Sedang negara dan barisan hadapan yang kebanyakkan terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus membendung penularan virus Covid-19, tak dilupakan rakyat yang masih memerlukan khidmat kesihatan dari hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.

Antaranya yang sentiasa memerlukan pemantauan seperti ibu-ibu mengandung dan juga bayi yang baru dilahirkan.

Dalam satu perkongsian oleh KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook miliknya menunjukkan salah satu inisiatif yang telah dibuat oleh kakitangan KKM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah membuat pemeriksaan jaundis secara pandu lalu bagi tujuan mempercepat dan memudahkan urusan di samping menggalakkan penjarakan sosial (social distancing) buat ibu-ibu yang hadir untuk tujuan tersebut.

Ujian Dan Rawatan Jaundis Secara Pandu Lalu, Mudahkan Ibu Bapa, Penjarakkan Sosial Juga Boleh Dilakukan, Syabas KKM!

Menurut Dr Noor Hisham lagi, Klinik Jaundis pandu lalu ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan di klinik. Ia secara tidak langsung mempercepatkan dan mengurangkan masa menunggu setiap ibu bapa bersama bayi yang perlu dirawat.

Pada 29 Mac 2020, Dr Chua Bee Sim dan pasukan dari Klinik Paediatrik HRPB telah menyaring 63 bayi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari menggunakan fasiliti di Klinik Kesihatan Greentown.

IKLAN

Ujian Dan Rawatan Jaundis Secara Pandu Lalu, Mudahkan Ibu Bapa, Penjarakkan Sosial Juga Boleh Dilakukan, Syabas KKM!

Daripada jumlah tersebut, hanya 11 bayi yang memerlukan venesection manakala 3 bayi perlu ditahan bagi proses fotorerapi.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, pasukan Paediatrik akan sentiasa cuba sedaya upaya melancarkan proses seumpama ini dan meneruskan usaha menambah baik perkhidmata mereka walaupun setelah berakhir COVID-19 nanti.

Tahniah dan Terima Kasih KKM

Sudah semestinya usaha yang dibuat oleh KKM ini membuatkan orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai bayi dapat menarik nafas lega. Pasti rasa lebih selamat untuk membawa bayi yang masih kecil untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan atau hospital.

IKLAN

Sebagai rakyat Malaysia, terima kasih kami ucapkan kepada warga KKM yang sentiasa berdedikasi dan penuh komitmen dalam menjalankan tugas untuk rakyat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Jadi seharusnya kita semua kekal berada di rumah agar warga KKM yang berada di barisan hadapan dapat memberikan perhatian buat yang telah dijangkiti. Yang lain-lain Please Stay At Home!

Sumber: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI