Selepas hampir dua bulan, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi nama anak keduanya yang dilahirkan pada Mei lalu.
Menerusi Instagramnya, Uyaina yang kini sudah kembali bekerja dan habis pantangnya tampil memuat naik beberapa potret keluarga selepas kelahiran cahaya mata keduanya.
Menariknya Uyaina turut berkongsi nama anak keduanya yang diberi nama Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“BismillahiMashaaAllah. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua buat anak kedua kami, Raja Urayyan bin Raja Syahiran.
“Nama Urayyan kami ambil ilham dari buruj ‘Orion’ dengan cara sebutan yang sama, tetapi ejaan yang berbeza.
Dalam Bahasa Greek, Urayyan membawa maksud ‘Cahaya Syurga.’ Dan dalam Islam, Buruj Orion ini adalah Penunjuk Arah Kiblat.
Setiap malam kita dapat lihat 3 bintang di langit yang membentuk buruj Orion walau di mana sahaja kita berada di mukabumi ini. Dan Buruj Orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah. MashaaAllah,” tambahnya lagi berkongsi maksud nama pilihan itu.
Uyaina juga turut mendoakan agar perjalanan anak kecil itu dipermudahkan.
“Anakku @rajaurayyan, tidak kira betapa tinggi kamu berada di atas langit, jangan lupa yang kita ini adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa tunduk sujud kepada-Nya.
“Semoga Raja Urayyan tidak pernah hilang arah, bersinar bagaikan bintang, bercahaya & memberi manfaat kepada orang lain,” kongsinya.
Bahagia dapat susukan anak kedua
Pelakon cantik dan berbakat ini juga turut berkongsi kisah berpantangnya yang cukup indah malah turut berkongsi pengalaman menyusukan anak keduanya.
“Alhamdulillah, syukur merasa breastfeed (menyusu badan) untuk anak kali ini.
“Pengalaman saya masa Urhan dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia tongue tie.
“Jadi, apbila anak kedua ini dapat menyusu badan sepenuhnya, saya sangat-sangat bersyukur,” katanya.
Uyaina Arshad meluahkan rasa syukurnya kerana sebelum ini tidak dapat melakukan hal tersebut untuk anak pertamanya, Raja Urhan disebabkan mengalami masalah lidah pendek atau tongue tie.
Menerusi perkongsian sama, dia juga menyifatkan pengalaman seorang ibu yang dapat memberi susu sendiri adalah satu nikmat dari Allah SWT.
“Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa,” ujarnya.
Terdahulu, Uyaina selamat menimang cahaya mata kedua melalui proses pembedahan susulan mengalami masalah jantung pada 17 Mei lalu.
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI