Buat setiap ibu, detik menanti kelahiran adalah saat yang penuh dengan debaran. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad, yang kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata ketiganya. Namun, berbanding rasa teruja, Uyaina mengakui hatinya sarat dengan ketakutan kerana perutnya bakal dibedah untuk kali ketiga melalui proses pembedahan caesarean.
Tiga Kali Perut Dibedah
Dalam perkongsian di Threads, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, mengimbas kembali pengalaman melahirkan anak sulung secara caesarean kecemasan, manakala anak kedua pula melalui pembedahan yang dirancang. Kali ini, sekali lagi dia perlu menempuh laluan yang sama.
“Bila duduk sorang-sorang, teringat ketakutan nak bersalin. Saya dah dua kali caesar. Pertama sebab kecemasan, kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga. Tiga kali perut akan dibedah.
“Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang,” kongsinya.
Ads
Ketakutan Bersalin Itu Benar
Menurut Uyaina, setiap kaedah melahirkan sama ada normal mahupun pembedahan tetap mempunyai risiko tersendiri. Justeru, sebagai seorang ibu, dia hanya mampu berdoa agar proses yang bakal dilalui nanti berjalan dengan lancar.
“Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50. Dan ketakutan itu adalah benar. Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar. Itu saja yang boleh dilakukan,” katanya lagi.
Ads
bersalin czer : Sumber gambar: Unsplash
Realiti Ibu-Ibu Caesar
Hakikatnya, apa yang diluahkan Uyaina adalah realiti yang dialami ramai ibu di luar sana. Perasaan takut, cemas dan bimbang menjelang pembedahan adalah sangat normal, apatah lagi jika ia melibatkan pembedahan berulang.
Doktor biasanya akan memantau tahap kesihatan ibu, kedudukan rahim serta parut lama sebelum meluluskan pembedahan kali ketiga atau lebih. Namun, ibu tetap memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang besar untuk melalui proses ini.
Ads
Sokongan Keluarga, Doa Yang Menguatkan
Dalam situasi seperti ini, sokongan suami dan keluarga amat penting. Kata-kata semangat, doa serta kehadiran insan tersayang mampu memberi ketenangan kepada seorang ibu. Uyaina sendiri sebelum ini pernah berkongsi bagaimana doa dan sokongan daripada suaminya, Raja Syahiran, menjadi penguat semangat untuknya.
Setiap kelahiran adalah perjuangan besar seorang ibu. Sama ada melalui jalan normal atau caesarean, pengorbanan yang dilalui tidak pernah kecil nilainya. Semoga proses kelahiran Uyaina Arshad kali ini dipermudahkan Allah, dan menjadi inspirasi buat ibu-ibu lain bahawa ketakutan itu bukan kelemahan, sebaliknya tanda seorang ibu itu begitu tabah.
💖 Pa&Ma percaya, bila ibu kuat, anak-anak juga akan membesar dengan penuh kasih dan kekuatan.
Perubahan hormon, morning sickness dan keletihan semasa hamil adakalanya membuatkan ibu-ibu jarang bersiap semasa kandungan makin sarat.
Hanis Zalikha juga mungkin berhadapan situasi yang sama. Dalam entri Instagramnya, Hanis memuatnaik foto yang menampakkan baby bump.
Katanya kalau tidak bersiap untuk keluar, maka tiada foto yang dirakamkan pada kehamilan anak keduanya ini. Jadi dia cuba untuk mengabadikan foto di Instagram sebagai kenangan untuk tatapan anak yang bakal lahir nanti.
haniszalikha “Kalau tak keluar bersiap, memang takde gambar time pregnant ni ?
“Mommy tried sayang, so one day I can tell you, this was me when I was pregnant with you ❤️.
Hanis jarang memperlihatkan baby bump nya di Instagram membuatkan peminat teruja. Masing-masing memuji kecomelan baby bump milik selebriti ini dan menyatakan tidak sabar untuk menatap adik Yusuf Iskandar yang bakal lahir kelak.
Para peminat tidak ketinggalan meneka jantina bayi. Ada yang meneka lelaki dan ada pula yang mengatakan perempuan.
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa untuk ibu mengandung dibacakan kepada anak yang dikandung. Semoga ayat-ayat daripada surah ini menjadi penyejuk hati dan juga permintaan yang dimakbulkan, insya-Allah.
Surah Al-Fatihah
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa penerang hati kepada ibu yang mengandung. Juga boleh menjadi penyejuk hati anak yang sedang dikandung
Surah Maryam
Latar belakang surah ini adalah tentang Maryam yang hamil sehingga melahirkan anaknya, Nabi Isa AS. Insya-Allah surah ini boleh dijadikan ikhtiar kepada ibu yang ingin bersalin untuk dimudahkan urusan.
Surah Al-Kahfi
Surah ini sememangnya sunat untuk dibaca pada setiap hari Jumaat. Jika sudah biasa dilazimi sejak ibu mengandung, boleh disambung sunnah ini apabila anak itu telah dilahirkan kelak. Semoga surah ini akan melindungi ibu dan anak yang dikandung dari fitnah dajjal.
Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
Surah-surah ini boleh dibacakan kepada ibu atau ibu itu sendiri boleh membacanya sebagai perlindungan ketika tidur. Insya-Allah malam dan mimpi akan dilindungi daripada gangguan syaitan.
Ayatul Kursi
Fadhilat ayat ini dibaca setelah selesai solat fardhu sangat besar. Ayatul kursi ini adalah ayat yang sangat berkuasa dan boleh melindungi diri dari kejahatan dan syaitan, insya-Allah.
