Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman.
Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Ads
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Ada sebabnya mengapa gula dan garam dilarang pengambilannya dalam kuantiti yang banyak pada anak-anak kecil kita. Minuman dan makanan manis seperti aiskrim dan sebagainya elakkan diambil setiap minggu.
Melalui kajian, gula khususnya dikatakan menjadi penyebab anak mudah lupa jika diambil berlebihan. Jadi kurangkan dalam kuantiti makanan anak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Anak akan cepat lupa bila selalu ambil makanan tinggi gula. Ini kajian dari Universiti Southen California.
Gula kacau metabolisma badan.
Gula lembapkan fungsi otak.
Gula rosakkan aktiviti otak.
Gula tingkatkan rintangan insulin.
Gula kacau bilaukan mood anak.
Gula juga buatkan anak ketagih.
Kandungan pertama pada kebanyakan aiskrim adalah gula. Korang boleh tengok label dalam gambar yang saya share tau.
Sebab tu anak selalu ketagih makan aiskrim. Walau sekali je anak cuba, mesti dia akan ingat rasa sedap aiskrim tu, sampai bila-bila pun dia akan suka mintak nak makan aiskrim.
Aiskrim ni makanan ultra processed. Selain kandungan gula yang tinggi dan tak sesuai untuk anak, ada banyak lagi kandungan lain yang boleh bebankan kesihatan anak.
Bolehkah bayi minum air putih? Sudah tentu boleh, namun ibu harus menunggu si manja mencapai usia yang disarankan atau terdapat risiko yang boleh dialami mereka.
Bolehkah bayi minum air putih?
Sehingga si manja mencapai usia 6 bulan, minuman terbaik untuk diberikan adalah susu ibu atau susu formula – kedua-duanya mempunyai penghidratan dan nutrien yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan.
Walaupun selepas memperkenalkan makanan pejal apabila bayi mencecah usia 6 hingga 12 bulan, susu ibu dan susu formula masih menjadi keutamaan berbanding air putih.
Namun pada tempoh ini, anda boleh mula memperkenalkannya kerana ia dapat membantu mencegah sembelit.
Jumlah air yang boleh diberikan adalah sekitar 4-8 auns sehari. Jika berlebihan ia boleh menyebabkan mabuk air (water intoxication).
Di samping itu, terlalu banyak air putih boleh menggantikan nutrisi berharga daripada susu ibu atau formula dan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bayi.
Fahami risiko terlebih air
Bayi yang minum air dengan berlebihan adalah sangat berbahaya. Air boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras natrium yang mengakibatkan:
Water intoxication membawa kepada perubahan tingkah laku seperti:
Penting untuk ibu ayah memerhatikan tanda-tanda jika bayi mengalami mabuk air dan melakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Cara memperkenalkan air kepada si manja
Kaedah terbaik untuk mengajar bayi minum air adalah melalui cawan atau menggunakan penyedut minuman (straw) – dapat membantu mengembangkan kemahiran minum si manja.
Percaya atau tidak, air sebenarnya merupakan antara cecair yang paling sukar untuk dipelajari teknik meminumnya.
Ini kerana air boleh mengalir dengan cepat, sekali gus memerlukan lidah dan otot menelan untuk bekerja dengan sangat cepat. Usah risau sekiranya si manja batuk-batuk kecil apabila baru belajar untuk minum air putih.
Amnya, kemahiran motor lisan yang diperlukan untuk minum air daripada cawan atau penyedut minuman adalah berbeza daripada pergerakan penyusuan susu ibu atau botol.
Jadi ia adalah normal apabila bayi mengalami batuk atau memuntahkan kembali air putih yang diminum. Keadaan ini akan berkurangan apabila kemahiran bayi minum air bertambah baik.
Namun, sekiranya batuk berterusan ketika bayi minum air putih walaupun selepas beberapa bulan masa latihan, berundinglah dengan pakar pediatrik.
Elakkan daripada menawarkan air putih di dalam botol. Ia boleh mengakibatkan pengambilan air terlalu banyak dan tidak memberikan manfaat kepada perkembangan kemahiran motor oral bayi.
Tanda bayi minum air secukupnya
Pertama sekali, anda harus ingat bahawa hampir 90% daripada susu ibu dan formula bayi (campuran standard) adalah air!
Anak berusia kurang daripada 12 bulan jarang memerlukan air tambahan.
Tetapi mengamal dan mengajar bayi minum air putih menggunakan cawan pada usia ini memberikan manfaat kepada perkembangan dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rasa cecair selain susu ibu atau formula.
Untuk mengetahui sama ada si manja mendapat air yang secukupnya adalah apabila mereka mempunyai antara 4-6 lampin basah dalam tempoh 24 jam.
Tanda bayi tidak cukup air atau dehidrasi pula termasuklah:
Sekiranya anda bimbang bayi mengalami dehidrasi atau tampak terlalu dahaga, ia mungkin petanda wujud masalah kesihatan. Jadi lakukan pemeriksaan doktor segera!
Cara menggalakkan anak minum
Tip terbaik untuk menggalakkan bayi minum air adalah dengan menunjukkan kepada mereka cara melakukannya.
Jika bayi tidak berminat untuk belajar minum melalui cawan:
Lebih banyak anda memberikan kebebasan dan kawalan kepada anak, lebih cepat mereka akan meneroka, menyentuh dan berkemungkinan besar, minum air putih.
Anda juga boleh menambah potongan buah di dalam air atau daun pudina sebagai menambah rasa dan menjadikan ia lebih menarik untuk diminum.
Cara terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan menawarkan air minuman anda. Ini kerana anak-anak biasanya akan lebih mudah tertarik untuk mencuba dan meminum air kepunyaan ibu dan ayah.
Anda boleh menawarkan antara 1-2 auns air di dalam cawan kecil untuk menggalakkan bayi minum air dengan sendiri. Bawa cawan tersebut hampir dengan si manja dan biarkan mereka mencapainya sendiri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Petra menegaskan bahawa dia sangat mementingkan pemakanan dan diet yang seimbang buat putera tunggalnya, Tengku Ismail Leon Petra yang kini berusia 4 tahun.
Baginya, pemakanan yang sihat buat anak-anak sangat penting demi kesihatan usus yang baik lebih-lebih lagi untuk anak yang masih kecil.
“Kesihatan kanak-kanak bermula dalam satu pinggan.”
“Musim luruh adalah masa di mana ramai orang jatuh sakit. Inilah masanya kita harus cuba mengekalkan sistem imun kita untuk terus kuat dan mengambil vitamin. Dan sudah tentu pemakanan yang betul membantu kita melakukan ini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak kita. Jika kanak-kanak makan gula-gula dan kerepek dan bukannya makanan sebenar, ana-anak mudah sakit dan susah untuk sembuh dari penyakit.”
Walaupun dia tidak terlalu tegas namun ada beberapa jenis produk makanan yang dilarang keras diambil oleh dirinya sendiri dan juga Ismail Leon kerana bagi Rihana jenis-jenis makanan ini boleh merosakkan usus anak-anak.
“Saya sentiasa mengawasi diet Leon. Tetapi, sejujurnya, saya bukan fanatik – saya kadang-kadang membenarkan dia makan gula-gula, dan dia mampu makan baguette dari semasa ke semasa juga. Tetapi ada senarai produk yang saya tidak suka. Saya tidak memakannya sendiri dan saya tidak memberikannya kepada anak saya.”
Antaranya adalah:
❌Semua jenis soda manis.
❌Kerepek dan keropok dengan bahan perisa yang tidak sihat.
❌Coklat dengan banyak gula di dalamnya.
❌Mayonis.
❌Makanan berlemak dan salai.
❌Makanan segera.
“Makanan ini bukan sahaja menjejaskan usus anak anda, tetapi juga usus orang dewasa. Jika anda mempunyai masalah dengan usus anda, anda akan menghadapi masalah dengan sistem imun anda. Akibatnya anda kerap sakit.”
“Makan dengan betul dan amalkan pemakanan yang sihat.”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Rihana tentang pemakanan dalam kalangan kanak-kanak.
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.