Urat timbul pada bahagian betis semasa mengandung memang banyak dihadapi ibu-ibu. Timbulnya urat berwarna hijau kebiru-biruan menimbulkan kerisauan, adakah ia berbahaya?

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan, keadaan ini dinamakan vena varikos, urat timbul atau urat simpul. Berikut ialah perkongsian beliau;

Urat Betis Timbul Masa Mengandung, Perlukah Dirisaukan & Mudaratkah? Doktor Jelaskan Sebab & Cara Elak

Vena varikos, urat timbul atau urat simpul berlaku apabila saluran darah vena (salur darah yang membawa darah tinggi dgn kandungan karbon dioksida daripada bahagian badan yang lain ke jantung) mengembang, membesar dan akhirnya bersimpul. Keadaan ini menyebabkan saluran darah jadi biru kehijauan atau ungu – timbul dan nampak berpintal dipermukaan kulit.

Secara anatomi, vena di kaki mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian permukaan (superficial) di bawah kulit dan bahagian dalam (deep) di dalam otot kaki.

Lazimnya vena di bahagian dalam akan membawa darah ke jantung kerana salur darah itu dipam oleh otot kaki dan menghasilkan tekanan yang tinggi.

Bagaimana pula vena di bahagian permukaan? Kehadiran beberapa injap mengelakkan darah mengalir ke kaki dan vena ini akan mengalirkan darah ke vena bahagian dalam melalui vena penyambung (connecting vein).

Disamping itu injap juga mengelakkan darah yang dialirkan melalui vena penyambung kembali ke vena superficial.

Apabila injap mengalami masalah, maka pengaliran darah menjadi berbalik. Pengepaman darah ke jantung tidak dapat dilakukan dengan baik kerana kebocoran berlaku ke vena superficial menyebabkan kandungan darah menjadi banyak dan menyebabkan salur darah ni kembang.

IKLAN

Urat Betis Timbul Masa Mengandung, Perlukah Dirisaukan & Mudaratkah? Doktor Jelaskan Sebab & Cara Elak

FAKTOR HORMON MENYEBABKAN SALUR DARAH MENGEMBANG

Kehadiran hormon progesteron dan relaxin dalam wanita mengandung menyebabkan dinding saluran darah ni mengembang sehingga menyebabkan ia timbul ke permukaan kulit.

Selain itu, akibat tekanan dari rahim yang makin membesar turut menjejaskan fungsi injap sehingga berlaku pengumpulan darah pada saluran vena.

Bukan pada kaki je, urat timbul juga boleh terjadi di sekeliling atau dalam faraj dan boleh terjadi di bahagian dubur dan menyebabkan buasir.

IKLAN

Justeru itu, buasir kerap terjadi kepada ibu hamil. Namun, keadaan ini akan pulih sendiri selepas melahirkan anak melainkan jika ibu memang dah ada urat simpul sebelum mengandung.

Biasanya bagi ibu mengandung, jarang sekali urat akan bersimpul, cuma nampak timbul saja. Cuma kalau berulang setiap kali mengandung, mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk.

6 TIP MENGHILANGKAN KESAN URAT TIMBUL INI

Tapi apabila keadaan ini melanda ibu hamil, tak banyak yang boleh dilakukan untuk menghilangkan urat simpul.

Walaupun begitu ada beberapa tips berikut boleh dicuba:

#1: Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava (salur darah besar di hadapan tulang belakang). Letakkan satu bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang.

IKLAN

#2:Tinggikan kaki semasa baring atau tidur atau ketika duduk.

#3:Elakkan berdiri atau duduk untuk jangkamasa yang panjang. Kerapkan berjalan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1-2 jam selepas berehat atau berdiri. Ibu juga boleh lakukan senaman untuk ringkas untuk melancarkan peredaran darah.

#4: Elakkan silang kaki ketika duduk.

#5: Amalkan diet seimbang untuk mengelakkan kenaikan berat badan mendadak dan terlalu banyak.

#6: Memakai stokin khas di atas lutut untuk mengelakkan darah berkumpul di kaki. Mungkin ibu boleh pakai stokin semasa tidur kerana pada ketika itu otot kaki tidak aktif. Tapi pemakaian stokin ini tidak menjamin boleh menghalang berlakunya urat simpul, tapi mungkin boleh mengurangkan rasa tidak selesa atau kaki berat

Urat Betis Timbul Masa Mengandung, Perlukah Dirisaukan & Mudaratkah? Doktor Jelaskan Sebab & Cara Elak

Kalau dengan tips di atas urat bersimpul makin teruk, dapatkan pemeriksaan doktor segera

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak , Pegawai Perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI