Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan!
Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.
Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).
Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!
Berikut infografik yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Lepas main tidak kemas. Bersepahnya rumah, penatlah hari-hari ibu je nak kena buat semua ni!” Ini antara rungutan yang biasa diluahkan oleh ibu yang ada anak kecil dan tengah aktif bermain.
Dalam tempoh usia anak bawah 5 tahun ke bawah, normal rumah akan bersepah. Cuma bila dalam keadaan ini, ibu bapa yang ‘sakit mata’. Di tambah pula dengan barang mainan anak yang pelbagai jenis.
Disebabkan itu, ada yang mengambil pendekatan menyediakan bilik khas untuk anak bermain. Namun bagi rumah yang ruangnya agak terhad, anda tetap boleh lakukan iaitu menyediakan rak bakul mainan untuk anak kemas mainannya selepas bermain.
Sekurang-kurangnya tiadalah mainan bersepah di merata-rata tempat. Ajar anak lepas main perlu letakkan semula di tempat simpan mainan. Lama-lama anak akan ingat dan faham arahan tu.
Bagi memudahkan ibu mendapat idea untuk menyediakan rak bakul mainan ini, perkongsian Puan Aniesa mungkin dapat menyelesaikannya.
DIY Rak Bakul Mainan (Serbaguna) 3 Tingkat
Bahan-bahannya:
Cara membuatnya:
Pastikan sebelum membuat rangka rak itu, pastikan dulu saiz bakul itu. Sama ada besar atau lebar.
Apabila dah pasti ukurannya, baru mulakan untuk membuat cantuman batang paip PVC, PVC TEE dan PVC elbow.
Proses cantuman ini tidak memerlukan gam atau skru kerana apabila dicantumkan ia akan ketat dan kukuh.
Nak jimat ruang, bolehlah buat 3 tingkat. Senang untuk nak susun mainan anak.
**Dapatkan tawaran harga istimewa untuk barangan anak hanya di sini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika berada di dalam pantang, wajah lesu ibu bersalin ditambah pula dengan muka pucat membuatkan ibu terasa tidak berseri. Selain menjaga pemakanan yang segar dan baik sepanjang berpantang, ibu bersalin boleh usahakan petua orang lama untuk kembalikan wajah berseri.
Senang sahaja, hanya gunakan beras sebagai penaik seri wajah. Nak buat macam mana? Pn Mastura Rashid, kongsikan petua untuk naikkan seri lepas bersalin. Nak cantikkan kulit pun boleh!
Petua kecantikan mudah dan ringkas dari beras. Sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita dah gunakan beras untuk kecantikan.
Dari segenggam beras ni, boleh jadi bedak sejuk, lulur badan, masker muka, air bilasan muka dan macam-macam lagi. Fiona memang suka gunakan beras sebab mudah dan ringkas.
Dia boleh cerahkan kulit secara semulajadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut secara semulajadi. Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak tulis. Hahaha.
Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan.
Untuk naikkan seri muka 1. Bila nampak je nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, haa cuba petua nombor dua ni pulak. Ambik secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, haa lepas tu kau lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas.
Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari. Awww.
Untuk haluskan kulit 1. Ada tepung beras? Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh.
Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecik di muka. Manalah tau kan jari kau tak boleh duduk diam, asyik dok mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
2. Guna beras pulut hitam. Haa fiona suka sangat pulut hitam. Tak pernah muak walaupun makan sampai 10 mangkuk.
Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat kan. Mudah dan ringkas kannnn.
Actually fiona sendiri dah banyak kurangkan step dalam rutin kecantikan harian. Dah tua-tua ni tak kuasa nak berstep-step bagai. Fiona make it simple and easy with 2-3 steps saja.
Asalkan kulit muka sentiasa bersih dan dapat manfaat dari rutin kita, punn dah rasa happy. Ok gais tu je takat ni nak kongsi. Kalau dah cuba, kulit tetiba jadi licin macam baby, jangan lupa belanja fiona aiskrim okeh.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Geramnya dengan anak yang buat perangai ni! Sampai satu tahap ibu ayah rasa tak boleh biarkan. Kena juga ajar bagi mereka faham dan ingat supaya lain kali tak buat lagi. Tapi pernah tak kita terfikir, emosi anak yang tak sama dengan pemikiran orang dewasa.
Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM, Dr Rozanizam Zakaria ada beberapa sebab anak kita buat perangai. Dalam fasa ini mereka memerlukan ibu bapa yang positif dan bukanlah yang selalu nak marah. Berikut perkongsiannya
“Memang sengaja dia nak buat perangai tu!”
Salam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit. Kadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle? – Puan M –
Antara mesej yang sampai ke peti mesej Facebook saya dari ibu yang risau tentang masalah anaknya. Bukan satu, malah berpuluh mesej yang senada dengannya, sungguhpun banyak kali telah saya sebutkan yang saya tidak dapat menjawab semua persoalan-persoalan diutarakan kepada saya di mesej media sosial saya.
Sebelum kita pecah kepala fikir solusi ajaib kepada ‘masalah dunia’ ini, ayuh kita ambil kira perspektif asas tentang isu ini. Ini kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.
1. INGINKAN PERHATIAN
Kanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.
2. CEMBURU DAN PERSAINGAN
Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep ‘my way, my things, myself’ dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji wilayah mereka ini. Ini konsep yang sama seperti egocentricism yang saya kongsikan sebelum ini.
3. PERASAAN KECEWA
‘frustration’ adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.
4. PERASAAN TAKUT DITINGGALKAN ATAU BERJAUHAN DARI TEMPAT BERGANTUNG
Reaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.
5. REAKSI NORMAL TERHADAP KESAKITAN, KELETIHAN DAN GANGGUAN EMOSI
Seperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku. Jangan lupa orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini.
6. KEHENDAK IBUBAPA YANG SUKAR DIPENUHI
Jangan letakkan jangkaan untuk anak-anak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi kehendak ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah kerana mereka masih kanak-kanak.
7. DRAMA IBU BAPA
Stress boleh berjangkit! Bila ibu bapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.
Banyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional. Dalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir…”kenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?” Mungkin jawapannya ada pada kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!