Tuam pada bayi memberikan kesan baik kepada kesihatan bayi. Mama dan papa boleh DIY sendiri tuam, tak perlu beli! Boleh berjimat.
Bayi tidak kira lelaki dan perempuan, tuaman boleh dilakukan pada beberapa bulan pertama kelahirannya. Tuaman boleh dilakukan pada bahagian perut dan beberapa bahagian lain seperti betis dan kaki. Bayi seelok-eloknya dimulakan sejak dalam tempoh pantang lagi (iaitu 44 hari) atau sehingga usianya mencapai dua bulan.
MANFAAT TUAMAN PADA BAYI
Berikut ialah kelebihan tuaman kepada bayi;
Mengelakkan kembung perut pada bayi.
Memberikan keselesan kepada baby itu sendiri kerana ia seperti pijatan lembut yang teraputik.
Salah satu cara bonding bayi dan ibu/ bapa/ ahli keluarga.
Mengelakkan angin pasang/ hernia bagi bayi lelaki.
Memberi keselesaan/kehangatan kepada bayi selepas mandi.
Panaskan tuam menggunakan seterika. Cuba dulu suhu tuam pada tangan mama, kalau terlalu panas biarkan sebentar supaya suhu turun sebelum tuam pada perut bayi.
LANGKAH TUAMAN
Tuaman biasanya dilakukan selepas bayi mandi dan sebelum dipakaikan lampin.
Mulakan tuaman pada bahagian perut. Jangan tekan kuat sebaliknya sekadar meletakkan dengan sedikit tekanan.
Kemudian teruskan ke bahagian ari-ari, belakang badan, belakang betis dan juga tapak kaki. Ia selalunya hanya mengambil masa satu hingga dua minit bergantung kepada keadaan bayi.
Jika dia kelihatan selesa,tempoh tuaman boleh dipanjangkan sehingga tunggu sejuk.
MAMA DAN PAPA BOLEH BUAT TUAMAN SENDIRI!
Buat sendiri tuam untuk bayi tidaklah sesukar mana. Bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Menuam bayi juga banyak manfaatnya, boleh mengelakkan bayi kembung perut. Jom kita tengok cara membuatnya.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tuam bayi ialah;
1. Kain
2. Benang/reben
3. Biji ketumbar
4. Lada putih
5.Getah
6.Pinggan plastik
7.Gunting dan pensel
*boleh juga tambah habbatusauda dan halba sebagai bahan tuam.
1.Tekapkan pinggan ke atas kain dan tanda sekelilingya. Potong kain.
Ads
2.Potong mengikut bentuk bulat yang ditekap. Kain ini perlulah lebih besar kerana ia memudahkan anda membentuk pemegang bunjut nanti.
3.Potong sehelai kain bersaiz kecil sebagai lapik pada bahagian dalam tuam.
4.Masukkan bahan rempah pertama iaitu biji ketumbar pada bahagian tengahnya.
Ads
5.Diikuti dengan lada putih.
6.Ikat bunjut tuam dengan getah terlebih dahulu untuk memudahkan. Kemudian iikuti dengan ikatan menggunakan benang. Ikat kemas ye!
7.Buat pemegang yang panjang seperti ini. Ikat kemas supaya tuam mudah untuk dipegang semasa menuam bayi nanti. Dah siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salahkah saya biarkan anak tidur dipangkuan? Perkara utama yang GAGAL di fahami ramai ibubapa ialah hakikat bahawa bayi 0-3 bulan mempunyai konsep hidup yang sangat berbeza dari bayi yang lebih berusia. Ia di gelar fasa ‘trimester ke-4 yang hilang’.
Trimester ke-4 merujuk kepada 3 bulan pertama hidup bayi SELEPAS dilahirkan (jika bayi lahir cukup bulan). Ia merupakan lanjutan dari 3 trimester yang telah bayi habiskan dalam kandungan:
3 bulan awal kehamilan (trimester pertama) + 3 bulan tengah ( 2nd trimester) + 3 bulan akhir (3rd trimester).
Habis tu, “..yang hilang” itu apa? Yang hilang itu adalah rahim. Maksudnya apa?. Bayi merasa seperti masih berada dalam rahim walau hakikatnya dia telah di lahirkan ke dunia ini. Ayat mudahnya; bayi tak boleh ‘move on’ lah tu. Kerana itu,bayi 0-3 bulan juga disebut ‘belum menetas’ dan bayi 4 bulan ke atas pula telah (hatching).
