Ads

Uqasha Senrose Menangis Teresak-Esak Dedah Kena Dera Masa Mengandung

Sabak apabila mendengar pengakuan pelakon Uqasha Senrose mengenai rumah tangganya diluar Mahkamah pada hari ini.

Ketika ditembual oleh wartawan, Uqasha menangis teresak-esak. Dalam suasana penuh emosi, Uqashaberkenaan tidak mampu menahan tangisan apabila ditemu bual wartawan di luar mahkamah, sambil mendedahkan pengalaman pahit yang dipendam selama ini.

Uqasha Senrose Menangis Teresak-Esak Dedah Kena Dera Masa Mengandung

“Saya mengaku, sepanjang mengandung hingga sekarang, saya dipukul. Saya didera  bukan saja saya, malah anak saya juga turut menjadi mangsa.

“Empat tahun saya pendam semua ini. Saya diam, tak pernah bersuara, tak pernah cerita pada sesiapa.

Ads

“Sebenarnya saya ada bukti. Ada gambar, ada video. Tapi saya memilih untuk tidak sebarkan, tidak dedahkan kepada orang ramai.

Suami saya seorang yang tak boleh ditegur. Langsung tiada toleransi dalam menjaga anak. Anak saya perempuan, tapi rumah kami seolah-olah rumah bujang. Tiada privasi langsung  anak lelaki bebas keluar masuk tanpa batas, tanpa sensitiviti.

Setiap hari saya terpaksa menelan tengkingan dan makian. Hari demi hari. Saya bertahan kerana saya cuba menjaga kesihatan mental anak saya sendiri.

Ads

“Saya sudah bagitahu kepada ayahnya. Tapi saya tidak pernah beritahu ibunya bahawa saya tidak bahagia, bahawa saya sudah tidak suka dengan perkahwinan ini.

Katanya lagi, suaminya turut menuduh di memohon cerai dalam keadaan tak waras.

Ads

Sebagaimana laporan media, MАНКАМАН Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Kumpur pada Khamis menasihati pelakon Kamal Adli untuk melafazkan cerai terhadap isterinya, Uqasha Senrose.

Bagaimanapun peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan defendan masih mahu mempertahankan rumah tangga.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Dera Anak Kerana Alat Solek: Hukuman Penjara & Peringatan Pahit Buat...

Kes dera anak melibatkan seorang ibu yang dihukum penjara kerana memukul anak akibat alat solek membuka mata tentang bahaya emosi tidak terkawal dan kepentingan kesihatan mental ibu bapa.