Anak sulung pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin ini memang lain macam bijaknya. Ada sahaja keletahnya di Instagram yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.
Rupanya si kecil, Afeeq Anaqi tidak kekok berada di dapur dan memasak menu kegemarannya biarpun usianya baru lima tahun.
Menerusi perkongsian Amyra di Instagramnya, anak sulungnya itu kelaparan dan mahu makan mi, lantas terus membuat permintaan untuk masak sendiri sampil dipantau ibunya.
“Masyaallah dia buat lagi. Pukul 10:45pm masuk dapur cakap “I NAK MASAK NOODLE! “ Kita ingat dia nak tido dah.
“Baru je balik holiday anakku, barang basah pun tak ada nak masak betul-betul. Xpe la, asalkan ada rasa cukup lah. Alhamdulillah,” tulis Amyra di Instagramnya.
Ads
Menariknya, aksi Anaqi ketika memasak di dapur tidak kekok malah cukup berani memegang peralatan memasak untuk memasak.
Walau hanya memasak menu simple, kue tiaw goreng namun nampak cukup berselera dan habis licin sepinggan.
Ads
Paling menarik pastinya telatah comel Anaqi yang bimbang badannya gemuk sebaik sahaja habis menjamah kuetiaw sepinggan. Malah anak kecil itu terus sahaja melakukan senaman. Memang comel!
“Pastu lepas makan dia kata badan dia dah gemuk.. then terus exercise,” kongsinya lagi.
Telatah lucu anak sulung pasangan ini turut mendapat perhatian para pengikut Amyra di Instagramnya.
Anak kita berbeza-beza dan punya keistimewaan masing-masing. Namun amat berbeza dan istimewa bagi buah hati kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah yang cukup istimewa dalam semua segi.
Terbaru menerusi Instagramnya ibunya, Nurul Erwani Zaidi, ibu kesayangan Ainul ini berkongsi peribadi Ainul yang cukup istimewa malah tidak dijangka.
Kongsi ibunya, Ainul memilih untuk membaca dan melihat Yassin kepunyaan ayahnya berbanding buku-buku cerita yang dibelikan untungnya. Anak bijak.
“Ainul ni memang seorang yang tak dijangka tau! Sebab apa mama Ainul cakap macam ni sebab berbeza betul perwatakan dia dengan budak lain ya.
“Setiap hari ada je akal dia yang dia nak buat. Contohnya macam dalam video ni lah. Hari ni dia boleh pulak selongkar almari walidnya lepas tu terjumpa buku Yasin.
“Dia bawa buku Yasin tu dan duduk atas kerusi. Yang peliknya mak dia ni punyalah sediakan rak buku cerita untuk dia, satu buku pun dia tak pernah nak bawak ke kerusi sampai tengok macam tu ya. Selalu kena paksa baca je. hahaha,” katanya bercerita.
Biar pun masih tidak tahu membaca namun usaha Ainul dan tertarik dengan kalimah suci Allah situ sudah menyentuh hati kita.
Rupanya sepanjang Ainul sakit, antara amalan ibunya adalah dengan mengamalkan selawat nurul mubin. Begitu juga dengan Yasin 7 Mubin.
“Mama Ainul nak kongsi sikit, selawat nuril mubin ni mama Ainul selalu amalkan dalam hati masa Ainul sakit dulu sampailah sekarang.
“Selain dari baca Yasin 7 mubin, selawat ni juga penguat mama supaya mama yakin Ainul pasti diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik dan juga dipanjangkan umur Ainul oleh Tuhan.
“Alhamdulillah, Tuhan tu maha mendengar. Kita boleh sama-sama amalkan juga ya,” kongsinya lagi.
Terdahulu tidak hanya menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan yang berada di dalam mulutnya suatu ketika dahulu bahkan Ainul juga turut diuji dengan jangkitan kuman. Semoga anak kecil ini terus sihat dan membesar dengan baik.
Melenting dan marah memang tidak dapat lari bila berhadapan dengan anak-anak yang membuat kesalahan berulang kali. Tapi apakah perkara ini betul untuk dilakukan kepada anak kecil yang masih sedang mempelajari tentang dunia ini menerusi bermain dan mencuba?
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini benar-benar membuka mata supaya tidak terlalu bersangka negatif kepada si kecil. Siasat dan tanya dulu sebelum marah!
Sebagai manusia yang normal, kita suka bersangka sangka. Kadang kadang sangkaan kita itu menyebabkan kita selalu melihat perkara negatif dalam diri anak anak.
Kita sangka apa yang kita lihat dan fikir itu selalu benar, walaupun hakikatnya tidak semua sangkaan kita itu benar.
BANYAK KERENAH TAPI PERLU BERSANGKA BAIK
Setiap hari, dalam berhadapan dengan anak anak, terlalu banyak kerenah mereka yang kita harus hadapi. Sampai satu tahap kita susah mahu bersangka baik dengan anak anak.
PERISTIWA 1: BUKA PINTU PETI SEJUK LAMA
Pada suatu hari saya sedang sibuk memasak di dapur. Kemudian melihat anak saya membuka peti ais dan berdiri lama di depan pintu.
