Umur 18 baru nak baca Iqra’? Persoalan ini nyata membuat ramai ibu bapa tersentak kerana sedar betapa pentingnya anak-anak belajar ilmu agama sejak kecil. Justeru, semakin ramai ibu bapa hari ini memilih untuk menghantar anak mereka ke Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seawal usia sekolah rendah supaya masa anak tidak terbuang dengan televisyen atau gajet semata-mata.

Meskipun ada yang berasa kasihan melihat anak perlu membahagikan masa antara sekolah harian dan kelas agama, hakikatnya usaha ini dianggap sebagai pelaburan masa depan. Ilmu agama menjadi benteng utama dalam membentuk akhlak, disiplin, dan jati diri anak-anak untuk menghadapi cabaran dunia moden.

Pendidikan Awal Agama, Bukan Beban Tapi Pelaburan

Seorang pengguna Threads, @rubyatika, menegaskan tidak perlu berasa kasihan menghantar anak ke KAFA kerana ia memberi manfaat lebih besar berbanding membiarkan mereka leka.

“Anak perempuan saya darjah satu, balik sekolah petang boleh lagi kayuh basikal. Anak lelaki pula main takraw. Kalau tak pergi KAFA cuba bayangkan mereka buat apa? Tengok televisyen, buang masa. Hantar sahaja ke KAFA, tak rugi anak belajar ilmu agama dari kecil.”

Pandangan itu turut disokong oleh @natiqah_mdnoor yang mengingatkan ibu bapa supaya jangan menangguh pendidikan agama.

Ads

“Biar susah sekarang. Kalau tidak nanti hidup susah juga. Takkan umur 18 tahun baru nak baca Iqra’, sedangkan orang lain sibuk ambil lesen kereta.”

Elak Anak Leka Dengan Gajet Dan TV

Dalam dunia serba moden, cabaran utama ibu bapa ialah ketagihan anak-anak terhadap skrin. Apabila masa diisi dengan kelas KAFA, anak bukan sahaja belajar membaca al-Quran tetapi juga mempelajari doa-doa harian, tulisan jawi dan asas fardu ain.

‘Umur 18 Baru Nak Baca Iqra’? Ibu Bapa Pilih KAFA, Elak Anak Leka TV & Gajet!

Ads

Seorang lagi ibu, @shidakirin, mengakui anaknya perlu mencuri masa untuk mandi, solat dan makan sebelum ke kelas agama. Namun katanya, itu jauh lebih baik daripada membiarkan mereka terus leka di hadapan televisyen.

Ads

Peranan Ibu Bapa Tetap Utama

Walaupun KAFA menyediakan asas yang kukuh, peranan ibu bapa tetap penting. Luangkan sedikit masa bersama anak untuk mengulang bacaan Iqra’ atau hafazan di rumah. Ia bukan sahaja mempercepatkan proses pembelajaran, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan.

3 Cara Ibu Bapa Boleh Sokong Anak Belajar di KAFA

  1. Jadual teratur – Pastikan anak ada masa makan, rehat dan bermain walaupun sibuk dengan kelas tambahan.

  2. Belajar bersama – Ibu bapa boleh turut sama membaca al-Quran atau menghafal doa dengan anak.

  3. Motivasi positif – Sentiasa puji dan beri galakan agar anak seronok ke kelas agama.

Tidak ada ruginya menghantar anak ke KAFA. Malah, ia lebih baik daripada membiarkan anak-anak leka dengan gajet atau televisyen. Pendidikan agama sejak kecil akan membentuk akhlak yang baik, memberi mereka kekuatan iman dan menjadikan anak lebih bersedia menghadapi cabaran hidup.

👉 Jadi, jangan tunggu hingga anak besar baru mahu belajar membaca Iqra’. Mulakan dari awal, kerana ilmu agama adalah bekalan paling berharga untuk dunia dan akhirat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads