Biasanya ibu bapa akan simpan ubat demam dalam peti untuk digunakan ketika waktu kecemasan kerana beranggapan ia berguna jika tiba-tiba anak demam waktu malam. Namun perlu diketahui ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Mesti ramai ibu bapa tak menyangka perkara ini kan kerana persoalan yang biasa di tanya adalah ‘Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya’?
Bagi mendapat penjelasan lanjut mengenainya, Ahli Farmasi, Salinda Sopian ada jawapannya.
Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60ml ataupun 100ml sahaja. Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit.
Ads
Contohnya, sekiranya dos 5ml 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.
Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan. Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka.
Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.
Ads
Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.
Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam. Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.
Jadinya, tak perlulah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya.
Ads
Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.
Belajar sesuatu? Bukan tak berjimat tapi untuk selamat!
Bagi ibu yang bekerjaya, apabila perlu meninggalkan anak dalam jagaan pengasuh atau pembantu rumah ketika perlu keluar bekerja, pasti dalam hati harapkan semuanya baik-baik saja. Mana taknya anak yang dikandung selama 9 bulan, lalui saat getir waktu bersalin, jika berlaku perkara yang tak dijangka hati ibu mana yang tak sedih kan?
Begitulah yang berlaku pada seorang ibu ini di Facebook Afzan Ikka Wan Nurul yang berkongsi pengalaman anak sulungnya, Melissa yang baru setahun dipercayai diperlakukan dengan kasar ketika di taska.
Rasa tak sedap hati masa di office
Menurut ibu ini pada mulanya dia berasa tidak sedap hati ketika berada di pejabat dan mengambil keputusan untuk menghantar pesanan kepada guru bagi bertanyakan keadaan Melissa. Jawapan ringkas yang diberikan oleh guru taska pada hari tersebut yang menyatakan anak dalam keadaan ok, seolah-olah seperti ada yang tak kena.
So okay la tapi hati still dok fikir (sesiapa kalau rasa macam ni balik la terus). Duk tunggu jam pukul 5 nak balik. Then masa balik amek Melissa dia menangis je. Saya nampak bertanda pada mata dia belah kiri. Bila tanya just cakap berebut mainan dengan baby 10 bulan.
So kami pon okay la balik ja sebab biasa la baby dah besar kan lasak. Dalam kereta pula belek-belek Melissa nampak kesan jari pada muka kanan dia. Tak sedap hati suruh husband text tanya cikgu dia. Cikgu cakap tu kesan tidur atas playmat je. Nanti hilang la. Masa ni tak perasan kaki dia lagi. Malam tu dalam bilik ajak dia tateh dia tak nak jejak kaki kanan dia.
Bagaimanapun, lebih mengejutkan, apabila Melissa menangis apabila disuruh berjalan untuk bermain. Cemas dengan apa yang terjadi, pasangan ini mengambil keputusan untuk membawa anak mereka ke klinik bagi membuat pemeriksaan lanjut.
Kita orang pergi klinik, doktor tak berani nak buat apa-apa and suggest kita orang pergi x-ray kaki Mel. So malam tu cari klinik untuk x-ray tak ada, tutup. So balik la sebab dah lewat Mel dah tertidur. Penat menangis seharian.
Buat pemeriksaan x-ray
Keesokkan harinya, ibu ini cuba hubungi dua klinik bagi melakukan pemeriksaan x-ray namun, kedua-dua klinik itu tidak menawarkan perkhidmatan tersebut kepada kanak-kanak kecil.
So kami pergi emergency salah sebuah hospital swasta untuk details x-ray. Then kami pun tanya berkenaan muka Melissa doktor dekat situ pun cakap memang kesan pada muka Melissa. Nampak kesan jari.
Btw result x-ray keluar keesokan harinya. Pakar kanak-kanak advise kita orang suruh buat report polis untuk kes ni. So kami pun buat report polis. Lepas tu polis transfer kami ke IPD jumpa IO. Lepas soal siasat IO minta kami pergi hospital gv untuk check Melissa.
At last doktor panggil. Yang ni sangat kecewa. Jumpa dengan doktor emergency dia cakap ada bengkak pada kaki Melissa. Then dia transfer ke doktor pediatrik. Then masa ni dia check Melissa. Dia cakap tak ada apa-apa masalah. Bab muka 3 kali saya tanya 3 kali jawapan dia berubah. 1 dia kata kesan jari tampar. 2. Kesan kene tepis toy @ tangan. 3. Dia kata rashes saja. Masa ni banyak kali dia paksa Melissa untuk jalan. Tapi Melissa still tak nak. End up dia buat report cakap dekat ortho cakap Melissa takut nak jalan sebab ramai orang.
Syak sesuatu
Hari berikutnya, pihak hospital yang kami pergi buat x-ray Melissa sebelum tu telefon meminta kami untuk datang bagi mengambil keputusan x-ray anak.
Bila husband sampai sana. Jumpa dekat pakar x-ray dia explain kata kaki Melissa retak. Doktor suggest pergi buat simen cepat. Sebab baby bahaya. So kami pergi lah bawa ke hospital ******. Masa pergi sini kami tak ada buka mulut langsung tak ada cerita pun berkenaan kes Melissa.
Tapi doktor tu suspicious sangat dengan keadaan Melissa. Dia sendiri cakap ni bukan jatuh ni kesan lain ni. Dia siap buatkan kami surat untuk suruh kami buat report polis and dia cakap kalau sayang anak encik dan anak-anak lain buat la report.
Tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi, pasangan ini meminta melihat rakaman CCTV dan melihat anak mereka menangis seharian.
Dalam CCTV tu 1 minit je Melissa minum susu pastu 1 minit makan dan petang beberapa saat minum air kosong. Dia baling tuala atas muka Melissa, dia tutup muka Melissa masa tidur alasan sebab silau padahal tak ada cahaya pun kat situ.
Lepas Melissa mandi pukul 8 langsung Melissa tak berdiri dia baring dan menangis sahaja. Dan muka Melissa yang kata tidur atas playmat tu pun tak betul. Melissa tak ada tidur atas playmat pon. Memang luluh hati tengok 8 jam Melissa menangis. Penat menangis tidur. Kesian anak mummy. I’m sorry Melissa.
Bulan April hantar Melissa ke taska tersebut dan hanya 4 bulan je berada di situ. Sekarang Melissa dah dijaga oleh aunty sebelah suami dan sangat ceria serta sihat je. Moga kisah ini jadi peringatan bersama buat ibu bapa jika perasan tingkah laku anak pelik atau tak ceria.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak ekzema dan alahan protein susu lembu, Zahirah Macwilson beri semula susu badan. Anak kedua Zahirah dan Aiman Hakim, Inara Raisa mengalami ekzema dan alahan protein susu lembu.
Inara telah dimasukkan wad di hospital beberapa hari lalu. Maka disebab itulah Zahirah telah berhenti memberikan susu formula kepada Inara bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berulang.
Berikut perkongsian Zahirah di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, Inara semakin baik, kami telah dibenarkan pulang malam tadi.
Terima kasih kepada semua atas doa, nasihat dan kata-kata baik.
Saya akan berehat seketika dari mencuba susu formula dan memberi tumpuan semula kepada perjalanan penyusuan susu ibu demi kesihatan bayi perempuan kami kerana dia mengalami ekzema ringan & CMPA (Alergi Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak.
Saya sedang cuba meningkatkan bekalan susu dengan penyusuan langsung yang berterusan, mengepam, minum banyak air, makan, berehat dan semua perkara yang boleh membantu meningkatkan bekalan susu.
Jika ada sesiapa yang sedang menghadapi cabaran yang sama, anda tidak bersendirian! Dan ia bukanlah mudah!
Sebarang cadangan untuk meningkatkan bekalan susu, saya amat menghargai dan sudi berkongsi dengan anda semua.
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik/doktor mengenai formula yang sesuai digunakan. Pilihan lain termasuk; berasaskan soya, beras, dan berasaskan asid amino.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Gigi susu ialah gigi sementara yang akan berganti kepada gigi kekal atau gigi dewasa. Kanak-kanak akan mula tumbuh gigi ketika usia 6 bulan hingga 2 tahun.
Ketika kanak-kanak berusia 6-7 tahun, gigi kekal akan mula tumbuh secara berperingkat dan berakhir ketika gigi geraham dewasa tumbuh antara usia 12-13 tahun.
Peralihan antara gigi susu dan gigi dewasa sudah pasti memerlukan kanak-kanak melalui proses mencabut gigi yang cukup ditakuti sama ada dilakukan sendiri di rumah atau klinik gigi.
Namun, ibu bapa perlu tahu bilakah keadaan yang memerlukan gigi anak dicabut.
Sebenarnya banyak pertanyaan dari ibu bapa Bilakah saya boleh cabut gigi anak saya?
Menurut Doktor Gigi, Dr Azila Mohd Kasim, gigi susu anak perlu dicabut apabila keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat yang sepatutnya.
1. Gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah
ATAU
2. Gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang / lelangit gigi susu bagi rahang atas.
Sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
MAKA GIGI SUSU TERSEBUT PERLU DICABUT.
Sekiranya gigi susu tersebut belum goyang, ianya perlu dicabut oleh doktor gigi bertauliah dibawah bius setempat (injection local Anaesthesia).
Bantu saya kongsikan ilmu kesihatan pergigian ini. Semoga dapat membantu ibubapa diluar sana.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...