Kelahiran secara indius adalah salah satu jalan yang boleh diambil bagi mengatasi komplikasi yang berlaku. Ia selalunya digeruni para ibu. Banyaklah kisah yang akan dikongsikan oleh ibu yang dapat merasai pengalaman diindius semasa melahirkan. Selain kelahiran melalui pembedahan, indius juga antara perkara yang sebaiknya mahu dielakkan oleh kebanyakan wanita.

Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan atau cara mekanikal.

Artikel Menarik: [Masih Tak Bersalin Walau Dah Sampai Waktu. Risiko Anak Tertelan Najis]

Doktor anda akan menyarankan induksi jika didapati risiko menunggu proses kelahiran secara semulajadi melebihi risiko prosedur indius itu sendiri.

6 SEBAB PERLU INDIUS

Antara keadaan yang memerlukan indius ialah:

#1: Overdue

Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas.

Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-Saja Doktor Nak Bagi

Overdue boleh menyebabkan uri menjadi kurang berkesan atau kurang efektif dalam menyampaikan nutrisi kepada bayi dan dengan itu menambahkan risiko kepada bayi termasuk lemas dan kematian .

#2: Pecah air ketuban

Jika air ketuban anda pecah dan proses bersalin tidak bermula dengan sendiri anda mungkin perlu diinduis.

Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu.

Walaubagaimanapun jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius mungkin tidak akan dilakukan kecuali ada masaalah obstetrik lain (misalnya infeksi atau masalah bayi atau masalah ibu).

Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-Saja Doktor Nak Bagi

Dalam keadaan ini ibu akan diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan dan steroid untuk mematangkan paru-paru bayi.

#3: Ibu berpenyakit

Preeklampsia adalah keadaan serius yang boleh membahayakan ibu dan bayi. Ia memerlukan pesakit diindius awal bergantung pada tahap keseriusan.

Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-Saja Doktor Nak Bagi

Selain praeklampsia, penyakit kronik misalnya darah tinggi, diabetes dan penyakit buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.

#4: Masalah bayi

Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.

Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-Saja Doktor Nak Bagi

Walaubagaimanapun jika keadaan bayi terlalu terencat dan berkemungkinan lemas indius tidak disarankan. Sebaliknya pembedahan caesarean adalah cara paling selamat untuk bayi.

#5: Pendarahan

Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.

Artikel Menarik: [Jangan Ingat Diri Tu Kuat, Terus Lasak Lepas Bersalin. Czer Ke Normal, Luka Boleh Terbuka!]

#6 Logistik

Indius kelahiran tidak sepatutnya digalakkan atas permintaan sosial. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu misalnya permintaan daripada pasangan disebabkan pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya induis mungkin boleh dipertimbangkan dengan syarat pasangan memahami risiko indius.

BERSALIN INDIUS LEBIH SAKIT

Anda perlu tahu kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara cepat dan tidak berperingkat. Kekerapan, ketegangan dan ritma kontraksi meningkat dengan pantas.

Ia berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.

Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-Saja Doktor Nak Bagi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI