Ads

Trend Kongsi Nama Anak Jadi Makin Meriah, Semua Nama Best!

Trend Kongsi Nama Anak

Kalau dulu mak ayah sibuk cari nama anak dalam buku atau tanya orang tua-tua, sekarang buka sahaja media sosial, macam-macam idea nama boleh jumpa. Ada nama klasik, moden, pendek, unik, malah ada juga nama panjang yang bila disebut memang sedap sangat didengar.

Baru-baru ini, trend mak ayah berkongsi nama anak di Threads sememangnya mencuri perhatian. Seronok pula baca satu persatu nama yang dikongsikan. Ada yang memilih nama Melayu klasik, ada yang gemarkan nama Arab, ada juga yang menggabungkan dua nama sehingga kedengaran cukup unik dan manis.

Trend Kongsi Nama Anak

Apa yang mencuit hati, setiap kali ada yang bertanya, “Mak ayah, boleh kongsi nama anak?” ruangan komen terus meriah. Masing-masing tidak lokek berkongsi nama buah hati.

Ada yang terus tulis nama penuh anak. Ada pula siap berkongsi kisah bagaimana mereka mendapat ilham memilih nama tersebut. Kadang-kadang daripada nama datuk dan nenek, watak dalam buku, nama yang sudah lama disimpan sejak zaman bujang, malah ada juga pasangan yang mengambil masa berbulan-bulan sebelum betul-betul bersetuju dengan satu nama.

Memang boleh jadi rambang mata dibuatnya. Jom tengok perkongsian mak ayah kongsi nama anak di Thread.

Trend Kongsi Nama Anak

Trend Kongsi Nama Anak

Ads

Nama Anak Sebaiknya Ada Makna Yang Baik

Cantik bunyinya sahaja belum cukup. Sebaiknya semak juga maksud di sebalik nama yang dipilih. Nama yang mempunyai makna baik tentu lebih bermakna kerana setiap kali kita memanggil anak, seolah-olah ada doa yang disampaikan bersama namanya.

Kalau mengambil nama daripada bahasa tertentu, jangan segan untuk semak dahulu maksud dan ejaannya. Kadang-kadang perbezaan satu huruf sahaja boleh membawa maksud yang berlainan.

Tak Perlu Terlalu Panjang

Nama panjang memang nampak cantik apabila ditulis, tetapi fikirkan juga kegunaan anak apabila semakin besar nanti.

Nama terlalu panjang mungkin menyukarkan urusan mengisi borang, menulis nama di sekolah atau ketika melibatkan dokumen rasmi. Dua atau tiga perkataan yang mudah disebut pun sudah cukup, asalkan mempunyai maksud yang baik dan disukai ibu serta ayah.

Trend Kongsi Nama Anak

Ads

 

Trend Kongsi Nama Anak

Pastikan Nama Anak Mudah Disebut

Kalau setiap kali orang baca nama anak perlu bertanya, “Macam mana nak sebut ni?”, mungkin mak ayah boleh fikirkan semula ejaan yang digunakan.

Nama yang unik tidak salah, tetapi biarlah masih mudah disebut dan ditulis. Kasihan juga anak nanti kalau setiap kali memperkenalkan diri, terpaksa mengeja nama berkali-kali.

Trend Kongsi Nama Anak

Ads

Pilih Nama Yang Mak Ayah Sama-Sama Suka

Paling penting, nama untuk si kecil sebaiknya dipilih dengan persetujuan kedua-dua ibu dan ayah. Tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan trend sehingga mengetepikan nama yang sebenarnya lebih dekat di hati.

Trend nama boleh berubah, tetapi nama anak akan dibawa sampai dewasa. Apa pun pilihan mak ayah, nama klasik, moden, ringkas atau sedikit panjang, semuanya ada keistimewaan tersendiri.

Yang paling utama, pilihlah nama yang membawa maksud baik, sedap disebut dan menjadi doa terbaik buat si kecil.

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: Thread

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Jangan Tunggu IPU 300! Ini Checklist Cara Lindungi Anak

Bila langit mula kelihatan kelabu, pandangan semakin kabur dan bau asap mula terasa, perkara pertama yang patut dilakukan ibu bapa bukan sekadar menutup tingkap rumah. Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara atau IPU di kawasan anda.