Tidak pernah tergambar dalam fikiran Michael Tong Wai Siong, 55, bahawa dia akan dipertemukan dengan takdir yang membuatnya menjadi “bapa” kepada tiga anak lelaki yang berbeza bangsa dan agama.
Namun, dalam perjalanan hidup yang penuh liku dan tidak dijangka, Michael menerima hakikat yang jauh daripada kebiasaannya. Di sebalik setiap kesedihan dan pengorbanan, kasih sayang yang terbina antara mereka mengubah segalanya, menjadikan hubungan itu lebih bermakna daripada sekadar pertalian darah.
Dikenali dengan panggilan mesra “Uncle Mike,” Michael merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Melalui penyertaan dalam kelab kereta dan program rumah amal, dia dipertemukan dengan tiga anak Melayu yatim piatu yang akhirnya mengubah seluruh hidupnya.
“Semasa saya pertama kali bertemu mereka, saya tidak pernah bayangkan akan jadi sebahagian daripada hidup mereka. Ia berlaku dengan begitu cepat,” katanya dengan mata berkaca.
Lebih 16 tahun yang lalu, di sebuah rumah anak yatim di Gombak, Michael dipertemukan dengan Rafei Ahmad Fauzi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang baru kehilangan kedua ibu bapanya. Hati Michael terusik melihat kesedihan dalam mata Rafei, dan tanpa berfikir panjang, dia membuat keputusan besar untuk membawa Rafei pulang dan menjaganya sebagai anak angkat.
Ads
Namun, kebahagiaan itu tidak lengkap. Rafei mempunyai dua lagi adik lelaki, Rasyid yang ketika itu berusia 11 tahun dan Abdul Rahman yang berusia 8 tahun. Melihat kesedihan di wajah dua kanak-kanak itu, Michael tak sanggup memisahkan mereka. Tanpa memikirkan kesukaran yang bakal dihadapinya, dia memutuskan untuk menjaga ketiga-tiga beradik itu sekaligus.
“Pada mulanya, saya hanya niat untuk bantu Rafei. Tapi bila saya lihat wajah adik-adiknya yang tak sanggup berpisah, hati saya tak boleh biarkan. Saya tak mahu mereka rasa kehilangan lebih dari yang mereka dah lalui,” katanya dengan suara yang sebak.
Kini, setelah hampir 16 tahun, hubungan Michael dengan ketiga-tiga anak angkatnya kekal erat, seperti keluarga kandung. Rafei, 29, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, telah dewasa di bawah jagaan Uncle Mike, yang bukan hanya menjadi penjaga, tetapi seorang ayah yang penuh kasih sayang walaupun tiada pertalian darah antara mereka.
Ads
“Kasih sayang saya terhadap mereka tak pernah pudar. Walaupun kami berlainan bangsa, agama, dan asal-usul, hubungan kami jauh lebih dalam dari semua itu. Mereka adalah anak-anak saya, dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya buat dulu.”
Michael juga menyifatkan sokongan keluarganya sebagai salah satu kekuatan utamanya dalam menjaga ketiga-tiga beradik itu. Walaupun pada awalnya ada yang terkejut dengan keputusannya, keluarganya akhirnya menerima ketiga-tiga anak angkat itu dengan hati terbuka.
“Saya bersyukur kerana keluarga saya memahami dan menyokong keputusan saya. Mereka juga menasihati saya untuk menjaga anak-anak ini dengan penuh kasih sayang. Ini adalah rahsia yang saya simpan selama bertahun-tahun, dan tidak ramai yang tahu mengenai kisah kami,” tambah Michael.
Ads
Pada Isnin lalu, di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Michael diiktiraf dengan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 atas dedikasinya dalam menjaga tiga anak yatim berlainan bangsa dan agama. Lebih istimewa lagi, anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menjadikan Michael satu-satunya penerima berbangsa Cina pada hari yang penuh makna bagi masyarakat Islam.
“Saya terharu dan bersyukur. Penghargaan ini bukan sekadar untuk saya, tapi untuk seluruh keluarga saya dan anak-anak yang telah bersama saya selama ini. Ia menginspirasikan saya untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan,” kata Michael dengan penuh rendah diri.
Ini bukan sekadar kisah tentang Michael menjaga tiga anak yatim. Ia adalah kisah tentang kasih sayang, pengorbanan, dan bagaimana sebuah keluarga boleh terbentuk walaupun tanpa pertalian darah. Kasih sayang sejati tidak mengenal bangsa, agama, atau asal usul, dan Michael adalah bukti hidup bahawa manusia boleh menyatukan hati yang terpisah, hanya dengan keikhlasan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ernie Zakri mengakui bahawa dia sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak sulungnya, Nur Khawla Soleha. Benarlah, melalui anak sulunglah, kita belajar menjadi ibu dan bapa yang terbaik dari hari ke hari.
Ernie Zakri Sentiasa ‘Belajar’ Jadi Ibu Terbaik
Bermula dengan tiada ilmu dan pengalaman, anak sulunglah yang memberikan kita pelbagai ilmu. Bagi pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, puteri kesayangan pasangan ini, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022 banyak mengajar mereka untuk berusaha menjadi ibu bapa yang sebenar-benarnya.
Mengakui masih belajar menjadi ibu dan ayah terbaik, akui Ernie, anak kecilnya itulah yang mengajarnya dari hari ke hari untuk menjadi ibu yang lebih baik masih kini masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik buat Khawla.
Nur Khawla Permata Tidak Ternilai
“We’re still learning, terima kasih kerana mengajar kami, nak.
“Paling cantik, paling cheeky di mata ibu, daddy. Harta paling bernilai, terima kasih Ya Allah,” tulis ernie dalam satu entri di laman Instagramnya.
Berikut dikongsikan momen indah Erni dan Syamel bersama puteri kesayangan mereka, Nur Khawla Soleha.
Diam tak diam dan betapa pantasnya masa berlalu, anak kesayangan Mira Filzah dan suami, Wan Khair Amir rupanya kini sudah pun berusia dua tahun.
Menerusi Instagramnya, Mira memuat naik momen bahagianya sepanjang dua tahun bergelar ibu malah turut membingkiskan ucapan penuh bermakna buat Amir.
“Dua tahun cukup cepat berlalu. Syukur Alhamdulillah, anakanda membesar dengan cepat dan sihat.
“Wahai Wan Khair Amir putera kesayangan kami, anakanda membawa tawa dan suka dalam setiap hari kita bersama. Ada masa kami gelisah sewaktu melindungimu dari luka, mengingatkan kami betapa besarnya jasa dan pengorbanan orang tua kami.
“Kini, tanggungjawab kami untuk besarkan anakanda, sebagai permata untuk masa depan ummah, insha’Allah,” tulisnya.
Malah Mira juga turut berkongsi momen Amir ketika waktu kecil sehingga kini sudah pun berusia dua tahun dan semakin membesar.
Ibu cantik jelita ini juga turut mendoakan perjalanan anak kesayangannya itu agar menjadi insan yang berguna buat bangsa dan agama kelak.
“Moga doa semua mengiringi ulangtahun kelahiran anakanda, untuk menjadi anak yang soleh dan insan berguna untuk bangsa dan negara.
“Tidak terkata sayang Papa & Mama buat anakanda Wan Khair Amir. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang kedua wahai cinta hati Papa Mama,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Mira turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Amir malah mendoakan kesejahteraannya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Apabila menyebut soal bercuti, isterilah orang paling gembira bila mana dapat keluar rumah dan merehatkan diri dari kepenatan menguruskan anak. Pun begitu, persiapan untuk keluar rumah dan bercuti bukanlah mudah. Siapkan beg bagasi, kelengkapan dan keperluan anak semuanya perlu dipersiapkan awal.
Belum masuk soal ketika perjalanan dengan anak. Makin banyak karenah anak, makin pening jadinya. Ketika keluar, usah biarkan anak uruskan semuanya, suami bantulah. Perkongsian Firdaus Shakirin ini para suami kena buka mata. Bantulah isteri kita.
Bila bawa isteri keluar makan, bila bawa isteri jalan-jalan, kita yang suami ni jangan berlagak “BUJANG”.
Dah cukup baik sebenarnya jikalau kita tu ada kemahuan untuk bawak isteri dan anak-anak keluar makan luar, pergi melancong, jalan-jalan sana sini.
Tapi janganlah biarkan isteri je yang kena pegang anak, jaga anak, layan anak, suapkan anak. Benda ni memang jadi, selalu sangat nampak.
Ada suami yang bawak isteri makan luar, elok je si suami habis makan, terus bangun hisap rokok. Isteri tak sempat jamah lagi makanan dia, baru tengah layan anak-anak, suapkan anak-anak pastu suami datang ajak balik dah.
Sudahnya, isteri makan sikit-sikit, jamah ala kadar.
Ada suami yang bawak isteri jalan-jalan, melancong di pusat peranginan tapi sepanjang melancong tu, suami jalan kat depan, isteri jalan di belakang. Isteri yang jaga anak-anak, isteri yang kawal anak-anak, isteri yang pegang anak-anak. Suami melenggang, isteri patah pinggang.
Manfaat tu, dapat kat suami sorang. Suami release tension, suami dapat enjoy dan menikmati suasana tu manakala bagi isteri, dia rasa lebih baik duduk di rumah sebab dia lagi struggle jaga anak-anak bila diluar untuk keadaan yang macam tu.
Isteri tak betul-betul dapat feel bilamana situasi dia diluar dan di dalam rumah tu sama.
Suami perlu main peranan, kalau kita memang nak meraikan isteri, kalau kita memang nak menggembirakan isteri, maka biar dia makan dan kita layan anak-anak.
Bila bercuti, kita yang jaga, pegang dan kawal anak-anak.
Kalau kita still letak semuanya pada isteri, maka dia rela lagi duduk dirumah.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.