Perkara ini SANGAT PENTING untuk membina deria rasa yang baik agar anak dapat menikmati rasa sebenar makanan.
Ads
Sekiranya mereka diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri buah atau makanan dengan tambahan perisa, anak akan cenderung untuk menolak rasa makanan yang baru.
Usah salahkan anak jika mereka menjadi “picky eater” dikemudian hari sekiranya anda sendiri yang mengajar mereka untuk memilih makanan yang manis.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempersiapkan suapan pejal pertama untuk anak pastinya mendebarkan bagi semua ibu-ibu. Namun ada caranya untuk memastikan anak berselera dan tidak terkejut dengan makanan yang diberi.
Perkongsian Ekin Tumiran dari Darwisyah Little Sweet ini boleh mama jadikan panduan dalam mempersiapkan menu untuk anak. Paling penting kena bermula dengan semi solid food dulu. Mengapa?
Mama kena tahu ni!
SARANAN UNTUK ANAK UMUR 6 BULAN
Ramai ibu-ibu yang wasap saya tanya apa menu yang sesuai untuk baby yang baru masuk 6 bulan. Baru nak start makan.
Di sini saya ringkaskan sikit ye mengikut apa yang saya buat dan apa saya paham.
2. Air masak dah boleh bagi bila baby dah start makan.
3. Biasanye 1 jenis makanan tu saya akan bagi 4 hari berturut-turut untuk pastikan baby serasi atau tak.
4. Untuk baby 6 bulan, boleh tambahkan EVOO (extra virgin olive oil) dalam puri baby, cukup sekadar 2 atau 3 titis untuk baby 6 bulan.
Ok nii antara menu untuk baby 6 bulan, terpulang pada ibu-ibu nak bermula dengan puri bubur kosong, puri sayur atau puri buah.
4 Day Rules (Buat 4 hari berturut-turut)
——————–
Kalau baby tak serasi, boleh stop dan tukar puri lain. Contoh tak serasi (baby akan sembelit, cirit birit atau naik merah).
Ni hanya menu cadangan, kalau tak nak ikut turutan tu boleh tukar ikut mana yang ibu-ibu suka dan yang ada stok kat dapur.
CARA2 BUAT PURI BUAH/SAYUR
————————-
2. Bersihkan dan potong sayur/buah. Potong dadu pun boleh.
3. Kukus buah/sayur sehingga masak. Kalau rebus khasiat dah kurang sikit.
4. Blend buah/sayur sehingga halus.
5. Sejukkan sekejap dan boleh bagi anak makan.
6. Kalau nak simpan dalam freezer disarankan pack untuk sekali makan. Simpan dalam freezer tahan selama 3 bulan. Peti biasa (chiller) tahan dalam 3-5 hari.
*Puri pisang, avokado dan betik tak perlu kukus, terus blend halus.
Semoga Bermanfaat..
Kredit: Ekin Tumiran, Darwisyah Little Sweet
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Madu memang memang berkhasiat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik untuk bayi. Tapi tahukah anda madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi?
Madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan. American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik. Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman.
Puan Nurbaidurah Bazid, Pegawai Dietetik berkongsi bilakah susu kultur sesuai diberikan kepada kanak-kanak.
Bilakah susu kultur ini boleh diberikan?
Menjawab pertanyaan ini, terdapat beberapa kajian mengenai susu kultur atau probiotik di kalangan kanak-kanak bermula satu tahun dan ke atas. Kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang positif khususnya bagi mengatasi atau mengurangkan penyakit atau gejala yang berkaitan dengan usus atau sistem penghadaman.
Namun, tidak banyak kajian yang dijalankan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Maka saranan saya, susu kultur ini boleh diberikan pada seawal usia satu tahun tetapi perlu dikawal dan jangan berlebihan. Saranan saya mengikut kajian-kajian yang terdapat kini, hadkan pengambilan susu kultur pada kadar 65ml sehari, atau bersamaan 1 botol kecil sehari.
Seterusnya, apakah alternatif lain yang juga mengandungi probiotik atau bakteria baik ini?
Antaranya ialah kefir dan makanan yang ditapai seperti tempe. Suka untuk saya kongsi di sini, selain bakteria baik (probiotik), ada satu faktor lain yang menyumbang meningkatkan lagi kesihatan sistem penghadaman iaitu prebiotik. Ia adalah hasil daripada makanan yang tidak terhadam dalam sistem penghadaman, yang memberi manfaat menyokong pertumbuhan bakteria baik. Fungsinya sama seperti makanan kepada bakteria baik.
Antara contoh makanan yang mengandungi prebiotik adalah madu, bawang merah, asparagus, pisang dan oat. Maka, selain kita mengambil bakteria baik, makanan untuk bakteria baik ini juga penting bagi memastikan ketahanan bakteria baik yang berada di dalam sistem penghadaman.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.