Doa Dimudahkan Untuk Bersalin
Selain daripada surah-surah yang dinyatakan sebagai doa untuk membantu sepanjang perjalanan kehamilan, para ibu atau sesiapa sahaja boleh membacakan doa dalam bahasa yang mereka selesa sebagai permintaan kepada Allah untuk kesejahteraan ibu dan bayi. Doa untuk ibu mengandung tidak terhad kepada doa yang di dalam surah sahaja.
Doa yang dibacakan sendiri seperti, “Ya Allah, permudahkanlah kelahiran anakku ini, sihatkanlah kami berdua” juga memadai.
Semoga Allah memudahkan ibu untuk bersalin secara normal atau c-sec tanpa kesakitan yang melampau dan diberikan kemudahan sepanjang proses itu.
Para ibu juga boleh mendoakan dengan potongan ayat daripada surah Ibrahim, ayat 40;
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Ingatlah Allah tidak akan menolak doa hambanya kerana Dia memahami kemahuan dan apa yang baik untuk hambanya. Berdoalah seperti anda tahu doa akan dimakbulkan.
Riwayat oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.
Riwayat al-Tirmizi (3479)
Doa Untuk Anak Dalam Kandungan Dan Yang Dilahirkan
Imam al-Nawawi dalam al-Adzkar (hlm. 289) ada menyebut pada bahagian Bab Sunatnya Mengucapkan Tahniah dan Menjawabnya:
“Disunatkan untuk mengucapkan tahniah kepada orang yang menerima kelahiran. Berkata para Ashab kami (Syafieyyah): Disunatkan bagi seseorang untuk mengucapkan tahniah, berdasarkan riwayat yang datang daripada al-Husain RA (sebahagian ulama mengatakan al-Hassan bin Ali manakala sebahagian lain mengatakan dia al-Hassan al-Basri – Wallahua`lam – Pent.) bahawa beliau mengajar seseorang untuk mengucapkan tahniah dengan katanya: “Ucapkanlah!:
Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”
Jika bayi itu perempuan ucapkanlah:
وبَلَغَ أَشُدَّهَا، وَرُزِقْتَ بِرَّهَا
Kemudian, disunatkan orang yang diucapkan tahniah itu untuk membalas ucapan itu dengan:
بَارَكَ الله لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ الله خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ، أَوْ أَجْزَلَ اللهُ ثَوَابَك
Maksudnya: “Semoga Allah memberkati keluargamu, memberkatimu kerana menjaga mereka, membalasmu dengan ganjaran kebaikan, dan memberikanmu rezeki seumpamanya.”
Jika orang yang diucapkan tahniah itu perempuan ucapkanlah:
Maksudnya: “Sesungguhnya moyang kalian (yakni Nabi Ibrahim) pernah memohon perlindungan untuk (anaknya) Ismail dan Ishak (alaihimussalam): “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Riwayat al-Bukhari (no.3371); dan Ibn Hibban (no.1012) dalam Sahih-nya
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Doa-doa dan surah-surah ini adalah antara yang disarankan untuk dibaca sebagai doa untuk ibu mengandung. Ada juga yang sememangnya sunnah untuk dijadikan amalan seperti surah al-Kahfi dan juga Ayatul Kursi. Jika dalam kehidupan seharian disarankan untuk dibaca, apatah lagi ketika mendapat berita begini.
Selain itu ayat-ayat ini juga adalah sebagai penyejuk hati dan penyedap hati gelisah ibu yang mengandung. Jika dia tidak mampu untuk membacanya, sesiapa sahaja boleh membacakan bagi pihaknya. Semoga dengan bacaan kerap, urusan ibu hamil dimudahkan.
Baru-baru ini pelakon Yana Samsudin berkongsi berita gembira bahawa dirinya sedang hamil 31 minggu. Disebalik kegembiraan yang dikecapinya itu sekarang ada terselit kisah yang tidak diketahui peminat.
Rupanya sebelum berjaya hamil pada kali ini, Yana Samsudin sudah dua kali mengalami keguguran.
“Sebenarnya saya dah dua kali tak jadi (gugur). Ada yang sembilan minggu dan ada 12 minggu.
“Masa sambutan tu saya dalam pemantauan doktor. Itu yang tak terfikir langsung saya hamil,” katanya lagi.
Ketika ditemubual oleh Portal Hiburan Gempak, Yana juga turut mendedahkan orang pertama yang tahu tentang berita kehamilannya adalah anak lelakinya Aisy Mateen.
Jelas Yana, Mateen pernah bertanyakan mengenai baby ketika sambutan ulang tahun perkahwinannya kali kelima pada Februari yang lalu.
“Masa sambutan hari ulang perkahwinan saya dan Fadzil, Mateen ada sekali. Mateen ada cakap dekat saya, ‘mummy ada baby eh’ sambil dia tepuk perut.
“Dia tanya juga dah jumpa doktor ke? Saya cakap dah. Saya dengan yakin jawab sebab masa tu saya baru habis period.
“Bila kira-kira balik dengan tarikh dijangka bersalin tu, masa tu saya memang dah mengandung,” katanya.
Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 18 Oktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Jom join Virtual Merangkak Race kami. Mudah je kali ni hanya hantar video anak merangkak secara virtual. Dengan Tema SUPERHERO video paling kreatif dan menarik akan berpeluang dipilih sebagai pemenang dan memenangi hadiah berupa wang tunai yang akan dikreditkan dalam akaun SSPN anak.
Jangan lepaskan peluang dan cepat-cepat hubungi nombor telefon yang tertera! Siapa tahu rezeki anak yang baru boleh merangkak tu!
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang di https://wa.link/lchyq4 !!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...