Setelah selamat menimang cahaya mata pertamanya pada 27 April lalu, pelakon, Uqasha Senrose tampil berkongsi wajah buah hati kesayangannya dan suami, Haura Uqaira yang kini berusia dua bulan.
Wajah comel Uqaira itu dikongsikan Uqasha menerusi Instagramnya ketika majlis kesyukuran dan aqiqah yang diadakan baru-baru ini.
“So ni lah wajah anak qasha.
“UQASHA & UQAIRA 🩷,” tulis Uqasha menerusi kapsyennya.
Menerusi gambar yang dikongsikan Uqasha, si comel Uqaira dilihat lena tidur dalam pangkuan ibunya ketika majlis itu diadakan.
Ads
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya wajah comel kesayangan Uqasha dan Kamal Adli ini yang begitu comel dan ayu.
Wajahnya putih mulus, kemerah-merahan, beralis cukup panjang dan lentik. Tidak hairanlah ramai yang mengatakan persis wajah ibunya. Comel sekali.
Menerusi beberapa perkongsian Uqasha juga, keduanya cantik dengan busana serba merah jambu yang digayakan sedondon bersama Uqaira.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata ramai yang terpesona dengan kelembutan wajah comel Uqaira yang saling tak tumpah seperti ibunya.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.
Ibu mana yang tidak mampu melihat anaknya bahagia. Malah seorang ibu sanggup berjuang apa sahaja demi melihat anaknya tertawa gembira dan bahagia. Itulah bahagia buat seorang ibu.
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi tentang kehidupan dan kecekalan ibunya membesarnya anak-anak sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Betapa besarkan jasa seorang ibu, sanggup mengorbankan apa sahaja demi cinta hatinya.
Ramai yang kongsikan keperitan hidup tanpa mak di ruang komen. Ada beberapa komen yang buat saya sebak. Antaranya, yang kongsikan kisah kehilangan pasangan.
Saya lemah betul bila kenang kisah macam ni. Especially wanita dengan anak-anak yang masih kecil. Seperti kisah wanita dan anak-anaknya yang ‘ditinggalkan’ suami dalam gambar ini. Auto teringat mak. Dan diri sendiri waktu masa kecil.
Ayah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu saya baru umur 2 tahun. Abang 4 tahun dan adik baru beberapa bulan lahir. Saya masih teringat mak saudara cerita. Hari masa ayah meninggal, ahli keluarga semua dah tau. Tapi rupanya mak masih tak sedar. Asbab masalah pendengaran, dia tak dengar apa dah jadi kat ayah masa tu.
Sesampainya ayah saudara dari utara, mak terus tanya keadaan ayah. Berkerut ayah saudara saya. Sebab tak sangka mak tak tau lagi. Bila dikhabarkan ayah dah tak ada, mak terus rebah.
Saya cuba letakkan diri saya di tempat mak saya. Saya dapat rasakan betapa gelap gelitanya dunia. Sekelip mata, kita terpaksa terima hakikat yang amat berat.
Orang yang paling disayangi, paling dekat di hati pergi meninggalkan dunia selama-lamanya. Pergi dalam keadaan anak baru nak belajar menyebut ayah. Sorang anak lagi, masih belum sempat merakam wajah ayah dalam memori.
Mak bukan saja hilang suami. Tapi hilang sahabat yang patut bersama membesarkan anak-anak yang masih kecil. Juga hilang insan yang menafkahi seisi keluarga.
Kesedihan yang amat dalam dan kepedihan yang amat menyakitkan juga buat diri mak ‘hilang’. Tenggelam dalam depresi. Mak seakan duduk dalam dunia sendiri. Kami yatim pada nama. Tapi yatim piatu secara realiti.
Setelah melalui episod dukacita yang panjang, mak kembali bangkit bekerja. Mak ambil masa yang lama untuk sedar bahawa dia perlu bangkit mengemudi keluarga tanpa ketuanya.
Kami pula, berbagi hak jagaan dengan saudara-mara. Mujurlah, kasih sayang dan sifat ihsan ahli keluarga lain menawarkan kami tempat berpaut. Dan beri kami kekuatan untuk terus hidup mendewasa. Walaupun di kelilingi tanggungjawab dengan keluarga sendiri, tetap tak ketepikan kami yang menumpang teduh.
Melihat ibu-ibu yang kehilangan pasangan ini, mengingatkan saya betapa hebatnya seorang mak berusaha. Walaupun terlalu lemah untuk berdiri, ibu-ibu ini akan terus usaha melangkah demi anak-anak yang masih memerlukan. Ya. Mak dah berkorban lebih dari apa yang kami faham pada masa itu.
Ketika saya melihat wanita-wanita lain yang kehilangan pasangan, saya faham betapa besar cabaran yang mereka hadapi. Terutama bila mereka terpaksa membesarkan anak-anak kecil tanpa suami di sisi. Saya tahu, perjuangan mereka jauh lebih berat daripada apa yang orang lain faham.
Mereka bukan sahaja terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak sendirian. Tapi juga berjuang dengan emosi mereka sendiri.
Rasa kesepian, rasa rindu yang tak terungkap, dan rasa hilang arah. Dalam kesakitan itu, tetap usaha berdiri. Dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Berusaha buat anak rasa cukup, rasa disayangi dan dikasihi.
Ibu-ibu yang kuat ini, mengajar anak-anak bahawa walaupun kita diuji dengan kehilangan yang besar, kita masih ada satu sama lain untuk terus berdiri teguh. Shout out to all the single mothers.
Pejuang luar biasa yang mendidik kita bahawa, dalam keadaan tempang, lemah dan hilang separuh diri, kita masih mampu berdiri dan melengkapi kehidupan insan yang kita sayangi.
Wawa Shauqi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti Sharifah Amani dan suaminya telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Ahmad Mohsein, dalam satu majlis sambutan yang sederhana tetapi penuh dengan kasih sayang dan kehangatan keluarga.
Melalui satu hantaran di Instagram, Sharifah Amani meluahkan rasa syukur dan terharu melihat anak mereka membesar dengan sihat dan ceria. “Setahun penuh dengan awak. Happy 1st Birthday kawan baik Mum & Bapak,” tulisnya dalam kapsyen yang menyentuh hati, sambil menyertakan ucapan ringkas yang menyatakan betapa Mohsein telah membawa sinar ke dalam hidup mereka.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami bersyukur untuk setiap senyuman, setiap nafas, setiap saat kami bersama anak lelaki kami Ahmed Mohsein. Cucu kepada ibu bapa kita, anak saudara kepada adik-beradik kita, sepupu kepada anak-anak saudara kita, anak mata kita.
Dengan rasa syukur yang mendalam. Sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya, kami memohon kepada-Mu ya Allah, kurniakan dia kehidupan yang dipenuhi rahmat-Mu, keimanan yang teguh, fikiran yang bermuhasabah, kesihatan yang baik, dan rezeki yang tidak terhingga yang suci dan penuh dengan rahmat-Mu.
Ya Allah Ya Ghafur Ya Wadud Lindungi dia sentiasa, dengan cara yang kita lihat dan cara yang tidak. Penuhi hatinya dengan iman, kebaikan, dan keberanian. Biarkan dia berkembang menjadi seorang yang membawa kebaikan kepada orang lain dan menempuh jalan yang diredhai-Mu.
Berikanlah dia kekuatan dalam kesulitan, kerendahan hati dalam kemudahan, dan kegembiraan dalam ibadah. Kelilingi dia dengan kasih sayang, bimbing langkahnya, dan biarkan dia tidak pernah merasa keseorangan.
Ya Allah Ya Karim Ya Razzaq Kami mempercayakan doa ini kepada-Mu dengan penuh harapan agar Engkau mengurniakan yang tersayang budi pekerti yang mulia, tekad yang tidak berbelah bahagi, dan semangat yang tinggi. Semoga tindakan terpuji beliau membawa beliau menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Berkatilah kehidupan Mohsein kami. Bahagiakan dia, dan semoga kesejahteraannya terpancar membawa ketenangan dan kegembiraan kepada keluarga dan imannya.
Dan kepada Mohsein – Barakallah Fii Umrik, Semoga Allah memberkati usiamu.
Āmīn, Yā Rabbal-‘Ālamīn.
Untuk info, Sharifah Amani dan Ahmed Faris Amir akhirnya dikurniakan zuriat lelaki sebagai pelengkap bahagia setelah dua tahun melayari alam perkahwinan. Ahmad Mohsein selamat dilahirkan pada 26 Jun 2024, sebagai anugerah terindah dalam kehidupan pasangan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu yang ada anak kecil pasti akan melalui fasa anak sedang melasak, menyepahkan rumah, makan tumpah dan macam-macam lagi. Momen ini akan dilalui dalam tempoh beberapa tahun sahaja sebelum anak boleh berfikir dengan baik.
Begitu juga yang dilalui oleh influencer dan jurusolek popular, MUA Bellaz yang mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan masing-masing turut mempunyai ragam berbeza. Mungkin orang tengok MUA Bellaz tenang-tenang saja urus anak namun hakikatnya sama seperti ibu lain juga.
Menerusi perkongsian MUA Bellaz di instagramnya baru-baru ini, dia berkongsi kisah anak-anaknya yang turut sama menyepahkan rumah dan tetap kena kemas juga kerana tidak mempunyai pembantu rumah.
Geram memang geram tapi nak marah pun tak boleh juga sebab anak bukan faham sepenuhnya lagi kecuali kita yang kena ajar dan didik sebaiknya.
“Gamaknya anak ku ni tau mak dia nak buat look suri rumah malam ni.. Sebelum live tadi mereka ada minta KFC. Bellaz order siap-siap sebelum live. Lepastu habis live ku turun dari tingkat atas ke bawah, tengok masyaAllah habis bersepah mereka buat.
“Allah anak, padahal baru kemas, tak sempat seminit dua habis bersepah semula. Terus tak ada mood nak bergaya melawa,” tulisnya.
Bellaz berkongsi kehidupannya secara real sebagai ibu suri rumah kerana inilah realiti sebenarnya. Orang nampak Bellaz make up cantik je.
Sesekali bila ditunjukkan keadaan sebenar, ramai yang menyokong Bellaz dan memahami kehidupan sebenar suri rumah yang sentiasa perlu urus anak dan rumah tangga sepanjang masa.
Perkongsian Bellaz telah mendapat maklum balas positif dan ramai memuji Bellaz. Walaupun berduit, hidup senang, bab menguruskan anak dan rumah tangga dia masih uruskan sendiri.