Buktinya? Jika anda berminat mahu bukti yang agak rumit, maka boleh cari sebarang artikel mengenai perbezaan otak bayi 0-3 bulan VS bayi 4 bulan ke atas.
Saya di sini lebih berminat menerangkan bukti yang lebih mudah bagi manfaat ramai pembaca. Baik. Saya beri 1 contoh:
Bayi 0-3 bulan menangis secara reflek. Bayi tak berfikir dan tak belajar untuk menangis. Jika belum masanya bayi menangis, dia tak akan menangis biar siapa pun yang datang kepadanya. Jika sampai masanya bayi menangis, walau yang cuba menenangkan dia adalah ibu dan ayahnya sendiri, bayi akan terus menangis jika ibu dan ayahnya tiada kemahiran mententeramkan bayi. Namun, jika yang datang menenangkan bayi itu adalah ‘orang asing’ dalam hidup bayi, namun orang itu tahu cara tepat menenangkan bayi, bayi pasti dapat bertenang
Kenapa? Tidakkan bayi kenal ibubapa sendiri? Oh, bayi SANGAT kenal ibunya dari hari pertama lagi. Cuma, di usia 0-3 bulan, bayi belum pandai pilih-pilih orang. Bayi menangis atau bertenang bukan kerana orang, tetapi kerana mahirnya seseorang itu mematikan reflex menangis bayi. Dan, HANYA ADA SATU CARA paling efektif untuk melakukan ini,iaitu dengan cara menenangkan bayi dengan teknik yang menyerupai alam rahim. Kenapa? Kerana bayi masih belum sepenuhnya ‘move on’ dari alam rahim.
Beza halnya jika yang sedang menangis itu adalah bayi yang telah melepasi usia 3 bulan. Misalnya, cuba anda ambil bayi 6 bulan dari tangan ibunya, majoriti bayi akan dengan segera menangis kerana takutkan wajah asing anda. Ini kerana di usia ini, tangisan bukan lagi dalam bentuk reflek. Sebaliknya, bayi telah pandai berfikir dan membuat kira-kira bila dia perlu menangis. Dah maju ler tu..
Baik, berbalik pada alam rahim. Ia bermaksud, semua bayi 0-3 bulan akan bertenang dan tidur lebih lena JIKA di tenangkan dan di tidurkan gaya ala rahim. Caranya?. Secara ringkas:
Bayi telah duduk dalam keadaan berlipat dan menggerekot (di gelar fetal positioning) selama 9 bulan. Tak cukup pula, di tambah lagi dengan dinding rahim yang membalut kemas posisi begitu. Oleh itu, bayi telah terbiasa merasa bagai di peluk dan didakap sepanjang masa.
MAKA , sentiasa lah beri bayi rasa bagai di dakap dengan apa cara pun untuk dia kekal tenang dan lena. Nak dakap, dukung, peluk, riba atau gendong ➡ SILALAH. Jika dah penat atau tak larat ➡ BEDUNGLAH untuk di letakkan di bawah (tiarapkan bayi kecil).
Bayi telah duduk terapung dalam kandungan, di kelek ibu ke sana ke mari. Oleh itu, mereka telah terbiasa merasa bagai di hayun.
MAKA, bayi cari dan gemarkan rasa berhayun. Nak dodoi, tepuk, menari pusing-pusing satu rumah dengan bayi, dukung bawa bayi berjalan-jalan naik turun rumah atau gendong ➡ SILALAH. Jika dah penat atau tak larat ➡ gunalah buaian bayi (✔pastikan dari jenis buai patuh ciri keselamatan yang utama).
Kenapa Bayi Hisap Jari Sejak Dalam Kandungan
Bayi telah biasa menghisap jarinya seawal usia kandungan 6 bulan sebagai latihan untuk memudahkan proses penyusuan selepas kelahiran. Ini jelas, bayi di dalam kandungan menghisap bukan sebab lapar , kerana makanan di salur menerusi plasenta. Namun, ‘kesan sampingan’ latihan hisapan ini ialah, selepas dilahirkan, bayi tetap juga mahu menghisap sesuatu walau telah kenyang. Tabiat ler tu..
MAKA, nak biarkan bayi memerap di dada (mengempeng) ➡ SILALAH. Jika tak larat ➡ gunalah puting tiruan (sebab bayi bawah 4 bulan belum kuat koordinasi ototnya untuk hisap ibu jari. Ini lain ceritanya dengan semasa dalam rahim. Rahim yang sempit dan badan yang berlipat menyebabkan tangan bayi memang dah berada dekat dengan mukanya).
Maka jelas, TIADA SALAH jika mahu anak tidur berpeluk didada atau diriba ibu. Malah TIADA SALAH jika mahu anak berdodoi berjam-jam dan mengempeng lama-lama.
SAMA JUGA TIADA SALAHNYA jika mahu anak berbuai atau berputing. Semua cara ini SAMA WALAU TAK SERUPA. Dan..bayi tak kisah cara apa pun yang beri, IBU ATAU ALAT, dia pasti gembira dan lena. Kerana bayi hanya menuntut apa yang rahim telah biasakan dia.
Jadi, sesama ibu USAH membeza antara satu sama lain hanya kerana pilihan kita berbeza kerana tujuan akhir ibu tetap sama : iaitu membuat bayi tenang dan lena.
Nota: menjelang usia 4 bulan, bayi sudah boleh menerima pelajaran untuk tidur tanpa atau dengan bantuan minimum sahaja dari ibu atau alat. Pelajaran tidur ini dilakukan secara berperingkat namun tidak akan dibincangkan di sini.
Selepas melahirkan anak kedua pada 20 Mei lalu, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki berkongsi gambar dan nama buah hati kedua mereka buat tatapan umum.
Sejak dalam kandungan sehingga awal kelahiran Anzalna dan Hanif tidak memberitahu jantina anaknya itu sehingga diumumkan secara rasmi ketika tahnik anak.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” kongsi Anzalna dan Hanif diinstagramnya.
Selepas perkongsian tersebut, peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan yang baik-baik buat Anzalna seisi keluarga.
Sebelum ini, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016. Setelah 3 tahun berkahwin, kehadiran Mohamad Eidrees memberi sinar kebahagiaan buatnya dan seluruh ahli keluarga.
Apa yang buatkannya bersyukur ada juga generasi lelaki dalam keluarga Nasir setelah sebelum ini adik beradik dan anak saudaranya semua perempuan.
Tidak dinafikan apabila si manja merangkak & bertatih, dia makin aktif bergerak & semakin ‘buas’. Dah banyak akal! Akibatnya kerap jatuh & terhantuk kepala.
Bayi yang mula merangkak dan menyusur akan mendapat ‘lesen’ untuk menerokai ruang. Koordinasi tangan dan kaki serta anggota tubuh mereka juga semakin baik. Begitu juga dengan bayi yang mula ‘dapat kaki’ atau bertatih, kerap terjatuh dan terhantuk memang selalu terjadi proses ini.
ADAT BAYI BUAS, SELALU JATUH & TERHANTUK
Ramai mama dan papa yang mengadu bayi yang sedang belajar untuk bertatih dan kerap memanjat dan disebabkan hal ini bayi kerap kali terjatuh. Aktif merangkak dan menyusur (cruising) sehingga badannya semakin mengecil kerana terlalu aktif atau ‘buas’.
Hal ini merunsingkan ibu bapa kerana bimbang jika perkembangannya terganggu. Bagaimana caranya untuk tahu sekiranya bayi mengalami cedera teruk akibat jatuh selain pendarahan pada luaran dan kesan bengkak?
LUMPS AND BUMPS
Lumps and Bumps adalah sesautu yang biasa dalam peringkat kanak-kanak yang mula mendapat kebolehan bergerak sendiri. Lazimnya ini tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada mereka. Ia adalah satu fenomena yang biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.
Kulit kepala kaya dengan saluran saluran darah dengan itu luka kecil boleh menghasilkann pendarahan yang banyak. Bengkak dan lebam berlaku jika saluran darah itu mengeluarkan cecair dam berlaku pendarahan dibawah kulit. Ini mungkin mengambil beberapa hari atau minggu untuk hilang sepenuhnya.
7 TANDA BAYI/KANAK-KANAK PERLU RAWATAN SEGERA
Sekiranya bayi terjatuh atau terhantuk tetapi tidak teruk, pantau mereka dalam masa 24 jam. Namun jika berlaku tanda-tanda seperti berikut berlaku dalam masa masa 24 jam, mama dan papa perlu segera membawa bayi mendapatkan rawatan kerana ia mungkin petanda masalah kecederaan dalaman atau luaran.
Nasihat dan rawatan perubatan amat diperlukan dalam keadaan cemas ini.
Selain daripada pemerhatian dan pemantauan, mustahak bagi mama dan papa percaya kepada naluri sendiri. Jika rasa kurang yakin dan tidak tenteram, segera bawa bayi mendapatkan rawatan doktor.