bahaya pemberian madu lebah kepada bayi yang berusia bawah 1 tahun.
Mungkin ramai ibu bapa yang belum mengetahui kesan bahaya madu lebah kepada bayi dibawah satu tahun. Ikuti perkongsian daripada Dr Izzar berkenaan madu lebah ini.
“Bahaya beri bayi makan madu. Haa, ramai orang dok kasi madu lebah sebagai doorgift ye sekarang. Penat saya memikir kenapa.”
“Madu tu kita tau memang pemanis semulajadi yang baik untuk kita.Tetapi, bagi baby normal (1 tahun ke bawah), ia merupakan RACUN untuk depa. Awat pulak? Meh saya cerita”
“Madu ni sebenarnya mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum. Untuk kanak-kanak besar dan dewasa, salur penghadaman kita sememangnya boleh mencerna/memproses spora tersebut”
“Tetapi buat baby-baby ni, masalah akan terjadi sebab sistem penghadaman baby belum cukup matang dan ini boleh menyebabkan baby mendapat BOTULISM”
“BOTULISM ni memberi kesan kepada sistem saraf baby yang boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Botulism ni jarang berlaku, tapi kalau kena memang boleh MENGANCAM NYAWA”
“Dekat USA ada company menjual pacifier berisi madu (honey pacifier) kepada baby-baby. Terus naik kes botulism kat sana.Rata-rata parents sana tak tahu bahaya madu untuk baby mereka. Harap-harap tak masuk Malaysia produk tu”
“So kepada parents, elakkan la kasi baby tu makanan yang ada madu (madu asli/ madu proses). Makanan yang dah bakar dengan madu pun elakkan ye. Sebab spora Colostrium botolinum ni memang tahan panas”
Diharapkan penjelasan daripada Dr Izzar sedikit sebanyak boleh memberi ilmu pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan bayi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Makanan memainkan peranan yang besar dalam tumbesaran anak. Begitu juga bagi menjadikan otak dan minda mereka berkembang menjadi lebih bijak dan cemerlang. Semuanya datangnya daripada makanan yang sihat.
Namun memujuk anak yang tidak makan bukanlah satu hal yang mudah. Apabila anak semakin membesar, bertambah aktif bermain dan bereksplorasi, pengambilan makanan mereka juga mulai tidak teratur. Anak juga sudah pandai memilih makanan kegemaran malah sudah pandai menolak untuk makan.
Menurut Pn Puan Ruqayyah Muhammad, Pegawai Dietetik daripada Hospital USM, pemakanan yang tidak seimbang untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan pertumbuhan anak terganggu dan menyebabkan berat badan tidak naik dengan baik.
Anak-anak perlu mengambil pemakanan yang optimum bagi menyokong proses tumbesaran dan perkembangan mereka. Semakin anak membesar, semakin tinggi keperluan mereka. Penting untuk mula ajar anak cara pemakanan yang betul dan seimbang agar anak membesar menjadi individu yang lebih sihat.
Antara tips yang boleh diambil adalah :
1. Mulakan dengan menyediakan makanan dengan tetap pada waktunya.
• Galakkan pengambilan makan 3 kali waktu utama, dan 2 kali snek di dalam sehari. Anak kecil tidak makan dengan banyak, maka waktu makan perlu diberi dengan lebih kerap antara 2-3 jam selang masa, agar anak mendapat nutrien secukupnya.
2. Pelbagaikan pilihan makanan dan masakan anak agar tidak bosan dan jemu dengan pilihan yang sama.
• Ini akan menggalakkan anak mendapat pelbagai nutrien yang berbeza pada setiap kali waktu makannya.
• Elakkan hanya mengambil satu jenis lauk atau sayur sahaja berulang-ulangkali. Sebagai contoh, sediakan masakan ayam pada waktu tengah hari , dan ikan pada waktu malam. Begitu juga dengan buah dan sayur-sayuran.
• Elakkan menghindari dari tidak memberi makanan yang tidak digemari oleh ibu ayah. Biarkan anak membuat pilihan makanan kegemaran mereka sendiri.
3. Pastikan hidangan anak mempunyai sumber karbohidrat seperti pasta atau mihun, hidangan protein seperti ayam atau daging, dan sayur-sayuran yang dipelbagaikan agar anak mendapat nutrien yang mencukupi biarpun diambil dalam kuantiti yang sedikit. Ikut konsep suku-suku separuh di dalam setiap hidangan anak.
4. Sediakan snek yang sihat dan berkualiti tinggi di antara waktu makan.
• Elakkan snek yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak seperti makanan ringan. Makanan dan minuman tinggi kandungan gula akan menggalakakn rasa kenyang kepada anak dan menyebabkan anak kurang mengambil makanan berkhasiat.
• Elakkan pemberian snek terlalu dekat dengan waktu makan utama kerana ini akan mengurangkan anak mengambil makanan pada waktunya. Jarakkan sekurangnya 1 -2 jam sebelum waktu makan utama.
• Pemberian snek yang tinggi protein seperti dadih, kekacang seperti kacang rebus dan goreng juga adalah lebih bagus berbanding biskut.
5. Pastikan anak makan secukupnya. Sekiranya hidangan yang diberikan terlalu besar, kurangkan kuantiti agar anak dapat menghabiskan makanannya.
• Pemberian makanan perlu diberikan dengan lebih kerap andai anak makan dalam jumlah yang sedikit.
6. Sediakan makanan dalam bentuk yang mudah diambil dan cepat dimakan. Anak-anak biasanya mahu segera makan kerana mahu bermain. Makanan yang mengambil waktu yang lama untuk dihabiskan akan membuatkan mereka cepat bosan dan enggan menghabiskan hidangan yang disediakan.
• Sediakan makanan yang mempunyai tekstur yang lembut, berkuah dan mudah dikunyah.
• Cincang atau dadukan sayur-sayuran sekiranya anak enggan makan sayur.
• Racikkan ayam atau cincang ayam agar anak mudah menelannya.
• Elakkan pemberian makanan yang pedas, terlalu berherba dan berempah.
• Makanan dalam bentuk jejari misalannya lebih mudah diambil oleh anak. Seperti bebola ayam, daging, jejari ikan dan nuget ayam. Tambahkan sayur-sayuran dan kentang ke dalam hidangan bagi memastikan makanan lebih seimbang di dalam satu hidangan.
7. Sekiranya anak sering memilih makanannya, cuba gantikan makanan tersebut dengan kumpulan makanan yang sama. Sebagai contoh, anak kurang gemar mengambil nasi, maka gantikan dengan mi, pasta dan sebagainya. Hidangkan di dalam bentuk yang lebih menarik agar mereka teruja untuk mencuba.
Pemakanan yang sihat dan seimbang akan membantu anak menjadi lebih sihat dan bijak. Anak yang mempunyai status pemakanan yang baik, lebih mudah fokus dan berkembang fungsi kongnitifnya. Mulakan pemberian makanan yang sihat dan seimbang sejak dari kecil agar mereka membesar menjadi individu yang sihat dan aktif.
Contoh Sajian Dan Hidangan Makanan Untuk Anak Sehari :
Sarapan
* 1 cawan bubur nasi bersama sayur dan 2 sudu isi ayam/ikan bilis @
* Roti 1 keping bersama 1biji telur hancur bersama sayur
Minum pagi
* 1 keping makaroni bakar @
* Bergedil daging/tauhu/ayam @
* Jejari ayam dan kentang lecek bersama 1 cawan susu.
Makan tengah hari
½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
4 -8 biji bebola ikan/daging dimasak sup
Sayur didadukan atau dicincang
1 hiris buah betik/tembikai
Minum petang
* Satu mangkuk bubur jagung/kacang hijau/kacang merah
* Atau – 1 keping puding roti, 1 cawan susu
Makan malam
* ½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
* 2 sudu besar isi ayam dicincang
* Sayur didadukan atau dicincang
* Kebab buah-buahan (hirisan pelbagai potongan buah-buahan)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari.
Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh.
Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene.
Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi.
Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung. Minumlah segelas kecil air tembikai. Jangan berlebihan.
Selamat berbuka dan Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...