Setiap kali menimbang berat badan anak, menjadi kepuasan berganda bagi ibu bapa kerana berjaya menaikkan berat badan anak. Namun bila mana anak mengalami penurunan dalam jumlah berat badan, ibu bapa mula merasa risau.

Pengambilan vitamin terutama multivitamin seakan sudah menjadi sebati bagi ibu bapa kerana merasakan ianya sangat membantu kenaikan berat badan anak.

Menurut Dietition, Puan Nor Hafizah Mohamad Sobri, pengambilan multivitamin tidak membantu kenaikan berat badan anak. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sememangnya adalah jalan terbaik membantu kenaikan berat anak.

Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin, Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak

Jadi anak perlu diberikan rutin pemakanan yang sihat setiap hari dan bukannya bergantung kepada multivitamin setiap hari. Anak perlu makan.

Ibu bapa perlu faham apakah itu multivitamin. Multivitamin adalah gabungan micronutrient (vitamin dan mineral) untuk bantu menambah kekurangan zat yang dialami oleh anak kecil.

Untuk menambah dan menaikkan berat badan, anak kecil perlu mendapat kalori yang mencukupi yang mana terdiri dari gabungan macronutrient (carbohydrate, protein dan lemak). Micronutrient tidak menyumbang kepada kalori yang cukup untuk menaikkan berat badan anak.

Multivitamin Tingkatkan Selera Makan Anak?
Jika multivitamin tidak membantu dalam penambahan berat anak, mengapa multivitamin ini dikatakan mampu meningkatkan selera makan anak?

IKLAN

Menurut Puan Fizah, dengan pengambilan multivitamin sebenarnya dapat memperbaiki masalah akibat pengurangan zat yang secara tidak langsung menyumbang kepada kurang selera makan.

Contoh 1
Kurang zat besi. Ini akan menyebabkan iron deficiency anemia dan menyebabkan anak cepat penat, mudah mengantuk dan ini akan membantut selera makan. Apabila anak mengambil multivitamin, zat besi mencukupi maka anemia dapat dibetulkan.

Contoh 2
Vitamin B complex, vitamin C dapat menguatkan imun badan dan mengurangkan kemungkinan anak lebih mudah terkena sakit seperti demam, selsema dan batuk. Secara logiknya apabila anak kurang dijangkiti penyakit, anak pastinya akan lebih berselera untuk makan

Contoh 3
Kalsium, magnesium dan vitamin D penting untuk pertumbuhan otot dan tulang. Apabila anak mula merasa kuat dan tidak lemah (muscle stength sangat bagus) anak akan menjadi lebih bertenaga dan makin berselera untuk makan.

Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin, Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak

IKLAN

Semua kondisi di atas adalah disebabkan tidak cukup zat dan disebabkan apabila anak tidak cukup makan atau makanan yang diambil tidak seimbang.

3 Tip Mudah Naikkan Berat Anak
Ibu bapa seharusnya berpegang kepada prinsip iaitu memastikan anak makan tiga gabungan utama iaitu karbohidrat, protein dan serat setiap kali makan makanan yang berat.

Jika memilih roti, sediakanlah roti sandwhich yang sihat untuk anak, jangan hanya sekadar menyapu roti dengan marjerin sahaja buat anak.

Begitu juga dengan pasta. Sebaiknya sediakan pasta seperti carbonara, bolognis atau sup yang mempunyai sayur-sayuran dan ayam sebagai sumber protein.

IKLAN

Bukan hanya 6 kali sehari bahkan jika anak suka makan, selang selikan dengan snek sihat seperti buah yang sihat lagi mengenyangkan anak.

Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin, Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak

Hakikatnya, jika anak berselera untuk makan malah mengambil ketiga-tiga komponen ini, pengambilan multivitamin sebenarnya tidak diperlukan. Didiklah anak untuk makan dengan kadar mencukup, sihat dan berkhasiat.

Artikel berkaitan: Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

Terlalu Kurus Ini Cara Mama Perlu Praktikkan Untuk Tingkatkan Perkembangan Berat Badan Anak

Naikkan Berat Anak Bukan Dengan Multivitamin, Ini Cara Tepat Naikkan Berat Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI