Melatih toilet training anak memang mendebarkan. Perlu persiapkan mental dan fizikal, lebih-lebih lagi bila anak tidak dapat mengawal untuk buang air kecil.

Idea Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira yang berjaya melatih hanya dua minggu anaknya yang baru berusia dua tahun 11 bulan wajar kita contohi. Hanya tiga hari pertama sahaja, anak dah pandai masuk tandas sendiri. Memang terbaik.

Jom ikuti perkongsian beliau.


Sudah 2 minggu, anak kedua melalui proses toilet training. Alhamdulillah, 3 hari pertama saja, ada waktu terbabas, selebihnya alhamdulillah semuanya di tandas. Ianya satu pengalaman baru untuk ummi dan abi. Secepat itu, Yusuf boleh menyesuaikan diri dengan transisi baru.

Betullah, lain anak, lain pengalaman. Lain prosesnya. Abangnya ambil masa 2 minggu untuk sesuaikan diri kerana ketika itu, umurnya 2 tahun 6 bulan. Manakala Yusuf ambil masa 3 hari pada usia umur 2 tahun 11 bulan.

Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training, 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri!

Tidaklah ingin membandingkan, tapi nak berkongsi perbezaan dan pengalaman. Ambil masa pun okay. Sekejap pun okay. Okay saja mana-mana, asalkan anak laluinya dengan tenang dan happy.

Tidaklah toilet training ini satu perlumbaan, tapi ianya satu proses dan perjalanan. Perjalanan untuk tahu mengurus diri.

Proses toilet training anak juga adalah proses latihan juga untuk ummi abi sabar menyantuni dan membimbing mereka melalui perubahan besar dalam hidup mereka.

Ya, bukan senang untuk anak berubah rutin dan kebiasaan kalau tak disediakan dan diselia dengan ilmu dan teknik. Alhamdulillah, dua anak sudah melalui proses toilet training. Memang jimatlah peruntukan pampers itu.

Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training, 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri!

Tak terbabas langsung ke ?
Tipulah kalau tak terbabas, tapi taklah sekerap , setiap hari. Sekali dua dalam seminggu itu adelah.
Ada yang tanya pada saya tentang anaknya ada kesukaran nak buang air besar di tandas, saya juga pernah lalui perkara yang sama ketika anak pertama dulu.

IKLAN

Ini tips dari OT Aisyah Rozalli dan tambahan pengalaman saya. Untuk buang air besar, kalau anak belum selesa untuk buang di tandas, ada beberapa cara kita boleh buat:

1. Kuatkan core muscles dia. Sebab nak meneran di atas mangkuk tandas ambil masa yang lama. Ada anak akan mudah letih. Jadi, dia akan refuse untuk buang air besar di tandas.

2. Kalau nampak anak dah macam nak terbuang air besar, cepat-cepat bawa ke tandas dan dudukkan atas toilet seat tu. Jangan buka seluar di luar tandas. Tapi, bila anak dah duduk atas toilet seat. Kalau ada najis yang dah terkeluar dalam seluar, kita boleh terus buang dalam toilet seat. So, anak pun tak geli.

3. Kenal tanda-tanda anak perlu ke tandas. Kena alert dengan perubahan riak wajah atas bahasa badan anak.

4. Teman anak masa buang air besar. Ada anak, dia akan anxious masa buang air besar. So, kita kena duduk dengan dia dan peluk2 sementara tunggu dia nak buang air besar tu.

5. Jangan marah anak kalau terberak dalam seluar. Tenang saja. Kawal intonasi suara. Anak menangis sebab terberak, kita senyum je. Bagitahu saja, ” Takpe2, ummi abi ada. Bagus dah pandai berak, cuma lepas ni, berak dalam tandas ye “.

Kami ulang dialog ni tak terkira banyaknya ketika anak pertama dahulu. Anak kedua ini tak macam tu, mungkin sebab dah dibiasakan dengan potty ladder seat dari usia setahun. Kalau kita jerkah, jerit, nescaya makin sukar dan panjanglah proses TT sebab anak takut dan trauma.

Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training, 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri!

IKLAN

6. Walaupun dia nak berak dalam pampers pada mulanya, takpelah. Bawa ke tandas, biar dia berak dalam pampers tapi di dalam tandas. Nak biasakan dia buang air di tandas.

7. Bila anak nak buang air besar, penting untuk kita sebagai ibu bapa cool. Jangan gelabah dan pressure anak , cepat-cepat. Cool aje, terus angkat anak dan bawa ke tandas, letak atas potty ladder seat.

Cakap, ” takpe, ibu ada. Ibu tunggu je. Ibu ada kat sini. Nanti kita flush sama-sama ya bila abang dah siap.
Nanti air jadi bersih semula, dah takde najis ” .

Tunggu dengan sabar, ianya proses. Sebab buang air besar ini kena guna tenaga banyak. Tambah lagi kalau anak sembelit, kesian dia kan.

Kalau anak sembelit, fokus juga untuk hilangkan sembelit dia sebab bila susah buang air, dia pun jadi takut nak buang air di tandas.

Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training, 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri!

Kadangkala anak takut buang air di tandas, sebab traumatic experience atau dia pernah dengar cerita menakutkan tentang toilet.

OT Aisyah ada cerita, seorang kanak-kanak takut nak buang air besar di tandas sebab dia pernah dimomokkan ada monster.

IKLAN

Bila dia lihat sendiri najis yang jatuh dan flush, dia pun jadi takjub takde monster. Rupanya dia takut sebab dikatakan ada monster dalam toilet bowl.

Sebab tu, kalau anak takut sangat-sangat, mungkin ada benda atau experience yang tak menyeronokkan berkaitan dengan tandas atau urusan buang air.

Yang tu, ibu ayah kena selalu borak-borak santai untuk korek. Hilang sebenarnya berdebar nak toilet training anak kalau ada rujukan dan bimbingan.

Ilmu yang saya dapat ketika join kelas online Toilet Training ketika nak mulakan pada anak pertama, saya gunakan pula untuk anak kedua.

Ternyata, dengan ilmu dan persediaan, anak dan ibu ayah jadi kurang stress bila nak lalui fasa toilet training ini.

Selamat menyantuni anak untuk mereka berdikari!

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Usia 2 Tahun Dah Sukses Toilet Training, 3 Hari Saja Anak Dah Pandai Masuk Tandas Sendiri!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI