Usia 0-7 Tahun Gantikan Marah, Guna Ayat Ni. Baru Nampak Hebatnya Kata-Kata Ibu Ayah!

Share

Ibu bapa harus selalu memuji dan memberi dorongan kepada anak. Mengikut kajian, terdapat jenis ayat yang kita gunakan ketika memberi pujian yang membuatkan anak kita lebih bermotivasi . Apabila kita puji anak berumur 0-7 tahun, cuba cara ini!

 Bagusnya abang!
✅ Ibu tengok abang bersihkan sendiri je kotoran dekat kaki abang! Wah.

Pandainya anak ayah ni!
✅ Anak ayah dapat cari sendiri hurufnya ye. * Tepuk tangan *

Terima kasih, baiknya kakak.
✅ Gembira mama lihat kakak tolong mama kemas barang.

 Pandainya anak Papa melukis!
✅ Tengok , warna warni sungguh lukisan kakak. Cantik.

Fokus pada cara dan perbuatan anak kita.
Elakkan bagi signal pada anak-anak ,kejayaan datang dengan semulajadi.

Tanamkan mindset, jika mereka usaha dan usaha, mereka akan pandai, akan jadi baik.

Carol Dwerck, professor di Universiti Stanford, menyebut tentang “fixed mindset” , di mana manusia percaya kejayaan mereka adalah hasil kepandaian mereka atau terhad kepada bakat.

Sedangkan, kita boleh didik anak kita percaya kepandaian, bakat dan kemampuan mereka akan terbina apabila mereka belajar dan belajar.

Darjat mereka yang berusaha juga berbeza di sisi Allah. Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan, jadi peranan ibu ayah untuk mendorong anak belajar dan gali potensi diri. Semuanya bergantung pada tekad dan sikap.

Sumber: Wan Nur Syakira

IKLAN