Kemudian, apa yang terjadi, saya marah dia kerana sangkaan saya dia mahu bermain main sahaja.
“Kakak, jangan main dalam peti ais, nanti rosak peti ais tu!”
Saya menegur dia dengan suara yang agak tinggi. Kemudian, anak saya pandang muka saya dan dengan muka yang sayu. Dia berkata
“Kakak lapar lah ibu, nak makan”
Alahai, rupanya lapar nak makan.
Saya sudah bersangka yang buruk kepada anak saya, rupa rupanya dia lapar. Mungkin sudah tidak faham sangat menunggu makanannya disediakan.
PERISTIWA 2: CURAH MAKANAN IKAN BANYAK & IKAN MATI
Saya teringat juga satu peristiwa di mana anak saya telah memasukkan makanan ikan dengan banyaknya ke dalam akuarium.
Perbuatan itu telah menyebabkan air keruh dan ada ikan yang mati.
Sangka saya, dia buat itu suka suka dan memang ada niat yang tidak baik pada ikan ikan tersebut. Saat itu saya rasa sangka kecewa dan marah. Namun, ketika itu saya sabar dan bertanya kenapa dia melakukan perbuatan itu.
Kata anak saya, dia sebenarnya mahu beri ikan makan. Ikan nampak lapar, tetapi entah bagaimana penutup makanan ikan itu terbuka dan tumpah lah makanan ikan dengan banyak.
Ketika saya dengar penjelasan dia saya terdiam. Begitu banyak sangkaan buruk kepada perbuatannya itu. Sedang hakikatnya dia sebenarnya ingin memberi ikan makan dan bukannya sengaja ingin membuat ikan tersebut mati.
IBU AYAH PERLU BERSANGKA BAIK SUPAYA DIDIKAN LEBIH BERHIKMAH
Dalam mendidik anak, kita perlu banyak meletakkan sangkaan baik kepada mereka.
Anak kacau kita solat sebenarnya dia nak solat bersama, tapi belum tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anak suka lawan kita mungkin kerana kita selalu berkasar pada mereka.
Bermula dengan sangkaan yang baik lah kita akan semakin rajin memberi nasihat dengan lembut dan berhikmah dalam mendidik anak-anak.
TANPA SANGKA BAIK, KITA AKAN SELALU NAMPAK BURUK ANAK
Tanpa sangka baik kita akan sentiasa nampak keburukan pada anak anak. Walau kita berdoa, kita selitkan kemarahan kita, nasihat pun selalu diberi dengan bebelan yang menyakitkan.
Selalu selitkan dalam doa kita:
“Ya Allah, aku tahu anak aku baik, anak aku soleh solehah. Jika dia berbuat silap atau salah mungkin dia tidak sengaja atau dia belum mampu untuk mengawal dirinya, berilah kekuatan untuk aku melihat kebaikan dalam setiap perbuatan anak anak”
SANGKA BAIK & SABAR AKAN DIBERI GANJARAN BESAR, BERLAPANG DADALAH IBU AYAH
Saya faham nak bersangka baik dengan anak bukan mudah. Kita akan selalu rasa anak kita nakal, menyusahkan, menyakitkan hati, tak dengar kata.?
Namun, ingatlah satu perkara, Ibu bapa yang sentiasa memandang kebaikan pada anaknya, bersangka baik dan bersabar atas setiap perbuatan anak anak akan diberi ganjaran yang cukup besar.
TIADA ADA ANAK YANG NAKAL, YANG ADA HANYA ORANG TUA YANG TIDAK SABAR
“Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah anak yang belum tahu. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah orang tua yang tak sabar. Tidak ada anak yang nakal, yang ada hanyalah pendidik yang terburu-buru melihat hasil.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti paling popular Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin akhirnya kini bergelar ibu dan bapa selepas selamat menimang cahaya mata sulung semalam.
Pasangan yang cukup dikenali menerusi drama bersiri popular Crash Landing On You itu menerima kehadiran seorang bayi lelaki yang selama ini cukup dinantikan keduanya.
Perkongsian khabar gembira itu dimaklumkan menerusi sebuah kenyataan dari agensi Son Ye Jin sendiri iaitu MSteam Entertainment.
Son Ye Jin yang berusia 40 tahun itu kini dilaporkan dalam keadaan baik dan sihat bersama bayi lelakinya.
“Son Ye Jin selamat melahirkan bayi lelaki, hari ini. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam sihat,” ujar MSteam Entertainment dalam kenyataan.
Son Ye Jin dan Hyun Bin yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu mengumumkan kehadiran ahli keluarga baru itu selepas disahkan hamil pada Jun lalu.
Kongsi Son Ye Jin lagi, dia juga mengalami beberapa perubahan pada dirinya sebelum mendapat tahu bahawa dirinya hamil selepas bebapa bulan mendirikan rumah tangga bersama Hyun Bin.
Pasangan selebriti popular itu juga turut mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki yang sepatutnya dijangka bakal dilahirkan pada Disember depan.
Terdahulu, Son Ye Jin dan Hyun Bin mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu secara tertutup di Aston Sheraton House, Grand Walkerhill Hotel di Seoul, Korea Selatan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat selepas dua tahun menyulam cinta.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.