Aliran trafik dilaporkan mula sesak di beberapa lebuh raya utama hari ini, seiring dengan pertambahan kenderaan disebabkan cuti ganti Hari Merdeka yang jatuh pada hari Isnin. Ramai yang mula bercuti atau pulang ke kampung awal untuk menikmati percutian lebih panjang.
Tinjauan melalui CCTV Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mencatatkan, sepanjang pagi, trafik perlahan di susur masuk Plaza Tol Gombak dan Genting Sempah apabila ramai mula bergerak keluar dari arah timur. Keadaan ini berlarutan hingga lewat pagi, sebelum perlahan-lahan bertambah lancar selepas Plaza Tol Bentong.
Di Lebuhraya Utara–Selatan pula, peningkatan kenderaan dilihat di Tapah dan Slim River (arah utara), manakala arah selatan mencatat aliran tinggi tetapi masih terkawal di Bangi, Seremban dan Nilai.
Dalam kenyataannya, Plus Malaysia Berhad menjangka peningkatan trafik mencecah sekitar 2.2 juta kenderaan sehari menjelang cuti ganti Hari Merdeka dan pada 1 September, dan menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan lebih awal untuk mengurangkan kesesakan, sekaligus memastikan perjalanan lebih selesa dan lancar.
Kepentingan Keselamatan Jalan Raya Semasa Perjalanan Pulang
Bagi mereka yang memandu bersama keluarga — termasuk kanak-kanak dan warga emas — keselamatan jalan raya mesti dijadikan keutamaan. Berikut adalah beberapa langkah penting yang perlu diberi perhatian:
Ads
1. Rancang Perjalanan Anda
Semak keadaan trafik sebelum bergerak, termasuk kamera CCTV lebuh raya atau aplikasi trafik seperti Waze/Google Maps.
Pilih waktu bergerak yang kurang sesak, seperti awal pagi atau selepas waktu puncak petang.
Rancang rehat di hentian rehat (R&R) yang strategik untuk mengelakkan keletihan.
2. Pastikan Kenderaan Dalam Keadaan Baik
Ads
Lakukan pemeriksaan awal: minyak enjin, air penyejuk, tayar (cacing dan tekanan), brek serta lampu isyarat.
Bawa alat kecemasan asas seperti kit pertolongan cemas, lampu suluh, kabel jumper dan kit tayar pancit.
3. Patuhi Peraturan Jalan Raya
Kekal dalam had laju yang dibenarkan — khususnya ketika melalui plaza tol dan kawasan bandar.
Sentiasa pasang tali pinggang keledar—untuk semua penumpang, termasuk kanak-kanak di tempat duduk belakang.
Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu; jika perlu hubungi, gunakan sistem ‘hands free’.
4. Bawa Snek & Air Cukup
Ads
Sediakan snek yang ringkas dan minuman — ini membantu mengurangkan kekerapan berhenti, di samping mengelakkan keletihan.
Rancang pemberhentian di kawasan selamat untuk rehat dan segar semula jika memandu jarak jauh.
Ketahui laluan alternatif sekiranya berlaku kesesakan atau kemalangan di laluan utama.
Aplikasi navigasi masa sebenar sangat berguna untuk menukar laluan secara dinamik mengikut keadaan trafik semasa.
Dalam kesibukan merancang percutian, keselamatan di jalan raya tidak boleh dipandang ringan. Rancang perjalanan dengan teliti, pastikan kenderaan diselenggara dengan baik, dan patuhi peraturan trafik.
Ingat, bukan sahaja keselamatan diri yang dipertaruhkan, tetapi juga nyawa insan tersayang yang bersama anda dalam kenderaan.
Semoga perjalanan anda lancar, selamat dan membawa seribu makna sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stretch mark tu bukan dosa besar pun tapi kalau boleh elak, siapa tak nak kan? Garis halus yang tiba-tiba muncul kat perut, peha, atau punggung masa bayi tengah membesar tu kadang buat kita rasa down. No worries mama! Jom try 5 tip mudah ni, confirm kulit kekal anjal dan glowing sepanjang 9 bulan yang penuh magik ni!
Mula amalkan dari trimester pertama lagi, jangan tunggu perut dah besar baru nak cari losen. Pilih yang kaya dengan vitamin E, shea butter, atau cocoa butter. Lepas mandi, sapu terus kat kawasan ‘hotspot’ macam perut, dada, peha & punggung. Antara bahan semula jadi yang boleh mama gunakan untuk dioleskan pada selulit adalah seperti:
Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kulit yang cukup air membantu untuk kulit lebih sihat dan tak mudah ‘koyak’ bila perut mula membulat. Bonus: Kurang sembelit dan badan pun rasa ringan je!
Kalau mama tak berapa pasti cara betul untuk kira waktu subur, tonton video ini:
Nak kulit cantik, kena makan banyak buah-buahan dan sayur. Fokus pada makanan kaya antioksidan, vitamin C & kolagen seperti:
Bila kulit makin tegang, memang rasa nak garu tu tinggi. Tahan okay! Bila menggaru boleh rosakkan kulit. Guna gel aloe vera atau minyak kelapa untuk lega dan tenangkan rasa gatal tu.
Bukan tak boleh makan, tapi kena berpada-pada. Bila berat naik terlalu cepat menyebabkan risiko berlakunya stretch mark lebih tinggi.
Stretch mark tu tanda pengorbanan seorang ibu, tapi tak salah kalau kita usaha untuk jaga kulit dari awal. Bila kulit sihat, kita pun rasa lebih yakin, glowing, dan gembira! Semua wanita hamil cantik, biarpun berlaku banyak perubahan fizikal.
Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak membesar sebagai individu yang yakin, bertanggungjawab dan mampu menguruskan diri sendiri. Namun, didik anak berdikari bukanlah sesuatu yang berlaku secara automatik apabila mereka meningkat dewasa.
Sebaliknya, sikap berdikari perlu dibentuk sejak kecil melalui rutin harian, peluang membuat pilihan serta pengalaman menyelesaikan masalah sendiri.
Ada kalanya ibu ayah terlalu cepat membantu kerana tidak mahu anak susah, kecewa atau mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan sesuatu. Walaupun niatnya baik, terlalu banyak bantuan boleh menyebabkan anak bergantung kepada orang lain dan kurang yakin dengan kemampuan diri.
Mendidik anak berdikari bukan bermaksud membiarkan mereka melakukan semuanya tanpa pemantauan. Ibu ayah masih perlu membimbing, mengajar dan memastikan tugasan yang diberikan sesuai dengan usia serta tahap perkembangan anak.
Berikut ialah 10 cara yang boleh diamalkan untuk membantu anak membesar sebagai individu yang lebih berdikari.
Kadangkala lebih mudah dan cepat sekiranya ibu ayah melakukan sesuatu bagi pihak anak. Namun, cara tersebut tidak memberikan peluang kepada anak untuk belajar.
Mulakan dengan menunjukkan cara melakukan sesuatu, kemudian bimbing anak untuk mencubanya sendiri. Contohnya, anak boleh belajar memakai kasut, mengemas mainan, menyikat rambut atau menuang air ke dalam cawan.
Walaupun hasilnya mungkin tidak sempurna, pengalaman tersebut membantu membina keyakinan dan kemahiran anak.
Elakkan mengambil alih hanya kerana anak melakukan sesuatu dengan perlahan. Berikan masa dan galakan supaya mereka terus mencuba.
Setiap ahli keluarga tinggal di dalam rumah yang sama, maka setiap orang juga boleh memainkan peranan untuk menjaga kebersihan dan keselesaan rumah.
Tugasan rumah membantu anak memahami bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga.
Bagi anak yang lebih besar, mereka boleh membantu menyapu lantai, membasuh pinggan, melipat pakaian atau menyediakan bahan masakan.
Tugasan ini bukan sekadar meringankan kerja ibu ayah, malah membantu didik anak berdikari, disiplin dan rasa hormat terhadap usaha orang lain.
Anak bukan sahaja perlu cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga perlu menguasai kemahiran asas yang akan digunakan sepanjang kehidupan.
Antara kemahiran penting yang boleh diajar secara berperingkat ialah memasak makanan mudah, membasuh pakaian, menjaga kebersihan diri, mengemas ruang sendiri serta menguruskan wang.
Ibu ayah juga boleh mengajar anak membezakan antara keperluan dan kehendak. Berikan tabung simpanan dan galakkan mereka menyimpan sebahagian daripada wang saku.
Pengetahuan mengenai cara menyimpan, berbelanja dan membuat pilihan kewangan akan membantu anak menjadi orang dewasa yang lebih bertanggungjawab.
Apabila anak diberi peluang menjaga orang lain, mereka belajar mengenai tanggungjawab, empati dan keperluan untuk memikirkan perasaan individu lain.
Ibu ayah boleh memberikan tugasan mudah seperti menyiram pokok, memberi makan haiwan peliharaan atau membantu menyediakan keperluan adik.
Namun, tanggungjawab menjaga adik perlu diberikan mengikut usia dan kemampuan anak. Anak yang lebih tua tidak sepatutnya dipaksa mengambil alih tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya.
Tujuannya adalah untuk mengajar sifat prihatin, bukannya membebankan anak.
Apabila anak bergaduh dengan adik-beradik atau rakan, ibu ayah mungkin terdorong untuk terus campur tangan dan menentukan siapa yang betul.
Namun, anak juga perlu belajar cara menyelesaikan konflik sendiri.
Ajarkan mereka untuk mendengar, bercakap dengan tenang, meminta maaf, bertolak ansur dan mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.
Sebagai contoh, tanyakan:
“Macam mana kamu rasa masalah ini boleh diselesaikan?”
“Apakah pilihan yang adil untuk kamu berdua?”
Melalui latihan ini, anak akan lebih bersedia menangani perselisihan tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang dewasa.
Anak perlu diberi ruang untuk membuat beberapa pilihan sendiri.
Bagi anak kecil, ibu ayah boleh memberikan dua pilihan yang mudah seperti memilih antara dua pasang pakaian, menentukan buku yang mahu dibaca atau memilih buah untuk dimakan.
Anak yang lebih besar pula boleh dilibatkan dalam keputusan berkaitan aktiviti kokurikulum, jadual belajar atau cara menghias bilik sendiri.
Memberikan pilihan membantu anak memahami bahawa setiap keputusan mempunyai kesan dan tanggungjawab.
Selain itu, beri anak ruang bersendirian apabila mereka memerlukannya. Masa bersendirian yang selamat boleh membantu anak mengenali emosi, berfikir dan merancang sesuatu dengan lebih baik.
Anak memerlukan keyakinan daripada ibu ayah sebelum mereka mampu mempercayai kebolehan diri sendiri.
Tunjukkan bahawa ibu ayah percaya mereka boleh mencuba dan menyelesaikan sesuatu.
Daripada berkata, “Tak payahlah, nanti tumpah,” cuba katakan, “Cuba buat perlahan-lahan. Mama percaya kamu boleh.”
Apabila memberikan pujian, fokuskan kepada usaha, kesungguhan dan proses pembelajaran, bukan hanya kejayaan.
“Kamu bersungguh-sungguh siapkan kerja itu.”
“Walaupun susah, kamu tetap cuba.”
Pujian terhadap usaha membantu anak memahami bahawa kesilapan bukan kegagalan, tetapi sebahagian daripada proses belajar.
Ibu ayah tidak perlu terus tampil menyelamatkan anak setiap kali mereka menghadapi masalah.
Sebaliknya, bantu anak memikirkan cara untuk menyuarakan keperluan, perasaan atau pendapat dengan sopan dan jelas.
Sebagai contoh, sekiranya anak diganggu rakan, ajarkan ayat:
“Saya tidak suka awak buat begitu. Tolong berhenti.”
Sekiranya anak tidak memahami pelajaran, galakkan mereka bertanya kepada guru sendiri.
Ibu ayah juga boleh melakukan latihan lakonan di rumah supaya anak lebih bersedia menghadapi situasi sebenar.
Kemahiran ini membantu didik anak berdikari dan mempertahankan hak mereka secara sopan.
Perkembangan berlaku apabila anak berani mencuba sesuatu yang baharu walaupun mereka mungkin berasa takut atau tidak yakin.
Galakkan anak menyertai aktiviti, bercakap di hadapan kelas, mencuba sukan baharu atau berkenalan dengan rakan baharu.
Namun, jangan memaksa atau memperlekehkan ketakutan mereka.
“Mama tahu kamu gementar, tetapi kamu boleh cuba sedikit demi sedikit.”
Keberanian bukan bermaksud anak tidak berasa takut, tetapi tetap mencuba walaupun takut.
Kesilapan ialah sebahagian daripada proses pembelajaran.
Sekiranya ibu ayah sentiasa menghalang anak daripada melakukan kesilapan, mereka mungkin membesar dengan rasa takut untuk mencuba perkara baharu.
Biarkan anak mengalami akibat semula jadi yang selamat daripada pilihan mereka.
Contohnya, jika anak terlupa membawa botol air selepas diingatkan, pengalaman berasa dahaga boleh membantu mereka lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.
Namun, ibu ayah tetap perlu campur tangan sekiranya kesilapan tersebut boleh membahayakan keselamatan, kesihatan atau kesejahteraan anak.
Selepas berlaku kesilapan, tanyakan:
“Apa yang kamu belajar daripada perkara ini?”
“Apakah yang kamu boleh lakukan dengan cara berbeza selepas ini?”
Cara ini membantu didik anak berdikari dengan menjadikan kegagalan sebagai peluang untuk belajar.
Anak yang berdikari masih memerlukan kasih sayang, perhatian dan bimbingan daripada ibu ayah.
Matlamatnya bukan untuk menjadikan anak terlalu cepat dewasa, tetapi menyediakan mereka dengan kemahiran dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan mengikut tahap usia.
Mulakan dengan perkara kecil dan berikan masa kepada anak untuk belajar. Mungkin mereka akan melakukan kesilapan, mengambil masa yang lebih lama atau menghasilkan sesuatu yang kurang sempurna.
Namun, daripada pengalaman itulah mereka belajar menjadi lebih yakin, bertanggungjawab dan mampu menguruskan diri.
Ibu ayah tidak perlu sentiasa menyediakan jalan yang mudah untuk anak. Sebaliknya, ajarkan mereka cara melangkah, membuat pilihan dan bangkit semula apabila tersilap. Dengan pendekatan yang konsisten, usaha didik anak berdikari akan memberi manfaat besar apabila mereka membesar kelak.
Memilih sekolah pertama untuk anak sememangnya begitu menyukarkan. Mana tidaknya, ia pasti menjadi sekolah yang begitu memberi kesan dan menampakkan perkembangan baik pada anak kita. Jadi tidak hairanlah mak ayah mahukan sekolah yang benar-benar berkualiti untuk anak.
Soalnya sekolah dan tadika bagaimana menjadi pilihan mak ayah dan apa kriteria sekolah tadika terbaik yang menjadi pilihan ibu bapa?
Terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh dianggap sebagai tanda-tanda tadika terbaik di Malaysia.
Namun, perlu diingat bahawa definisi “terbaik” mungkin berbeza bagi setiap keluarga bergantung kepada keperluan dan keutamaan masing-masing. Berikut adalah beberapa ciri yang boleh diambil kira ketika memilih tadika terbaik buat anak anda.
Kualiti pengajaran dan kurikulum
Semasa meninjau dan meneliti sesebuah tadika, periksa dahulu silibus dan kurikulum sekolah berkenaan. Teliti satu persatu setiap subjek dan cara pembelajaran buat anak-anak. Jika boleh minta jadual secara terperinci.
Guru yang berkelayakan dan berpengalaman juga menjamin kualiti sesebuah tadika yang baik untuk anak. Malah cara pembelajaran yang seimbang dengan kemahiran serta mampu mengasah bakat anak menjadi pilihan utama.
Infrastruktur dan kemudahan
Bagi meneliti tadika yang baik, pastikan tadika tersebut mempunyai kemudahan dan infrastruktur terbaik seperti alat bantuan mengajar, kelengkapan anak untuk belajar, tandas, kantin dan sebagainya berada di tahap paling terbaik. Semua ini membantu anak belajar dengan selesa.
Periksa juga kesemua bilik kelasnya samada ia bersih, ceria, dan selamat untuk anak-anak sepanjang di sekolah. Jangan dilupakan protokol atau sistem keselamatan seperti CCTV agar ibu ayah dapat memantau dan merasa selamat sepanjang anak belajar.
Aktiviti pembelajaran kreatif
Pastikan silibus pembelajaran dan program yang kreatif dan inovatif diperkenalkan pada anak seperti aktiviti-aktiviti luar yang menyokong perkembangan holistik kanak-kanak, seperti seni, muzik, dan sukan. Ini pula antara contoh aktiviti yang kreatif dan pelbagai untuk anak.
Membolehkan kanak-kanak bermain peranan untuk mengembangkan kreativiti dan kemahiran sosial.
Aktiviti melukis, mewarna, dan membuat kraftangan untuk merangsang perkembangan seni dan kemahiran motor halus anak. Penggunaan bahan kreatif seperti tanah liat, kertas, dan barang kitar semula digunakan secara menyeluruh sebagai tujuan rangsangan sensori untuk anak.
Memperkenalkan eksperimen sains yang mudah dan sesuai untuk kanak-kanak prasekolah bagi menarik perhatian mereka disamping daya berfikir ketika latihan. Tidak ketinggalan seperti pendedahan kepada alam sekitar, seperti menyemai benih dan merawat taman tadika.
Bukan namanya kanak-kanak tanpa permainan dan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal dan sukan perlu untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan perkembangan motor kasar. Aktiviti permainan bola, merentas desa, dan bermain di taman permainan antara pembelajaran perlu ada.
Aktiviti muzik seperti nyanyian, bermain alat muzik kecil, dan menari untuk merangsang perkembangan seni dan koordinasi gerak. Melalui aktiviti ini kanak-kanak boleh mempelajari melodi, ritma, dan elemen-elemen muzik sederhana.
Memilih tadika yang sesuai adalah keputusan penting yang memerlukan kajian menyeluruh dan pertimbangan berdasarkan keperluan dan nilai keluarga. Salah satu tadika yang menepati konsep malah menggunakan pendekatan secara menyeluruh dalam sistem pembelajarannya adalah Little Einstein Preschool.
Tahniah! Little Einstein merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah
Pra Sekolah Berprestij Tinggi Pilihan Pa&Ma.
Little Einstein Preschool menawarkan lebih daripada sekadar asas akademik. Little Einstein yang diasaskan oleh Puan Siti Rokiah Ahmad Kamal adalah prasekolah untuk anak berumur dua hingga enam tahun yang distruktur bertujuan mengasah bakat dan potensi setiap anak berorientasikan pendidikan masa depan.
Bukan itu sahaja bahkan Little Einstein juga turut mengintegrasikan sistem pendidikan yang inovatif bersama pemantauan perkembangan individu, memberikan kanak-kanak asas yang kuat bukan sahaja dalam bidang akademik, malah untuk melangkah dengan yakin dalam pelbagai aspek kehidupan lain.
Di Little Einstein, bukan sekadar mendidik, tetapi juga melengkapkan anak-anak dengan pendekatan holistik yang melibatkan pakar daripada pelbagai bidang.
Paling menarik perhatian pastinya sistem pembelajaran di Little Einstein yang menekankan konsep pembelajaran melalui eksplorasi dengan aktiviti menarik seperti eksperimen praktikal, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat dibentuk. Pengenalan kepada konsep STEM dan robotik bukan sekadar mampu mengasah kemahiran teknikal, tetapi juga membentuk kemahiran inovasi dalam diri mereka.
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.