Makanan memainkan peranan yang besar dalam tumbesaran anak. Begitu juga bagi menjadikan otak dan minda mereka berkembang menjadi lebih bijak dan cemerlang. Semuanya datangnya daripada makanan yang sihat.

Namun memujuk anak yang tidak makan bukanlah satu hal yang mudah. Apabila anak semakin membesar, bertambah aktif bermain dan bereksplorasi, pengambilan makanan mereka juga mulai tidak teratur. Anak juga sudah pandai memilih makanan kegemaran malah sudah pandai menolak untuk makan.

Puas Pujuk, Masih Tak Mahu Makan, Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat, Baru Anak Terbiasa!

Menurut Pn Puan Ruqayyah Muhammad, Pegawai Dietetik daripada Hospital USM, pemakanan yang tidak seimbang untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan pertumbuhan anak terganggu dan menyebabkan berat badan tidak naik dengan baik.

Anak-anak perlu mengambil pemakanan yang optimum bagi menyokong proses tumbesaran dan perkembangan mereka. Semakin anak membesar, semakin tinggi keperluan mereka. Penting untuk mula ajar anak cara pemakanan yang betul dan seimbang agar anak membesar menjadi individu yang lebih sihat.

Puas Pujuk, Masih Tak Mahu Makan, Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat, Baru Anak Terbiasa!

Antara tips yang boleh diambil adalah :

1. Mulakan dengan menyediakan makanan dengan tetap pada waktunya.
• Galakkan pengambilan makan 3 kali waktu utama, dan 2 kali snek di dalam sehari. Anak kecil tidak makan dengan banyak, maka waktu makan perlu diberi dengan lebih kerap antara 2-3 jam selang masa, agar anak mendapat nutrien secukupnya.

2. Pelbagaikan pilihan makanan dan masakan anak agar tidak bosan dan jemu dengan pilihan yang sama.
• Ini akan menggalakkan anak mendapat pelbagai nutrien yang berbeza pada setiap kali waktu makannya.
• Elakkan hanya mengambil satu jenis lauk atau sayur sahaja berulang-ulangkali. Sebagai contoh, sediakan masakan ayam pada waktu tengah hari , dan ikan pada waktu malam. Begitu juga dengan buah dan sayur-sayuran.
• Elakkan menghindari dari tidak memberi makanan yang tidak digemari oleh ibu ayah. Biarkan anak membuat pilihan makanan kegemaran mereka sendiri.

IKLAN

Puas Pujuk, Masih Tak Mahu Makan, Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat, Baru Anak Terbiasa!

3. Pastikan hidangan anak mempunyai sumber karbohidrat seperti pasta atau mihun, hidangan protein seperti ayam atau daging, dan sayur-sayuran yang dipelbagaikan agar anak mendapat nutrien yang mencukupi biarpun diambil dalam kuantiti yang sedikit. Ikut konsep suku-suku separuh di dalam setiap hidangan anak.

4. Sediakan snek yang sihat dan berkualiti tinggi di antara waktu makan.
• Elakkan snek yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak seperti makanan ringan. Makanan dan minuman tinggi kandungan gula akan menggalakakn rasa kenyang kepada anak dan menyebabkan anak kurang mengambil makanan berkhasiat.
• Elakkan pemberian snek terlalu dekat dengan waktu makan utama kerana ini akan mengurangkan anak mengambil makanan pada waktunya. Jarakkan sekurangnya 1 -2 jam sebelum waktu makan utama.
• Pemberian snek yang tinggi protein seperti dadih, kekacang seperti kacang rebus dan goreng juga adalah lebih bagus berbanding biskut.

5. Pastikan anak makan secukupnya. Sekiranya hidangan yang diberikan terlalu besar, kurangkan kuantiti agar anak dapat menghabiskan makanannya.
• Pemberian makanan perlu diberikan dengan lebih kerap andai anak makan dalam jumlah yang sedikit.

6. Sediakan makanan dalam bentuk yang mudah diambil dan cepat dimakan. Anak-anak biasanya mahu segera makan kerana mahu bermain. Makanan yang mengambil waktu yang lama untuk dihabiskan akan membuatkan mereka cepat bosan dan enggan menghabiskan hidangan yang disediakan.
• Sediakan makanan yang mempunyai tekstur yang lembut, berkuah dan mudah dikunyah.
• Cincang atau dadukan sayur-sayuran sekiranya anak enggan makan sayur.
• Racikkan ayam atau cincang ayam agar anak mudah menelannya.
• Elakkan pemberian makanan yang pedas, terlalu berherba dan berempah.
• Makanan dalam bentuk jejari misalannya lebih mudah diambil oleh anak. Seperti bebola ayam, daging, jejari ikan dan nuget ayam. Tambahkan sayur-sayuran dan kentang ke dalam hidangan bagi memastikan makanan lebih seimbang di dalam satu hidangan.

Puas Pujuk, Masih Tak Mahu Makan, Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat, Baru Anak Terbiasa!

IKLAN

7. Sekiranya anak sering memilih makanannya, cuba gantikan makanan tersebut dengan kumpulan makanan yang sama. Sebagai contoh, anak kurang gemar mengambil nasi, maka gantikan dengan mi, pasta dan sebagainya. Hidangkan di dalam bentuk yang lebih menarik agar mereka teruja untuk mencuba.

Pemakanan yang sihat dan seimbang akan membantu anak menjadi lebih sihat dan bijak. Anak yang mempunyai status pemakanan yang baik, lebih mudah fokus dan berkembang fungsi kongnitifnya. Mulakan pemberian makanan yang sihat dan seimbang sejak dari kecil agar mereka membesar menjadi individu yang sihat dan aktif.

Puas Pujuk, Masih Tak Mahu Makan, Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat, Baru Anak Terbiasa!

Contoh Sajian Dan Hidangan Makanan Untuk Anak Sehari :

Sarapan
* 1 cawan bubur nasi bersama sayur dan 2 sudu isi ayam/ikan bilis @
* Roti 1 keping bersama 1biji telur hancur bersama sayur

IKLAN

Minum pagi
* 1 keping makaroni bakar @
* Bergedil daging/tauhu/ayam @
* Jejari ayam dan kentang lecek bersama 1 cawan susu.

Makan tengah hari
½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
4 -8 biji bebola ikan/daging dimasak sup
Sayur didadukan atau dicincang
1 hiris buah betik/tembikai

Minum petang
* Satu mangkuk bubur jagung/kacang hijau/kacang merah
* Atau – 1 keping puding roti, 1 cawan susu

Makan malam
* ½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
* 2 sudu besar isi ayam dicincang
* Sayur didadukan atau dicincang
* Kebab buah-buahan (hirisan pelbagai potongan buah-buahan)

Artikel berkaitan: Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin, Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak

7 Cara Naikkan Berat Anak Underweight, Nak Bagi Nasi Butter Boleh Tapi Berpada-Pada

Puas Pujuk, Masih Tak Mahu Makan, Dari Kecil Kena Atur Jadual Tepat, Baru Anak Terbiasa!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI