
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Tyra Kamaruzzaman berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 4 Mei lalu.
Berita bahagia itu dikongsikan sendiri Tyra menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan momen penuh bermakna bersama suami tercinta, Emran Rijal dan anak sulung mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Tyra atau nama lengkapnya Athirah Kamaruzzaman meluahkan rasa syukur atas kehadiran puteri kedua mereka yang dianggap sebagai satu doa yang dimakbulkan Allah SWT.
“Pada pagi yang indah 4 Mei, kami menyambut satu lagi doa yang terjawab ke dalam hidup kami, anak kedua kami, Elaira Emran,” tulisnya penuh emosi.
Ramai juga memuji nama pilihan pasangan ini, Elaira Emran yang disifatkan cukup indah dan lembut didengar.
Menerusi perkongsian yang sama, Tyra juga turut memuat naik beberapa foto indah selepas kelahiran bayi mereka. Wajah bahagia jelas terpancar pada pasangan ini yang kini rasmi bergelar ibu bapa kepada dua cahaya mata.
Namun paling mencuri perhatian pastinya reaksi anak sulung mereka, Tyara yang dilihat begitu teruja menyambut kehadiran adik kecil dalam keluarga. Momen manis itu membuatkan ramai pengikut turut tersentuh melihat hubungan akrab yang bakal terjalin antara dua beradik ini.
Ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang mendoakan agar Tyra dan bayi berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan berpantang.
Untuk rekod, Tyra mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen terkenal, Emran Rijal pada 3 Mei 2024.
Tahniah buat Tyra dan keluarga atas kelahiran cahaya mata kedua. Semoga si kecil Elaira Emran membesar menjadi anak yang solehah dan membahagiakan ibu ayahnya.
Baca Lagi: Shila Amzah Dedah Warisi Talasemia, Doktor Nasihat Tak Mengandung & Czer Lagi
Amira Othman Hamil 7 Bulan, Bakal Bersalin Jun Nanti
Sumber: IG @tyrakmrzmn/