Trend tarik kerusi semakin menjadi sekarang. Lumrah buat kanak-kanak untuk bergurau sesama mereka tidak kira di rumah mahupun di sekolah.
Ini antara gurauan ‘kasar’ yang sering dilakukan dengan menarik kerusi ketika rakan hendak mereka hendak duduk membuatkan mereka terjatuh. Namun ia bahaya, sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius antaranya kecederaan tulang belakang dan saraf tunjang adalah kebas serta kelumpuhan anggota.
Begitulah yang terjadi kepada keluarga ini. Memetik laporan Harian Metro, Shahirah Shah, 20, seorang pekerja swasta, menyatakan rasa terkilan apabila seorang guru memperlekehkan keadaan adiknya dengan menganggap kejadian yang menyebabkan tulang pinggulnya patah sebagai satu takdir.
“Kami terkilan apabila seorang guru memperlekehkan nasib adik dengan menyatakan kejadian yang berlaku hingga mengakibatkan tulang pinggulnya patah sebagai takdir,” kata pekerja swasta, Shahirah Shah, 20.
Shahirah berkata, kejadian berlaku pada 17 November lalu di sebuah sekolah di Batu Pahat apabila kerusi adik perempuannya dalam kelas dialihkan seorang pelajar hingga mengakibatkan mangsa terjatuh.
Menurutnya, selepas tamat waktu persekolahan, adiknya yang juga pelajar tingkatan satu mengadu sakit punggung kepada ibu ketika menaiki kereta dan menceritakan kejadian itu.
Katanya, pada hari sama, keluarga membawa adiknya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat selepas mengadu kesakitannya semakin teruk.
Ads
“Apabila ibu membawanya ke hospital, doktor mencadangkannya untuk menjalani X-ray dan selepas mendapat keputusan, doktor memaklumkan kecederaan adik saya amat bahaya sehingga boleh menyebabkan lumpuh atau masalah kesihatan pada masa hadapan dan mengesahkan tulang pinggul patah.”
“Pada 18 November lalu, kami sekeluarga ke sekolah bagi memaklumkan kecederaan dialami adik dan ketika itu seorang guru menyatakan kejadian berkenaan tidak disengajakan dan meminta kami menganggapnya sebagai takdir,” katanya.
Shahirah berkata, pihaknya difahamkan pengetua sekolah tidak dimaklumkan berkaitan kejadian itu dengan segera ia menggambarkan sikap acuh tidak acuh guru.
Menurutnya, keluarganya juga keliru dengan kenyataan seorang guru yang mendakwa menjadi saksi kejadian sebaliknya adiknya menyatakan guru berkenaan tidak berada dalam kelas ketika itu.
Ads
Katanya, pihaknya juga tidak menerima maklum balas yang diharapkan daripada guru terbabit berkaitan rayuan keluarganya untuk memindahkan kelas adiknya di tingkat bawah mulai tahun depan atas faktor kesihatan.
“Guru berkenaan memperlekehkan laporan perubatan adik saya dengan menyatakan anaknya juga seorang doktor dan apa yang dialami adik adalah tidak serius.
“Tambahan pula kami keliru apabila adik saya seperti diboikot apabila tiba-tiba disingkir daripada kumpulan WhatsApp kelas.
Ads
“Adik saya jenis pelajar yang tidak bermasalah, sehingga kini dia juga tidak pernah menimbulkan masalah disiplin.
Gambar sekadar hiasan
“Kejadian seumpama ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia boleh menimbulkan masalah lebih serius,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini pergerakan adiknya masih terbatas dan tidak mampu tunduk dan duduk seperti biasa.
Ibu bapa mangsa juga membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat pada 19 November lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin ketika dihubungi berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian berkenaan.
Sumber : Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi yang menimpa adik Zara Qairina, 13 tahun, terus menghantui fikiran masyarakat terutamanya golongan ibu bapa yang kini lebih sensitif terhadap isu buli, pengabaian, dan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah.
Terbaru, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, remaja yang dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sebuah sekolah di Papar pada 16 Julai lalu, telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kematian anaknya.
Bayangkan perasaan seorang ibu dipanggil untuk menjawab satu demi satu soalan sambil menanggung rindu yang tak pernah reda.
Proses memberi keterangan berlangsung selama lebih empat jam, dan menurut pihak polis, Noraidah Lamat memberi kerjasama penuh sepanjang proses dijalankan oleh pegawai penyiasat.
Peguam yang mewakili keluarga ibu Zara, Hamid Ismail, menyifatkan sesi tersebut sebagai satu proses penting dalam usaha mencari keadilan yang sebenar.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya.
Ini adalah satu proses penting dalam usaha melengkapkan siasatan semula kes ini,” katanya kepada media di luar perkarangan Balai Polis Karamunsing, petang tadi.
Menurut beliau, siasatan kini diteruskan selepas kertas siasatan dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Namun dalam usaha mencari kebenaran, mereka juga diuji dengan fitnah dan spekulasi yang menyakitkan.
“Noraidah kini dalam keadaan sangat tertekan”
“Sebagai ibu yang kehilangan anak, dia perlukan ruang, doa dan sokongan, bukan serangan atau tekanan emosi tambahan,” tambah Hamid, sambil menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran teori liar dan spekulasi yang tidak berasas.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan semula laporan penuh siasatan awal kes kematian Zara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dilengkapkan semula.
Kisah ini bukan sekadar siasatan. Ia tentang seorang ibu yang masih cuba berdiri, walau jiwanya telah rebah. Doa kita, semoga kebenaran akan menang dan Zara Qairina mendapat keadilan yang layak untuknya.
Youtuber Syahmi Sazli ada memuatnaik sebuah video di lan Instagram di mana isterinya, Anissa Faizul membuat kejutan memberitahu yang dia sedang hamil anak kedua mereka. Di dalam video itu, Anissa dan rakan-rakannya dilihat membawa kek untuk Syahmi yang sedang duduk di dalam bilik.
Sambil menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Syahmi, rakan-rakan Anissa memberikan kek yang dibawa kepada Syahmi. Salah seorangnya mengucapkan tahniah kepada Syahmi. Dia yang ketika itu ‘blur’, tidak faham maksud tulisan di atas kek; Congratulations Baba #2. Kemudian, isterinya menghulurkan kit ujian kehamilan yang menunjukkan positif hamil tiga minggu.
Berita tersebut amat menggembirakan Syahmi yang tetap keliru walaupun sudah dijelaskan oleh isterinya bahawa dia kini hamil anak kedua mereka. Menerusi perkongsian di laman Instagram Anissa pula, dia berkongsi dua foto bersama Syahmi dengan kapsyen Alhamdulillah #permohonanadikainuldiluluskan.
Ada ke mommies yang tengah pregnant sekarang? Jom, join e-workshop Pa&Ma yang akan share macam-macam ilmu untuk dapat baby. Yang bestnya, e-workshop ni FREE! Perkongsian ilmu dari Dr Roliza Ibrahim (Pakar Perunding Pediatrik) dan Pn Bel Nawhen (Jururawat Bertauliah). Issey pun ada nak share pengalaman dia dapat baby baru-baru ni. Jom daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini berjuang melawan kanser hidung kini berdepan ujian baharu apabila menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama. Lebih memilukan, akibat kejadian itu, si kecil ini disahkan mengalami gegaran otak dan masih berisiko mengalami sawan jika jatuh atau pengsan.
Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39 tahun, meluahkan rasa pilu kerana anak yang baru pulih 80 peratus daripada kanser, terpaksa menanggung pula penderitaan dibuli hingga menjejaskan emosi dan pelajarannya.
Dipukul, Ditendang, Dipaksa Berbogel
Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang, 21 Februari lalu. Mangsa didakwa dipukul, ditendang, dihentak kepala, malah lebih menyayat hati, dia turut dipaksa menanggalkan pakaian oleh seorang murid Darjah Enam. Serangan kejam itu berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak lamaran cintanya.
Akibat kejadian, anak kecil ini dirawat di sebuah hospital swasta dari 12 hingga 26 Mac lalu dan doktor mengesahkan dia mengalami gegaran otak. Menurut ibunya, beliau hanya mengetahui cerita sebenar selepas anak perempuannya memberitahu kerana terlalu risau dengan keadaan adiknya.
Luka Belum Pulih, Jadi Mangsa Buli Kali Kedua
Lebih memilukan, penderitaan anak kecil ini tidak terhenti di situ. Pada 7 Ogos lalu, dia sekali lagi menjadi mangsa buli, kali ini di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai sekitar jam 10 pagi.
“Anak saya kini sukar fokus dalam pelajaran dan tidak lagi aktif bersukan. Doktor maklumkan proses penyembuhan gegaran otak boleh ambil masa hingga tiga tahun serta berisiko sawan,” kata ibunya.
Sebagai seorang ibu, hatinya luluh melihat anak yang masih lemah akibat rawatan kanser, menjadi sasaran kerana keadaannya yang dianggap lemah oleh rakan-rakan sebaya.
Tanggungjawab Semua Pihak
Kes sebegini perlu membuka mata semua pihak. Buli bukan sekadar “gurauan”, ia adalah penderaan fizikal dan emosi yang mampu menghancurkan masa depan seorang anak. Ibu bapa perlu lebih peka dengan tanda-tanda anak dibuli seperti:
Enggan ke sekolah atau sering beri alasan sakit.
Tiba-tiba jadi pendiam atau murung.
Hilang minat terhadap pelajaran dan aktiviti harian.
Mempunyai kecederaan tanpa sebab munasabah.
Pihak sekolah pula tidak boleh memandang ringan isu ini. Setiap laporan buli perlu disiasat serius dan langkah pencegahan mesti diutamakan supaya keselamatan anak-anak terjamin.
Semoga kisah ini membuka mata kita semua. Hentikan buli, lindungi anak-anak kita – kerana mereka amanah Allah yang paling berharga.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.