Tragedi sebelum raya..Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut manakala ibunya parah dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer (KM) 75 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu (25 April).

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 4 petang.

Katanya, kejadian membabitkan Proton Saga FLX, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser serta motosikal jenis Honda Wave.

Katanya, Mohammad Qais Rizqi Shafiee, enam bulan dari Padang Jawa, Klang, Selangor yang menaiki Proton Saga bersama keluarganya, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tragedi Sebelum Raya. Kereta Bertembung, Bayi Lelaki 6 Bulan Maut & Ibu Parah 

Beliau berkata, bapa mangsa yang memandu kereta dan dua lagi anaknya masing-masing berusia lima dan dua tahun tidak mengalami kecederaan.

IKLAN

“Siasatan awal mendapati bayi itu bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan ke Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Toyota Unser dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Terengganu menghala Kota Bharu dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga terbabit.

“Kemudian, penunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah sama dengan Toyota Unser tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan Proton Saga berkenaan,” katanya.

IKLAN

Afandi berkata, ibu bayi itu, Nurul Ain Zulkarnain, 29, dilaporkan patah kaki kiri.

“Lima mangsa lain yang terbabit dalam kemalangan itu dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.

IKLAN

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

Kredit: Berita Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI